Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

April 7, 2012

Tips Kewangan – Matlamat Kewangan & Pelaburan

Filed under: Personal Finance — Tags: , , , — PersonaGrata @ 08:00

Sejauh manakah anda merasakan betapa pentingnya kita menetapkan matlamat kewangan & pelaburan kita? Penting sangatkah goal setting ni? Penetapan matlamat kewangan sebenarnya adalah salah satu strategi “know how” yang pertama yang kita selalu abaikan. Matlamat atau goal setting ini merupakan batu asas kita yang pertama sebelum melakukan apa-apa langkah seterusnya. Dalam kehidupan seharian, sebelum kita melakukan sesuatu perkara tentunya kita akan selalu diingatkan untuk memulakan dengan niat bukan? Nah! niat inilah sebenarnya matlamat. Jika kita tidak mempunyai niat, segala langkah perjalanan kita hanyalah kosong umpama angan-angan Mat Jenin. Sebelum kita memulakan teknik “know how” ini kita perlu mengenalpasti “know why” dalam diri kita.

Know why ini sangat penting kerana ia akan menentukan dimana kita berada sekarang seterusnya untuk bertindak menetapkan matlamat dimana kita akan berada pada masa akan datang?

Langkah Dalam Memulakan Perancangan Kewangan Sendiri?

  1. Mengenalpasti dimana anda berada dalam status kewangan diri anda. (Know Why?)
  2. Menetapkan Matlamat (1st – Know How?)
  3. Membuat Pelan kewangan yang sistematik berdasarkan matlamat. (2nd – Know How?)
  4. Merealisasikan Pelan Kewangan (3rd – Know How?)
  5. Memerhati dan menganalisa Pelan Kewangan (Review)

Pembaca sekalian, dalam kehidupan kita sendiri, kita akan melalui pelbagai peringkat waktu dan usia.

matlamat kewangan dan pelaburan 1

Setiap daripada peringkat di atas memerlukan kesesuaian perancangan kewangan yang tersendiri. Dalam usia 20-an seperti Peringkat 1 dalam gambar di atas, kita akan melihat tahap kewangan kita berbeza dari kedudukan kita berada pada peringkat 4. Selalunya peringkat 1 ini akan dimulakan dengan pengumpulan duit untuk berkahwin, membeli kereta pertama dan menikmati apa yang ingin dikecapi contohnya membeli gadget-gadget dan pakaian berjenama terkini. Namun setelah mengjangkau peringkat 2, kita mungkin akan membuat perancangan percutian bersama isteri, membeli rumah setelah berumah tangga. Peringkat ke-3 pula, selalunya akan fokus kepada Retirement Planning, Education Fund untuk anak. Maka apabila kita tahu bahawa kita akan melalui kesemua peringkat ni, penetapan matlamat dalam kewangan dan pelaburan adalah sangat crucial (penting).

Berapa pentingnya Matlamat Kewangan & Pelaburan ini?

Saya suka mengambil contoh memandu kenderaan. Tidak kiralah kenderaan itu kereta, basikal, motosikal ataupun lori sekalipun. Apabila kita memandu, perjalanan kita itu yang mengambil proses ke kiri dan ke kanan, berhentil di lampu isyarat dan teruskan perjalanan malah lebih menarik lagi jika terperangkap dalam kesesakan. Sedar tak semua itu hanyalah tujuan utama semata-mata untuk membawa anda dari Point A ke Point B iaitu Destinasi.

Sekarang, cuba bayangkan anda memandu tanpa mempunyai desinasi dan halatuju. Anda terus bergerak ke mana-mana tanpa tujuan. Sekalipun anda seorang pemandu yang cekap, berkaliber dan berpengalaman. Jika anda memandu tanpa destinasi anda menjadi orang yang paling rugi dalam dunia ini. Mana tidaknya! berjalan tanpa destinasi hanya menghabiskan minyak kenderaan atau tambang dan tenaga anda.

Sama seperti memandu dimana memerlukan destinasi, anda juga perlukan matlamat perlukan GOL! Matlamat ini memberikan destinasi atau tujuan kemana kewangan anda atau pelaburan anda akan berada untuk beberapa tahun lagi kerana matlamat kewangan & pelaburan ini akan menjadi petunjuk / jalanraya kewangan anda. Tentu anda mahukan lebuhraya kebebasan kewangan bukan? Tanpa matlamat impian anda untuk mengecapi sesuatu adalah sia-sia.

 

Bagaimana nak settingkan Matlamat Kewangan & Pelaburan?

Set Matlamat kewangan dan pelaburan

Jika anda mempunyai matlamat, segalanya akan mudah untuk kita imbas kembali. Setiap 6 bulan ataupun 1 tahun, kita boleh pantau progress perjalanan matlamat kewangan dan pelaburan kita tu. Maka, untuk merealisasikannya, anda perlu lah TULIS matlamat kewangan anda. Tujuan saya “bold” kan perkataan tulis adalah kerana ingin menjukkan betapa seriusnya perkara ini perlu untuk dilakukan. Ingat! TULIS!

Dalam proses merancang matlamat apa yang perlu ditulis? Tuliskan kesemua impian anda samada untuk berkahwin, memiliki rumah, kereta dan seumpanya, idea anda seharusnya realistik yang mampu dikecapi berdasarkan keadaan kewangan anda sekarang. Maksudnya, jika anda berpendapatan RM3000 sebulan, matlamat untuk memiliki sebuah Bugatti Veyron. Ya, saya tahu ianya tidak mustahil, tetapi hanya melalui magik seperti anda menang loteri atau berkahwin dengan anak orang kaya. Bukan niat saya untuk mempersenda, tujuan sebenar adalah supaya anda tidak cepat putus asa dalam mengejar matlamat yang terlalu besar. Jangan bimbang, memandangkan anda perlu review goal anda setahun sekali atau 6 bulan sekali. Jika pada masa tahun depan tu anda jadi jutawan, anda boleh ubah matlamat anda! Tiada siapa akan menghalang.

Apabila kita menulis matlamat kewangan dan pelaburan, cuba untuk mempunyai matlamat yang lengkap. Pastikan dimasukkan elemen jumlah dan tahun. Contohnya, matlamat anda “nak jadi jutawan”. Ini adalah matlamat yang terlalu umum. Cuba untuk masukkan elemen yang lebih rasional dan logik seperti “Ingin memiliki simpanan RM1 Juta dalam masa 10 tahun“. Pehatikan tulisan yang saya boldkan tu.

  1. Element Objektif: Memiliki Simpanan/Dana
  2. Element Harga : RM1 Juta
  3. Element Waktu: 10 tahun

Pastikan anda mempunyai ketiga-tiga elemen ini dalam penetapan goal anda. Tips penetapan matlamat secara terperinci ini saya kongsikan daripada Sebuah Buku berjudul “The Secret” ditulis oleh Rhonda Byrne. Terima kasih kepada sahabat saya Tasya Omar kerana menghadiahkan video rakaman “The Secret” yang membuka mata saya pada tahun 2007.

Setelah anda menulis beberapa senarai matlamat anda. Saya sarankan anda groupkan matlamat anda kepada 3 kumpulan iaitu:

  1. Matlamat Jangka Pendek – Short Term (Kurang dari 3 tahun)
  2. Matlamat Jangka Sederhana – Medium Term (Antara 3-5 tahun)
  3. Matlamat Jangka Panjang – Long Term (5 tahun ke atas)

Pelaburan dan Kewangan - Goal Group Setting

Teknik ini akan membuatkan anda lebih fokus kepada matlamat yang penting atau terdekat dan meletakkan priority. Barulah tidak akan terasa beban dengan matlamat yang banyak.

Contoh pengisian template yang saya gunakan adalah seperti dibawah:

screenshottemplatmatlamatkewangan

Untuk Mendownload – Sila Klik -> Matlamat_Kewangan_AidilAzhar.com

Pastikan anda meletakkan “Simpanan Kecemasan” dalam ruangan Matlamat Kewangan jangka pendek anda kerana simpanan kecemasan merupakan basic tools dalam personal finance. Simpanan kecemasan anda juga harus mempunyai ketiga-tiga elemen yang dibincangkan tadi. Maka selesailah sudah Tips Matlamat Kewangan & Pelaburan kali ini.

 

P/s: Saya merupakan Perunding Unit Amanah bertauliah bagi Syarikant Unit Amanah No.1 di Malaysia. Sekirannya anda merancang atau berminat untuk menjadikan Unit Amanah sebagai Investment Vehicle dalam Perancangan Matlamat Kewangan & Pelaburan  bagi kategori Medium Term dan Long Term maka boleh tinggalkan pesanan no telefon anda di ruangan Hubungi Saya atau di talian mesra bernombor 012-5803720.

 

Comments

comments

2 Comments »

  1. wah siap ada Matlamat Kewangan AidilAzhar.. tu mmg terbaik la… jgn kasi org copy paste dah la.

    Comment by muazfaris — April 9, 2012 @ 06:46

  2. hehehe.. thanks muaz… so muaz boleh la buat article ttg copyright.. leh saya belajar…byk menda nk kene belajar.. dlu main hentam kromo..

    Comment by aidilazhar — April 11, 2012 @ 10:12

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Powered by WordPress