Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

March 9, 2012

Panduan Menjadi Jutawan dengan Pelaburan Diri Sendiri

Isu pelaburan semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ni terutamanya pelaburan emas dan pelaburan silver. Fenomena ini sebenarnya sangat baik jika kena pada caranya. Namun yang menyedihkan sekarang, ramai yang sanggup membuat ‘Personal Loan’ semata-mata untuk mendapatkan emas atau silver secara pukal. Dengan harapan untuk menjadi jutawan emas dan silver. Bukan menuding jari pada sesiapa, tapi sebelum anda membuat keputusan untuk melabur anda harus betul-betul mengkaji tahap kemampuan keewangan anda. Pelaburan adalah bagus jika anda tidak berhutang untuk melabur. Salah satu cara ialah dengan menggunakan simpanan sendiri yang boleh direalisasikan oleh ‘Pelaburan Diri Sendiri’.

Bercakap tentang pelaburan diri sendiri, mari kita lihat cara perbelanjaan atau aliran tunai Ali dan Ahmad setiap kali mereka mendapat gaji mereka.

Kes 1 – Ali bila dapat gaji

1)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

2)      Bayar Rumah Sewa

3)      Bayar Kereta

4)      Sumbangan ke ibu bapa

5)      Shopping “Reward Yourselves”

6)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

7)      Bayar PTPTN

8)      Kos Hiburan Suka Ria

9)      Baru nak simpan duit (itupun kalau ada lebih)

 

Kes  2 – Ahmad bila dapat gaji

1)      Simpan duit

2)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

3)      Bayar Rumah Sewa

4)      Bayar Kereta

5)      Sumbangan ke ibu bapa

6)      Shopping “Reward Yourselves”

7)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

8)      Bayar PTPTN

9)      Kos Hiburan Suka Ria

 

Dikategori manakah anda sedang berada? Tahniah jika anda sealiran dengan Ahmad. Percaya atau tidak, belum sempat untuk kita membuat simpanan, selalunya kita akan kehabisan wang jika kita menjadi Ali. Realitinya kita begitu sibuk untuk meng’kaya’kan pihak lain dengan mengutamakan perbelanjaan kita terhadap mereka dahulu dan diri kita sebagai yang terakhir. Akhirnya, hanya kita yang ketinggalan menjadi miskin. Maka seharusnya mulai hari ini, apabila dapat sahaja gaji bulan seterusnya, mari kita sama-sama mengikut jejak langkah Ahmad yang membuat Pelaburan Diri Sendiri atau juga lebih senang jika kita cakap bayar pada diri sendiri dahulu. Persoalan pertama, Berapakah jumlah yang perlu kita bayar atau labur pada diri kita? Rata-rata buku keewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar keewangan Malaysia mencadangankan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan. Saya secara peribadi membuat standing instruction setiap 1hb ke dalam akaun simpanan pelaburan saya, dengan cara ini sahaja pada saya dapat mendisiplinkan diri saya.

Berbalik pada tajuk bagaimana untuk menjadi jutawan dengan pelaburan sendiri.

Formulanya mudah sahaja:

1)      Pastikan anda membuat Pelaburan Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG!

2)      Kita akan menggunakan the “Power of Compounding” dengan melabur simpanan kita ni Pelaburan yang boleh melawan inflasi seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust Fund)

 

Untuk Menjadi Jutawan (RM 1 Juta).

 

tablepelaburan

*Dengan mengambil purata pulangan pelaburan ASB sebanyak 8% setahun dan simpanan selama 30 tahun.

 

Jika anda menyimpan secara konsisten sebanyak RM400 sebulan. Anda akan bergelar jutawan jika simpanan dibuat selama 40tahun. Dengan hanya menambah lagi RM400, iaitu RM800 sebulan anda akan jimat 10 tahun kerana hanya 30 tahun diperlukan untuk menjadi jutawan. Kesimpulannya, lebih banyak yang anda simpan dan lebih awal anda memulakan pelaburan diri sendiri, maka lebih cepat anda mencapai impian anda.

Ingat, tiada istilah kita dah terlambat walaupun hampir bersara kerana ia lebih baik dari tidak menyimpan langsung.

 

Jika tidak keberatan, sila komen di bawah adakah anda Ali atau Ahmad dan mengapa anda memilih untuk melakukan aliran tunai seperti mereka?

 

September 21, 2011

Kenapa perlu yakinkan diri beli silver atau bullion perak ini?

Seringkali persoalan-persoalan seperti Kenapa tak nak mula beli lagi? menghantui semua orang. Antara jawapannya

  •     Belum convince yang silver pelaburan baik
  •     Silver pelaburan tak selamat
  •     Lagi suka emas, silver orang tak pandang
  •     Saje suka-suka baca artikel untuk ‘tambah ilmu’ dan lain-lain sebab

 

Ayuh! Mulakan dengan SATU SAHAJA bullion silver SEKARANG untuk yakinkan diri!

Apa yang perlu anda buat atau apa tindakan anda hari ini?
1.    Join group jual beli emas perak di Facebook, contoh:—> Silver Lot Shop
2.    Survey harga silver bullion termurah ( Ini gunanya tahu pengiraan premium)
3.    Premium saya syorkan: 32% ke bawah per silver bar
4.    Simpan silver bar dengan baik
5.    Tunggu Disember dan cek semula harga silver bar anda

Kalau tak puas hati dengan kenaikan harga , anda boleh lupakan terus
tentang pelaburan silver dan fokus kepada pelaburan lain.

Tapi kalau rasa berbaloi, mula rancang pelaburan anda Silver dengan baik.
Saya ada tunjukkan “Kaedah Termudah Silver Termurah”

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang kaedah ini, klik link untuk mendapatkan Pakej Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia + Teknik Tukar Ganda Silver SEKARANG.

Bahkan dengan mempunyai buku ini, anda boleh mengetahui bagaimana untuk tau adakah Silver / bullion perak ini berada pada harga murah seterusnya menyakinkan diri anda untuk beli silver.

Artikel lain yang mungkit anda berminat:

Jangan Melabur dalam Pelaburan Silver atau Bullion Perak

FAQ: 10 Soalan Lazim Pembeli Baharu Bullion Perak (Silver)

August 8, 2011

Jangan Melabur dalam Pelaburan Silver atau Bullion Perak

Ye Betul! Jangan melabur dalam pelaburan Silver sebelum anda baca “3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Silver”

Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu melabur bullion perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza – dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:

Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:

44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India.

Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak – terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

Ketahui Tips2 Lanjut Tentang Pelaburan Silver di Pelaburan Silver Fizikal Di Malaysia

atau teruskan pembacaan anda mengenai

10 Soalan lazim (FAQ) pembeli baru bullion perak @ Silver Bar

 

Powered by WordPress