Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

March 9, 2012

Panduan Menjadi Jutawan dengan Pelaburan Diri Sendiri

Isu pelaburan semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ni terutamanya pelaburan emas dan pelaburan silver. Fenomena ini sebenarnya sangat baik jika kena pada caranya. Namun yang menyedihkan sekarang, ramai yang sanggup membuat ‘Personal Loan’ semata-mata untuk mendapatkan emas atau silver secara pukal. Dengan harapan untuk menjadi jutawan emas dan silver. Bukan menuding jari pada sesiapa, tapi sebelum anda membuat keputusan untuk melabur anda harus betul-betul mengkaji tahap kemampuan keewangan anda. Pelaburan adalah bagus jika anda tidak berhutang untuk melabur. Salah satu cara ialah dengan menggunakan simpanan sendiri yang boleh direalisasikan oleh ‘Pelaburan Diri Sendiri’.

Bercakap tentang pelaburan diri sendiri, mari kita lihat cara perbelanjaan atau aliran tunai Ali dan Ahmad setiap kali mereka mendapat gaji mereka.

Kes 1 – Ali bila dapat gaji

1)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

2)      Bayar Rumah Sewa

3)      Bayar Kereta

4)      Sumbangan ke ibu bapa

5)      Shopping “Reward Yourselves”

6)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

7)      Bayar PTPTN

8)      Kos Hiburan Suka Ria

9)      Baru nak simpan duit (itupun kalau ada lebih)

 

Kes  2 – Ahmad bila dapat gaji

1)      Simpan duit

2)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

3)      Bayar Rumah Sewa

4)      Bayar Kereta

5)      Sumbangan ke ibu bapa

6)      Shopping “Reward Yourselves”

7)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

8)      Bayar PTPTN

9)      Kos Hiburan Suka Ria

 

Dikategori manakah anda sedang berada? Tahniah jika anda sealiran dengan Ahmad. Percaya atau tidak, belum sempat untuk kita membuat simpanan, selalunya kita akan kehabisan wang jika kita menjadi Ali. Realitinya kita begitu sibuk untuk meng’kaya’kan pihak lain dengan mengutamakan perbelanjaan kita terhadap mereka dahulu dan diri kita sebagai yang terakhir. Akhirnya, hanya kita yang ketinggalan menjadi miskin. Maka seharusnya mulai hari ini, apabila dapat sahaja gaji bulan seterusnya, mari kita sama-sama mengikut jejak langkah Ahmad yang membuat Pelaburan Diri Sendiri atau juga lebih senang jika kita cakap bayar pada diri sendiri dahulu. Persoalan pertama, Berapakah jumlah yang perlu kita bayar atau labur pada diri kita? Rata-rata buku keewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar keewangan Malaysia mencadangankan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan. Saya secara peribadi membuat standing instruction setiap 1hb ke dalam akaun simpanan pelaburan saya, dengan cara ini sahaja pada saya dapat mendisiplinkan diri saya.

Berbalik pada tajuk bagaimana untuk menjadi jutawan dengan pelaburan sendiri.

Formulanya mudah sahaja:

1)      Pastikan anda membuat Pelaburan Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG!

2)      Kita akan menggunakan the “Power of Compounding” dengan melabur simpanan kita ni Pelaburan yang boleh melawan inflasi seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust Fund)

 

Untuk Menjadi Jutawan (RM 1 Juta).

 

tablepelaburan

*Dengan mengambil purata pulangan pelaburan ASB sebanyak 8% setahun dan simpanan selama 30 tahun.

 

Jika anda menyimpan secara konsisten sebanyak RM400 sebulan. Anda akan bergelar jutawan jika simpanan dibuat selama 40tahun. Dengan hanya menambah lagi RM400, iaitu RM800 sebulan anda akan jimat 10 tahun kerana hanya 30 tahun diperlukan untuk menjadi jutawan. Kesimpulannya, lebih banyak yang anda simpan dan lebih awal anda memulakan pelaburan diri sendiri, maka lebih cepat anda mencapai impian anda.

Ingat, tiada istilah kita dah terlambat walaupun hampir bersara kerana ia lebih baik dari tidak menyimpan langsung.

 

Jika tidak keberatan, sila komen di bawah adakah anda Ali atau Ahmad dan mengapa anda memilih untuk melakukan aliran tunai seperti mereka?

 

Comments

comments

19 Comments »

  1. jika berminat untuk gandakan KWSP anda, boleh hubungi saya.

    Comment by Aidil Azhar — March 24, 2012 @ 20:02

  2. jika berminat untuk gandakan KWSP anda, boleh hubungi saya.

    Comment by Aidil Azhar — March 24, 2012 @ 20:02

  3. jika berminat untuk gandakan KWSP anda, boleh hubungi saya.

    Comment by Aidil Azhar — March 24, 2012 @ 20:02

  4. wah info jutawan untuk bakal jutawan pada masa akan datang, insya Allah.

    Comment by muazfaris — April 7, 2012 @ 18:00

  5. InshaAllah. terima kasih buat saudara MuazFaris. Ramai yang sibuk mengejar skim cepat kaya berbanding cubaan untuk membuat simpanan kecemasan 6 bulan. 🙂

    Comment by aidilazhar — April 8, 2012 @ 00:10

  6. nampak interesting….

    Comment by Salbiah Amiruddin — August 15, 2012 @ 16:18

  7. mulakan simpanan untuk diri sendiri.. bila dah ckup tabung sendiri.. then boleh lah melabur ke mana2

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

  8. nampak interesting….

    Comment by Salbiah Amiruddin — August 15, 2012 @ 16:18

  9. nampak interesting….

    Comment by Salbiah Amiruddin — August 15, 2012 @ 16:18

  10. kalau nk kaya buat belaburan silver atau emas.

    Comment by Wan Rokiah — August 30, 2012 @ 14:43

  11. actually bergantung kepada individu juga… apa yang penting.. kita build foundation dulu.. iaitu at least 6 bulan saving emergency fund.. then after that.. barulah start melabur di mana2.. xkisahlah emas ke .. hartanah ke atau unit trust 🙂

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

  12. kalau nk kaya buat belaburan silver atau emas.

    Comment by Wan Rokiah — August 30, 2012 @ 14:43

  13. kalau nk kaya buat belaburan silver atau emas.

    Comment by Wan Rokiah — August 30, 2012 @ 14:43

  14. Tahun pertama hingga tahun ke tiga.. sikap saya adalah kes pertama iaitu “Ali” dan skrg alhmaduliah..setelah didedahkan pelbagai bacaan ttg ilmu kewangan, semestinya sikap telah berubah ke 2 iaitu kes “Ahmad”
    Syukur alhamduliahhh….

    Comment by mayasofiah — September 10, 2012 @ 14:16

  15. Good!! keep going be financial illiterate 🙂

    Comment by aidilazhar — September 11, 2012 @ 09:41

  16. actually bergantung kepada individu juga… apa yang penting.. kita build foundation dulu.. iaitu at least 6 bulan saving emergency fund.. then after that.. barulah start melabur di mana2.. xkisahlah emas ke .. hartanah ke atau unit trust 🙂

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

  17. actually bergantung kepada individu juga… apa yang penting.. kita build foundation dulu.. iaitu at least 6 bulan saving emergency fund.. then after that.. barulah start melabur di mana2.. xkisahlah emas ke .. hartanah ke atau unit trust 🙂

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

  18. mulakan simpanan untuk diri sendiri.. bila dah ckup tabung sendiri.. then boleh lah melabur ke mana2

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

  19. mulakan simpanan untuk diri sendiri.. bila dah ckup tabung sendiri.. then boleh lah melabur ke mana2

    Comment by AidilAzhar.com — September 11, 2012 @ 01:33

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Powered by WordPress