Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

March 11, 2008

Menteri Besar Perak : Dilema 3 penjuru bentuk kerajaan negeri

Filed under: Bincang Petang — PersonaGrata @ 21:11

Aduhai! Sudah Dipilih ..lain pula jadinya. Agaknya inilah Tun Mahathir nampak awal. Ruler can’t be shared!! Kenapa tidak satukan sahaja DAP, PKR dan PAS menjadi “Parti Demokratik Rakyat” ataupun “Barisan Alternatif”.

Hari ini ketiga-tiga parti telah menghantar pencalonan masing-masing untuk dihadapkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk dipilih oleh Baginda siapa yang akan mentadbir kerajaan negeri yang baru itu. Senarai itu dihantar jam 2 petang tadi.

Wakil parti DAP, Ngeh Khoo Ham memaklumkan setiap wakil dari setiap parti telah pun memberikan nama mereka masing-masing sebagai pencalonan. Beliau bercakap sewaktu ‘press conference’ petang tadi.

Beliau menambah, semua parti bersetuju untuk menyerahkan pemilihan pemimpin kepada Sultan Perak dan adalah tidak manis jika mereka sendiri berpakat dan melantik Ir Mohd Nizar wakil dari PAS sebagai Menteri Besar yang baru.

Ini kerana timbulnya sedikit kontroversi dan desas-desus yang tak beberapa menarik didengar. Inilah yang merisaukan saya, not as what I expected, pergolakan di Perak sentiasa ada tidak seperti di Pulau Pinang, Selangor mahupun Kedah yang lancar dengan pelantikan kerajaan negeri yang baru. Baru nak bina kerajaan negeri dah konflik sentimen sana sini. Apa sebenarnya wakil-wakil politik kita mahu. Semuanya nak bangkitkn Isu Perkauman, wang dan rasuah, ketidakadilan. Saya dah rasa muak dan bosan. Tiada siapa pun menteri nak bangkitkan isu “Global Warming” ke yang boleh di’integrate’ kan ‘application’ dalam negeri sendiri. Sumua takut akan kehilangan material. Materialistik sungguh.

Macam kita tahu sebelum ni, Kerajaan Negeri Perak mengamalkan konstitusi dimana tiada pemimpin bukan Melayu Islam boleh memerintah di Negeri Perak dan dengan sebab itu secara spontan ketiga-tiga parti bersetuju memilih Ir Mohamad Nizar

Namun dilemma yang menghantui DAP kerana majoriti kerusi dipegang oleh DAP dan ini sudah tentu akan menjadikan huru-hara rakyat oleh penyokong fanatik DAP kerana wakilnya tidak menjadi Menteri Besar. Telah maklum bahawa walaupun konstitusi ini adalah warisan adat melayu Perak, namun Sultan Perak berhak membatalkan konstitusi tradisi Melayu Islam sebagai menteri. Andai warisan ini ditolak sudah tentu anda akan fikir apa yang saya fikir tentang pentadbiran Kesultanan Melayu Perak

Secara amnya, DAP majoriti layak menjadi Menteri Besar, namun disebabkn konstitusi dan malang bagi DAP kerana none of the 18 DAP elected representatives are Malay Muslim.

Masalah lain pula timbul 3 dari 7 ahli PKR tiada qualification atau dengan kata lain tiada pelajaran tinggi seperti wakil-wakil rakyat dari DAP. Tu sebab nak atau taknak Ir Mohd Nizar dipilih.

DAP at last sedar mereka akan terancam kalau terus pilih macam tu. Jadi DAP pun membuat strategi penyerahan pencalonan untuk mengelakkan pergaduhan 3 pihak.

Senarai Pencalonan:

DAP =  Ngeh Khoo Ham (Sitiawan)

PAS = Mohamad Nizar Jamaludin (Pasir Panjang)

PKR = Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang)

As a quote:

“DAP has vehemently rejected PAS’ conservative religious agenda in favour of a secular ‘Malaysian Malaysia’ and had even left the PAS-PKR Barisan Alternatif coalition in protest in 2001.

In each general election, however, DAP has worked out a seat-distribution formula with PKR to avoid three-corner fights.”

Comments

comments

1 Comment »

  1. […] Perlukah parti2 dibawah BA ini disatukan sahaja, Seperti cadangan saudara Aidil Azhar . Gabungkan semua menjadi “Parti Demokratik Rakyat” atau “Barisan Rakyat”. Tetapi […]

    Pingback by Siapa Bakal Menteri Besar Perak? | Dari ipoh ke PariT King!!! — March 12, 2008 @ 01:51

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Powered by WordPress