Selaras dengan azam tahun 2011, banyak juga aktiviti yang aku telah jalankan untuk masih terus fokus dengan azam tahun ni. Antaranya ialah untuk share pengalaman Mendaki Bukit Broga. Azam tahun 2011 actually ialah 3K.. Apa tu?? 🙂 Well, salah satunya ialah Kesihatan atau lebih fokusnya KURUS!!.
So setakat ini, apakah yang aku telah lakukan? Well, setakat ni apa yang dibuat adalah pergi ke gym, berfutsal (jarang), wall climbing (banyak skit dari futsal..tapi masih kurang) and yang hampir dilakukan setiap minggu adalah jogging dan berbasikal di Taman Cabaran Putrajaya.
Program Mendaki Bukit Broga ni pada asalnya nak dilakukan dengan rakan universiti aku. Which is, pada hari Sabtu sebelumnya. Aktiviti tu dirancang buat pada Selasa pagi bersempena dengan Maulidur Rasul. Dulu penah juga dengar Bukit Broga ni, tapi belum terlintas lagi nak naik. Sampailah bila rakan2 uni ni ajak untuk naik. Pucuk dicita ulam mendatang lah, ye lah. Mana taknya, dah memang azam tahun 2011 nak kekal segak di atas persandingan. So aku menjadi sangat excited untuk naik, sampai la pada hari Isnin malam tu, entah kenapa, asyik tak boleh tidur, jam pukul 12 pun masih tak boleh lelapkan mata, kepala asyik teringat apa la agaknya akan terjadi esok tu.
Aku pun start tweet kengkawan aku ni tanya macam mana perjalanan program esok. Tapi senyap je semua, takde sorang pun berbalas. Until lebih kurang 2 pagi camtu, salah sorang call cakap tak jadi sebabnya ada masalah dengan boyfriend dia. Sementara tunggu feedback dari kengkawan lain. Maka aku pun start charge battery kamera, prepare kasut untuk daki, pilih baju and shorts apa nak pakai. Sedar tak sedar dah jam 4 pagi. Menda tu rancangnya jam 6 pagi untuk daki. Tinggal dua jam lagi. Makin berdebar2 perasaan sampai keluar keringat kat kepala botak aku ni.
Tergerak hati nak bukak twitter, rupa-rupanya Push setting kat phone aku problem, rakan lain dah bagitahu terpaksa cancel sebab tak cukup ahli majlis. kerana pada awal plan siap ada mandi manda di air terjun. Dengan rasa perasaan yang bercampur baur. Aku pun angkat tangan letak kat bahu sambil sandar dinding. OMG.. HAHHAHAHHAHAHA
So, tidur trus kot lepas baca tu. Esok nya hari selasa, Maulid Nabi. Mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah Untuk Nabi Muhammad S.A.W. Bangun je pagi tu dalam pukul 7Pagi, aku dah tak tau nak buat ape, ye la, bila kita dah rancang satu2 benda, aktiviti lain selalunya kita dismiss kan. Masa jadi macam orang gila duduk rumah sorang-sorang.
Sampai Jam 4 Petang, aku cakap pada diri, ni tak boleh jadi ni, aku tetap jugak nak jalankan program Mendaki Bukit Broga tu, hatta apa cara sekalipun. aku mesti naik walaupun sorang. Aku pun start SMS cousin aku Maman kat semenyih tanya macam mana jalan nak ke Broga, inilah dianya orang cakap mintak Betis Dapat Peha. Maman offer teman aku naik sekali. Hahahahaha..
Aku pun terus turun bawah. Start keta and cabut ke rumah Maman. Sampai je kat sana, kitaorang trus gerak ke destinasi impian. Tak jauh pun, dalam 10 minit dari pekan Semenyih. Tak jauh dari Nottingham University Semenyih. Sampai je kat Parking Bawah tu, aku jadi excited semacam.
Time ni kat kaki Bukit Broga. Cari Parking ye Bang!
Sejarah Tercipta, tanpa buang masa kami pun terus naik. Memang tak sangka2, perjalanan memang agak penat, bermula dengan bukit2 yang landai, seterusnya tangga2 bukit dan pendakian beginner stage. Terus terang masa dalam perjalanan nak naik tu memang sangat penat, ye la untuk orang yang gemuk macam aku memang akan terasa side effect nya.. sampai tersenget2 aku naik. Sampai satu tahap tu, walaupun energy masih ada, tapi jatung degup macam nak terpecah keluar, jadi proses pendakian kami memang agak slow sikit.
Maman Breakaway to TOP
Namun apa yang motivate kan aku ialah makcik2 sedang turun dr bukit. So aku terbayang..eleh makcik2 ni pun boleh naik. Malu la aku if tak dapat naik. Agaknya itula kata kunci yang menyebabkan aku berjaya Mendaki Bukit Broga sampai ke puncak.
Setelah sampai ke pendakian puncak pertama, kitaorang rehat dulu untuk menganbil gambar, ada satu pokok tu, disitu la Saiful Nang mengilhamkan gambar outing perkahwinan angkasawan kita (Sheikh Muzaffar & Dr Harlina)
Tempat Penggambaran Angkasawan Malaysia
Posing Sebelum naik Puncak Pertama. .. Dah kat atas jangan tgk bawah… GAYAT!!!
Then kami pun akhirnya berjaya sampai ke puncak pertama Bukit Broga yang mengambil masa dalam 50 minit disebabkan banyak berhenti. Kalo orang lain siap berlari kot naik ke atas. Apa pun perasaan time tu sangat lah seronok. Kerana berjaya jugak aku mendaki Bukit Broga dan diteruskan ke pendakian Puncak Kedua.
Dari Puncak Kedua, Pointing ke Puncak Pertama
Beginilah rupa bentuk puncak pertama, gambar ni diambil dari kedudukan puncak kedua. Untuk pengetahuan semua, Bukit Broga ni ada lagi satu puncak iaitu puncak ketiga, namun disebakan hari makin gelap. Maki kami pun merancang untuk teruk. Kalau dah berjaya naik ke Puncak Ketiga iaitu Puncak Terakhir, boleh terus kan pendakian lagi 2KM ke Gunung Tok Wan. Ini untuk kaki-kaki daki. Memang Best..
Broga Ku Tawan Mu Di KakiKU.. opPZZZÂ Self cANDID SyndroM
Perjalanan turun memang amat mencabar sebabkan bermula ni lah perasaan gayat tu akan timbul sebab kita tengok ke bawah. Akhirnya dalam tak sampai 30 minit. kiteorang dah berada di kaki bukit. Lutut dan peha memang exhausted sebab masa turun memang menghasilkan tekanan tanggungan berat badan yang tinggi terhadap kaki.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman pendakian di Bukit Broga, inshaAllah akan dijadikan aktiviti bulanan.
P/S: balik pada tu Maman belanja aku makan nasi lemak. Camne nak kurus ni? Haish.
wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…
Comment by yusuf pencinta iPhone — November 24, 2021 @ 08:23
ni 10 tahun lepas ni.. hahahha. i wonder now apa jadi dengan broga
Comment by PersonaGrata — November 25, 2021 @ 15:37