Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan bersama anda tentang Compound Interest atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Faedah Kompaun.
Pertama sekali, Apakah itu Faedah Kompaun? Kebanyakkan orang ataupun individu yang sudah mahir dengan dunia keewangan membiarkan cerita ini sebagai sastera kewangan motivasi. Pun begitu, ramai yang tidak terkesan kerana tidak memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan The Power of Compound Interest. Mari kita kupaskan dengan lanjut.
Compound interest arises when interest is added to the principal, so that, from that moment on, the interest that has been added also earns interest. This addition of interest to the principal is called compounding – sumber Wikipedia
Faedah kompaun bermaksud apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan anda, serta ke atas faedah yang ditambah kepada prinsipal telah terkumpulkan bersama. Fuuhhh.. Susah nak faham ni. Dengan erti kata lain, faedah yang anda perolehi daripada pelaburan anda itu tadi anda tidak gunakan, sebaliknya anda menambah kepada jumlah prinsipal sedia ada. Ini bermakna, prinsipal anda tadi semakin membesar jumlahnya. Maka apabila faedah pelaburan baru diperoleh maka ianya lebih tinggi daripada faedah pertama yang anda dapat, menjadikan pulangan pelaburan anda bertambah dengan lebih cepat.
Kuasa faedah kompaun begitu popular sejak era Albert Einstein apabila beliau menggelarkan compound interest ini sebagai 8th Wonder… memang dasyatttttt!
Bagaimana faedah kompaun sebenarnya berfungsi? Faedah kompaun bermakna apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan, serta ke atas faedah yang ditambah kepada pokok yang anda mungkin telah terkumpul. Penambahan faedah kepada prinsipal dipanggil pengkompaunan (Compounding).
Dengan peraturan pengkompaunan ini, ia bermakna lebih awal anda mula menyimpan, lebih besar faedah terkumpul ke atas pelaburan asal anda. Kuasa pengkompaunan boleh membuat aset tumbuh lebih cepat.
Ia boleh bekerja untuk anda jika anda melabur. Begitu sebaliknya ia bekerja jika anda berhutang, ia akan bekerja terhadap anda jika anda meminjam seperti pinjaman overdraf atau pinjaman kad kredit. Anda mungkin berakhir membayar faedah yang lebih jika anda tangguhkan membayar faedah pinjaman yang dikompaun.
Kembali ke bagaimana faedah kompaun boleh membuat aset anda berkembang lebih cepat, ini dapat digambarkan dengan contoh case study di bawah.
Case Study: Terdapat 2 pelabur melabur wang mereka kepada pelaburan yang memberi faedah sebanyak 8% setahun.
- Orang A: Melabur RM3k setahun bermula pada umur 18 tahun dan berhenti melabur pada umur 27 … jumlah pelaburan RM30K
- Orang B: Melabur RM3k setahun bermula pada 28 umur berterusan sehingga bersara … jumlah pelaburan RM84k
Jelas Orang B melabur lebih banyak wang daripada Orang A …
Persoalannya sekarang, adakah ini bermakna Orang B ini mempunyai lebih banyak wang apabila kedua-dua bersara pada umur 55 tahun?
Lihatlah graf di bawah [dilampirkan] dan anda akan tahu jawapannya. Walaupun Orang A hanya melabur sebanyak RM30K, perbezaan sebanyak RM54K kurang daripada jumlah pelaburan Orang B. Namun akhirnya, pelaburan Orang A telah menjadi RM405k diakhir persaraan, dimana ini adalah perbezaan RM100K lebih banyak daripada Orang B. Maka tidak hairanlah mengapa Einstein menggelarkan faedah kompaun ini sebagai 8 wonders.
Oleh itu, SILA! SILA! SILA! Mari kita mula menabung dari sekarang dan sila mendidik keluarga anda betapa pentingnya untuk memulakan simpanan SEKARANG … dan biarkan ia kompaun!
Artikel ini pada saya pendek dan padat namun sangat bermakna. Akan bermakna lagi jika digabungkan strategi ini dalam pelaburan Unit Trust. Nantikan artikel selanjutnya tentang penggabungan Unit Trust atau Unit Amanah dan Faedah Kompaun.
TQ 4 ur information…
saya mmg suka topik Kuasa Faedah Kompaun (Compound Interest)…
Comment by mayasofiah — September 10, 2012 @ 14:37