Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

April 4, 2008

Khalwat : Bantah hukuman untuk non-muslim

Hari ni selepas selesai PersonaGrata dr tugas² berat presenting Final Year Project maka apabila melabuhkan punggung di depan skrin komputer yang usang ni, tertarik pulak satu artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini (Rajin sungguh PersonaGrata baca MalaysiaKini)

Artikel yang berbunyi “Khalwat: Bantah hukum bukan Islam” itu sedikit sebanyak tertusuk dalam benak sanubari Persona Grata. (kita baca artikel tu kat bawah nanti). Sebenarnya sebagai seorang warganegara Malaysia ini, PersonaGrata tersangatlah pelik. Kenapa kita dinamakan Malaysia sebuah negara Islam? walhal undang-undang terlaksana bukanlah relevan dengan undang-undang syariah yang sedia ada? Bukan lah tujuan disini nak menuding jari pada siapa2? cuma nak diajak berfikir. Sebenarnya kita bangsa melayu ni macam bertakuk lama dan membuat semua perkara yang takut hilangkan kredibiliti kita sendiri.

Maksud disini ialah, Apakah yang dimaksudkan negara Islam? kalo betul kita negara Islam. Adakah kita implement tatabudaya seperti Negara Islam yang lain. Jika tidak, buat apa kita label negara Islam sedangkan kita bukan berpusat 100% kepada tiang agama dalam pentadbiran negara. Hanya sekadar nama? buat apa? Muka tak malu jaja nama Islam sana sini? maka lebih elok kan kalo kita buat NEGARA MAJMUK jika dan hanya jika tak boleh nak Implemen apa yg dinamakan seperti asalnya iaitu Negara Islam. Pandangan peribadi disini maksudnya ialah. Kalau kita tak mampu behold tanggungjawab nak menjalankan pentadbiran Negara Islam. Jangan la memalukan ISLAM. Buat sahaja negara majmuk. Habis cerita. Ni , pelacur melayu terabur sana sini. Petik sana terus boleh langgan. Apa cerita ni?

Sebenarnya kita bersikap acuh tak acuh dalam norma-norma kehidupan kita. Kita sendiri membawa title ISLAM. Tapi fikiran kita sempit menunjukkan role model sebagai ‘alim’ tutup aurat semua tak cukup. Ingat, kita bukan kejar akhirat jer. Kiter kene jaga “hablum minannas” . Bukan tak bagus tutup aurat. Jangan salah faham. maksud saya, itu semua tak cukup. yang penting nilai yang kita selalu alpa dan lupa ialah MORAL!!!!!!!

Ya. Moral. Kenapa saya berkata begitu? korang tunjukkan The Way of Islam dengan ibadat siang malam tak cukup. Be balance. Moral kene jaga. Nabi SAW penah bersabda “at taqwa ha huna” (sambil tunjuk didada) . Taqwa itu ada dlm dada, hati dan akal. Bukan pemakaian. Tengok pakai serban, purdah cantek. Tapi taqwa kita tatau. Maksud disini. Tunjukkan la Islam itu indah. Islam itu sejahtera.

Masalah melayu sekarang ni, kita duk sebuk cari kesalahan orang lain, tapi kitanyer pekung sendiri kita tak jaga. Hello Brother! Lu dah ckup baik ker nak jaga tepi kain orang!. kita amek contoh mudah. Isu Sensitiviti Perkauman. Isu ni memang isu lama. selalu isu macam² kita dengar. Cina tak repect melayu la India kutuk Melayu la.. Kita trus naik angin. Penah tak kita tanya sebab depa buat macam tu. Meh PersonaGrata applikasikan keadaan sikit.

Contoh isu makanan. kita cakap Cina tak sensitif dengan masyarakat Islam, kononya cina suka-suka hati bela babi sume. Penah kita tanya. Kita sensitif tak atas bangsa lain? contoh terbaik. Majlis atau kenduri. cewah , kita ni nak tunjuk kita ni baik jaga hubungan sesama malaysia. kita jemput warga hindu. kita tau and lazim orang india mana la makan daging lembu. ni kita selamba badak hidang makanan kari ayam , kari lembu letak sebaris terpampang. Kadang makanan tu kerabu ke apa orang hindu kene selak2 dulu nak tau daging tu ayam ke lembu. Nampak tak kita tak sensitif terhadap bangsa lain? itu kah The Way of Islam yang kita amalkan? Cube kalo org cine letak kari babi sebalah kari ayam. hai! tau pulak kita nak mengamuk. Inilah yang saya cube nak sampaikan. Melayu ini pentingkan diri tanpa menjaga sensitiviti org lain. Sebab tu la kita mundur. Saya pun melayu jugak. Cume apa salah saya memberi pandangan saya sendiri agar kita dapat maju setapat. Kita sangat mundur. 80% ekonomi Malaysia dipegang bukan bumiputra. Fikir-fikirkanlah.

Berbalik pada hukum Islam. Kalo dah isu sensitiviti mcm contoh kenduri tadi pun kita tak leh buat. Kita take for granted sume bangsa leh makan mcm kita. Hey .Mimpi!. memang la bangsa lain takkan respect kat kita. Mulut manis pandai sebut Islam sejahtera, bersih indah. tapi diri kita tak bermoral amalkan apa yang sepatutnya kita buat.. kita kene jaga hubungan sesama manusia. tak kira la bangsa apa pun. Kita nak orang hormat kita, kita hormat la dulu.

Berbalik pada artikel tadi tu (panjang betul saya menaip). Memang la orang bukan Islam tak nak terima hukum islam tangkap khalwat. Sebab diaorang takde respect kat kita dah. So jangan pasni nak salahkan diaorang sbb tak respect. Kita tanya diri kita dlu. Adakah kita dah buat langkah2 agar mereka respect kat kita. Kalo kita fikirkan kebajikan mereka sume(non-muslim) sure la diaorang paling tidak pun terdetik dalam hati kecil rasa hormat. jadi mereka akan terima alunan hidup kita. Baru la leh nak implemen apa pun senang sebab takde bantahan. Alahai. Melayu oh Melayu

ni sedutan Artikel dr MalaysiaKini

————————————————————–

Menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Peguam hari ini.

Mengulas cadangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia semalam, majlis itu berkata langkah itu “salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam perlembagaan.”

“Sangat tidak adil mengguna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaa,” kata presidennya Ambiga Sreenevasan.

“Cadangan itu sama sekali tidak boleh diterima”

Cadangan dua badan ini – sebahagian draf resolusi seminar semakan undang-undang syariah yang tamat semalam – akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Seorang pembentang di seminar itu, hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar “lebih adil”.

“Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah… tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut laporan The Star hari ini, cadangan tersebut termasuklah meningkatkan denda dan hukuman – sehingga empat kali ganda – bagi kes-kes khalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi.

Majlis Peguam juga menyatakan ia turut “terganggu” dengan hasil seminar itu yang ingin memperkenalkan pusat pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah, seperti pelacuran dan lelaki pondan.

Sementara itu MCA juga membantah cadangan tersebut.

“Menurut perlembagaan, undang-undang Islam tidak terpakai kepada orang bukan Islam,” kata naib setiausaha parti itu, Datuk Yew Teong Lock.

“Cadangan itu tidak realistik.”

———————————

Comments

comments

2 Comments »

  1. Kepada saudara Persona Grata..
    Saya cukup kagum atas keberanian tuan membangkitkan isu ini. Memang saya sokong pun. Bagaimana kita nak orang respek kita kalau kita sendiri tak betul. For sure takde orang yang nak ikut.

    Tapi terus terang saya katakan saya pun bukan suka sangat pun cara orang2 jabatan agama lakukan kerja.Kadangkala saya rasa kalo jabatan tu tak wujud pun tak apa. Tak ada mahkamah syariah pun tak apa. Membazir je bayar gaji mereka. Mereka ni macam nak cari duit saja.Saya ambil contoh masa puasa.Apa yang kita boleh nampak?? Sudah pastilah undang2 bermusim, dimana siapa saja yang makan dikhalayak ramai akan ditangkap.

    Pada sayalah, membazir je tangkap diaorang.Kalo dah muka tak malu, mereka tak makan dekat luar pun, mereka order nasi bungkus makan dekat dalam office.Dalam office pun bukannya tak ada orang nampakkan??Bagi sayalah yang penting rasa malu pada tuhan. Kita masing2 besar panjang. Kalo diperbesar-besarkan cerita ni, last2 kaum kita gak yang malu. bila keluar paper, paper tu bukan orang islam je bacakan??

    Kat singapura, kalau bulan puasa, orang jabatan sana tak serbu sana sini. Actually saya puji cara mereka. Macam saya cakap tadi.Yang penting, kesedaran dan rasa malu mereka pada tuhan. At least kalau mereka makan dekat umum, kita sendiri dah sedia maklum, orang tu jenis apakan??Jenis tak tahu malu..sebagai orang islam yang nampak, yang tahu mahu tumpang sekaki dapat dosa sama sebab melihat, kalo rasa2 prihatin, berani2kan diri menegur, sudahlah.Ingat mengigatkan kan lebih bagus. Kalo org tu tak nak dengar, at least dosa kita terlepas.

    Kalau main tangkap2 orang, serbu sana serbu sini, saman sana saman sini. Tak tentu pasal nanti orang kata jabatan agama ni nak cari makan saja. Kat singapura sana, walaupun ada orang islam makan dikhalayak ramai, tak ditangkap tapi at least kat sana, orang sana tak makan sebab takut dengan tuhan.Bukan macam orang kita, tak makan sebab takut kena saman.Ikhlas ke kita pada tuhan??

    Comment by Baby — June 24, 2009 @ 22:37

  2. klau org jabatn agama x tgkp org2 bt mksiat spe yg brani tgur n tgkp?? bru2 ni kte dh tahu kes org bnuh n dera ank dan masyrkt tahu kjadian tu tp ada ke org yang tgur n amk tndakan?? lastly bdk 2 mati cmtu je.. awk x ble compare mlysia dgn singapore sbb background neg diorg len..bulan puase stahn skali je sbb tu org x puase kne tgkp bln tu je so x de istilh undg2 brmusim.. ape yg pej agama bt 2 bknlh ats khndk mreka sbb e2 adalh khndk agama brdsrkn konsep amar makruf wa nahi mungkar.. awk cbe bygkn klau x de org tgkp org bt maksiat?? ape akn jdi neg kte?? 4 sure neg maksiat..skurg2nye inisiatf yg pej agame gne tu dpt mgurgkn n mmbndung gjala maksiat..so kpd baby awk jgn slhkn pej agama..skurg2nye mereka ada inisiatf untk mncegah dan mlakukan kbaikn..awak ada ke???????

    Comment by Anonymous — March 26, 2010 @ 19:40

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Powered by WordPress