Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

March 9, 2010

Forex Malaysia : Tips Berjaya Trading

Filed under: Trading Idea — Tags: , , , — PersonaGrata @ 11:54

Salam Semua..

Walaupun saya ada blog khas untuk trading online, namun memandangkan blog saya yang lagi satu tak boleh berbahasa melayu sebab telah disponsor, maka saya letakkan di sini. Saya tertarik dengan topik ni walaupun topik ni agak lazim ditanyakan dan boleh dikategorikan sebagai FAQ [Frequently Asked Question] .. bila browse through komen-komen di forum2.. memang betul.. ada yang cakap money management, ada yang cakap plan.. yup.. tu sume mmg essential things to know or memangg patut tahu..

yup.. bila kita tanya..kenapa ada orang trade rilex aje..macam tengok main hentam je.. but still profit.. pada saya ini mungkin kerana diaorang memang dah lama trade pada pair tu and dah lazim dgn pergerakan satu-satu matawang/pair.

So.. cara yang mungkin agak sesuai nak guna/praktis guideline untuk berjaya dalam trading pada pendapat saya ialah its good jika kita elak perkara-perkara yang boleh memusnahkan trading kita yang di antaranya saya boleh simpulkan seperti:

Trading dengan Emosi

Saya rasa kebanyakkan trader kalah dalam perjuangan trading ni ialah diaorang trade dengan penuh emosi, Hehehe .. Emosi ni bagus, cuma dalam trading kalau boleh cuba ketepikan emosi. Contohnya kepada sesiapa yang ikuti program Profitunity Chaos tu Bill William tiap-tiap pagi suruh buat Morning Pages supaya kita luahkan semuanya dalam 3 helai kertas .. so that kita boleh kurangkan terbawa-bawa masalah keewangan, family, makwe/pakwe dalam trading.

Selalunya trader akan enter trade dengan logic dan system but then bila price melawan position yang kita nak tu [contohnya kita BUY tapi price turun.. Hmmm.. Tepuk Dahi Jap sambil keluar peluh] kita mudah untuk biarkan emosi mengawal kita berbanding system kita tu.. dengan kata lain.. time ni kita dah tak ikut system dah.. atau juga dengan kata lain kita menggelabah. Bila menggelabah ni dah tak boleh buat apa dah, tangan tu memang asyik gatal.

Ingat, market memang tak pernah kisahkan apa tujuan kita untuk trading, nak langsaikan kredit kad ker, nak bayar duit rumah ker, market tak pernah kisah tentang semua tu.. dia akan naik atau turun ikut suka hati dia and memang kita tak boleh menaikkan market atau turunkan market sebab kita bukan big player dalam market dunia. Jadi andai kata loss, let it be, banyak lagi peluang lain ada, trading sentiasa berjalan, cari balik entry yang sesuai, dont look back orang putih cakap.

Tidak Mempunyai Trading Plan

OK, yang ni penting, kalo anda tak ada trading plan anda tidak akan berjaya!!!, bunyi memang agak kasar tapi percayalah wahai teman-teman forum sekalian. Trading plan memang amat-amat diperlukan.

Sebab apa trading plan penting?

sebab nya trading plan ni mampu mengawal korang jaga emosi korang dalam trading. When emosi korang start ganggu korang, korang boleh stick firm kat trading plan korang. So tak adalah trade kacau bilau. Dalam buat trading plan juga perlu ada solution seperti, apa solution jika korang salah tafsir & apa solution jika korang betul tafsiran tu sebelum korang enter trade.

P/S: Let say jika korang buat trade plan baru untuk ganti yang lama, start dengan DEMO account balik semula walaupun korang dah memang tau keuntungan trading korang, dengan kata lain, Forward Testing. Lepas dah betul-betul confirm baru apply ke live account.

Tukar Trading Plan semasa tgh IN-Position (Tgh Trading)

Ni tabiat yang kerap saya amalkan dulu, selalu orang akan tambah position atau usik position adalah kerana disebabkan takut rugi. Sesuatu plan sepatutnya merangkumi statistik kejayaan secara keseluruhan secara bulanan atau tahunan. So biasalah kadang kita trade pun akan rugi andai ikut plan, tapi yang penting at the end hujung bulan kita tetap profit. Sebab tu gunanya kena test plan tu betul-betul dalam demo account. Once dah ada, follow betul2… bak kata Salleh Yaakob dalam radio “I follow”.

Macam mana nak elak selalu usik open position?

Back couple of years ago masa saya mula-mula trade, lepas je buka position masa trading [Position enter ikut plan with stop loss and limit], saya akan tutup laptop dan buat kerja lain, dan biar trade tu continue. Banyak cara nak protect contohnya trailing stop ..tapi tu semua bergantung kepada trading plan anda. Tak percaya try, sebabnya dulu saya akan untung sikit sebab asyik tukar trade tapi bila buat macam ni, much2 profitable walaupun guna system yang sama.

Takde Disiplin

Masalah lain yang trader ada ialah tak disiplin, andai kata korang nak jadi trade yang berjaya, make sure kekalkan diri dengan plan trading yang korang buat, jangan melawan plan, jangan ubah. contohnya macam undang2 jalan raya langgar lampu merah. kalo kita langgar undang2 sure kena saman atau worst case kita accident. Sama jugak macam trading, kena disiplin dan stick to the system. Mungkin sekali dua kali langgar lampu merah memang boleh terlepas, ingat! Langit tak sentiasa cerah!

Money Management Takde

Ramai trader beranggapan bahawa adalah OK jika trade guna 20% or modal setiap kali open postion. Ini konsep yang salah, ini la yang dikatakan money management yang kawan-kawan kita asyik sebut. Kena ada falsafah trading kita nak trade lama, bukan esok inject modal pastu trus Margin Call.

Contohnya:

Saya selalu trade 5% atau lebih rendah dengan margin yang saya ada. Kalau korang trade 20% margin dan korang rugi, korang hanya boleh trade 5 kali untuk rugi yang berterusan sebelum bankrupt. tapi seandainya korang amik 5%, korang leh able to trade 20 kali untuk pengiraan rugi yang berterusan.

At least maybe untuk bulan tu sistem korang tak function sangat sebab market choppy, jadi let say korang trade 5 kali je sebulan, dalam 5 kali tu sume rugi. Bulan seterusnya korang ada 15 kali lagi peluang and time tu market trending and sesuai dengan sistem korang. Kan dah boleh untung balik. U got what i mean guys?

Tambah trade sesuka hati masa tengah untung

Acapkali korang tengah hijau pips tu, korang start nak tambah lagi without reason, [kalo tambah tu ada dalam sistem boleh la diterima] but kalau tambah sesuka hati, tiba-tiba market reverse dari sejurus selepas korang tambah position. korang akan rugi banyak, dah patutnya untung tiba2 rugi pulak. back to money management is important.

Tambah trade sesuka hati masa tengah rugi

Ni lebih kurang sama dengan atas, sama tapi tak serupa, tengah rugi korang tambah lagi position dengan harapan kalo market ikut position korang, korang untung berlipat ganda sebab boleh trade pullback good entry. [bill william cakap = follow what market wants not what you want the market to be]

Selalunya kan, based on pengalaman, market takkan ikut kita dan kita ended up rugi. Kalo dah rugi, stop kat situ dan tunggu peluang baru, no turning back meratap kerugian tu buat apa. tak ada faedah langsung.

Letak stop loss ikut jumlah rugi/pips

Ramai trader letak stop loss berdasarkan risk/reward ratio. contohnya 2:1 ratio. target 100 pips stoploss 50 pips.

Tak dinafikan memang ada yang berjaya, depends on sistem diaorang sebab diaorang dah kaji sistem dengan plan-plan money management yang betul.

Maksud sebenar stop loss ini ialah takat di mana korang leh define yang korang nyer position tu salah bile dia lebih daripada takat line stoploss yg korang buat tu..dengan kata lain..stoploss ialah line menunjukkan ..”owh.position aku ni salah..” , bukannya berapa banyak pips yang korang sanggup lost, sebabnya takut korang salah letak stoploss terlalu jauh [which is memang salah enter dan rugi besar] atau terlalu dekat sehinggakan tiada ruang untuk market buat correction.

Guna Mental stop

Ramai juga yang suka guna mental stop. Mental stop ni maksudnya diaorang tak letak stop loss tapi duduk depan skrin and perhati berapa banyak pips loss and close manually. [kalo ada plan tak jadi macam ni dah]. Letak lah stop loss di tempat yang betul seperti trade pattern, candle atau fibo [tertakluk kepada plan masing2] akan membolehkan price mempunyai ruang untuk bergolek2. Macam kita juga manusia, bangun tidur, mesti nak mengeliat dan golek2 dulu. Macam tu jugak market, kalo dah lama sideway and choppy, mesti dia nak golek2 dulu, atau time dia tengah trending, dia penat mesti nak rehat dulu, so kene bagi ruang yang cukup dalam stop loss, tak lebih, tak kurang.

apa yang berlaku ialah bila mana korang letak mental stop, bila korang salah korang akan kata ” takpe, dia turun kejap je tu, jap lagi dia naik la balik, aidil azhar cakap kene bagi masa bagi masa” hehehe.. tiba2 market tak naik2 turun mendadak oleh news ker.. kan dah terduduk kat situ. rugi banyak dari sepatutnya.

p/s: aidil azhar cakap, bagi ruang yang betul utk stop loss.. bukan untuk mental stop.

Trade byk sangat konon nk gain byk profit [TAMAK HALOBA!!!]

Ramai trader beranggapan akan rugi jika tak pukul semua pada hari tu jugak. Nak untung banyak la katakan. Apabila kita mempunya mentaliti yang mengatakan next trade ni boleh pukul lagi ni [tamak], ini adalah bahaya sama sekali. Sabar!! nak duit tak? nak duit kena sabar, mana ada market kejap2 nak bagi duit dekat kita, sabar, tak semestinya kene trade tiap hari atau tiap jam, trade ikut system. Ramai je trader yang berjaya walaupun tak trade hari. Yang penting konsisten dan dapatkan signal yang baik.

Panjang jugak berceloteh, pada saya, apa yang saya cakap ni hanya pendapat saya base on experience dan kesilapan yang saya buat dulu, setiap orang lain cara silap, mungkin apa yang saya silap adalah satu cara keuntungan bagi orang lain. So, i juz share apa yang sebabkan trade saya teruk dulu. Skarang pun dah kurang trade, ada masa nampak peluang baik, saya trade.

Bottom line dia ialah.. harapan saya, kita akan lebih maju jaya dalam trading jika kita cuba elakkan perkara2 yang dinyatakan kat atas tu.

Pandangan ikhlas,
Aidil Azhar

Comments

comments

1 Comment »

  1. Paper Trading Is NOT What Will Teach You To Trade…

    Paper trading is only useful for the testing of your methodology. March 11, 2010 By Editorial Staff This is an excerpt from Elliott Wave International’s free Club EWI resource, “What a Trader Really Needs to be Successful” — a c…

    Trackback by Earn From Investing & Trading Online — March 12, 2010 @ 15:11

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Powered by WordPress