Unit Trust atau dalam bahasa melayu nya iaitu Unit Amanah adalah merupakan salah satu daripada ‘Investment Vehicle’ yang digemari oleh rata-rata rakyat Malaysia. Antara pelaburan lain terkini yang hot adalah Pelaburan Hartanah, Pelaburan Saham, Pelaburan Emas dan Silver. Namun pada kali ini saya akan menerangkan tentang Unit Amanah secara penjelasan umum. Matlamat disebalik unit trust ini adalah untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pelaburan terkumpul.
Apa itu pelaburan terkumpul?
Pelaburan terkumpul maksudnya, Unit Trust ni ibarat kita kumpulkan masukkan wang pelaburan kita ke dalam satu tabung. Begitu juga pelabur yang lain juga akan memasukkan wang pelaburan mereka ke dalam tabung yang sama. Katakan lah Tabung A. Tabung A ni kemudiannya akan dipertanggungjawabkan kepada Fund Manager iaitu seorang yang berpengalaman dalam bidang trading dan investment. Dia kemudian akan memegang tabung A itu untuk ditrading kan kedalam portfolio tertentu mengikut objektif pelaburan. Segala pulangan pelaburan kedalam tabung A itu akan diagih2kan kembali kepada pelabur.
Secara definisinya menurut FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Pelaburan Unit Trust ini secara amnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FIMM dan Kementerian Kewangan. Justeru, para pelabur tidak perlu risau tentang pelaburan ini kerana ianya bukan pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang seperti program Pak Man Telo dan Swisscash.
Dalam skim unit trust, pelabur tidak memegang sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai pemegang unit dan bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan. Sekiranya fund di dalam portfolio tersebut mengalami kenaikan atau penurunan. Harga seunit bagi pemegang unit juga berkadar langsung dengan kenaikan dan penurunan ini. Bilangan pemilikan unit adalah bergantung kepada harga unit semasa pelaburan dibuat.
ASB Vs Unit Trust?
ASB pun adalah merupakan satu medium Unit Trust @ Unit Amanah. Cuma ASB dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu PNB and Unit Trust yg lain dikendalikan oleh badan swasta seperti Public Mutual contohnya. Perbezaan ketara antara dua medium ini adalah ASB menawarkan pulangan berdasarkan Dividend dan Bonus. Manakala Unit Trust menawarkan pulangan berdasarkan Distribution dan Capital Appreciation. Distribution adalah sama konsep seperti divident. Capital Appreciation pula adalah kenaikan harga unit belian. Contohnya jika anda beli Fund A pada harga RM1.00 seunit. Apabila anda ingin menjualnya. Fund A sekarang beharga RM1.20 seunit. Maka anda mengalami keuntungan RM0.20 seunit. Risk yang anda hadapi ialah capital ini boleh appreciate dan juga boleh depreciate. Maka keunikan Unit Trust ini terletak pada strategi pelaburan iaitu melabur dalam jangka masa sederhana atau panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun dan mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging yang saya akan kupaskan di artikel lain.
Kebaikan melabur dalam Unit Amanah?
- Kos pengurusan pelaburan di tahap yang rendah (5.5% untuk Cash Investment dan 3% untuk EPF acc 1 Investment).
- Pengurangan risiko melalui diversifikasi.
- Kecairan Tinggi (Mudah untuk urusan jualbeli)
- Transaksi Mudah (Melalui online, kaunter, consultant yang dilantik)
- Pendapatan tetap dan Capital Appreciation.
Pelaburan Unit Trust atau Unit Amanah ini disahmilikkan oleh Surat Ikatan dimana terdapat tiga pihak terlibat di dalam surat ikatan ini.
- The Trustee (Pemegang Amanah) – Merupakan pemilik sah semua asset dalam pelaburan unit amanah dan merupakan wakil kepada pemegang unit.
- The Management Company (Pengendali Unit Amanah) – Syarikat ini yang menawarkan program Unit Trust dan akan menawarkan penguruskan segala portfolio pelaburan melalui fund manager yang berpengalaman.
- Unit Holder (Pemegang Unit) – Pelabur yang memberi modal dan mengharapkan pulangan daripada pelaburan.
Dengan adanya Unit Trust, kita berpeluang melabur dalam syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai ‘blue-chips’ di pasaran saham seperti TM, Petronas, Maxis, TNB dan lain-lain syarikat gergasi. Jika anda mahu melakukan pelaburan direct trust ke syarikat ini, cost permulaan sahaja memerlukan anda berpuluh ribu ringgit untuk membeli 1 lot saham. Ini tidak termasuk lagi commision fee yang dikenakan di bursa BSKL. Namun semuanya boleh dikecapi dengan hanya melabur di dalam Unit Trust kerana konsep tabungan yang saya ceritakan di atas.
Malah ada sesetengah fund misalnya melabur serentak kedalam 3 -5 syarikat gergasi ini. Inilah yang dikatakan “Diversifikasi”. Secara analoginya, diversifikasi bermasuk kita meletakkan 10 biji telur ayam bukannya di dalam satu bakul tetapi di dalam banyak bakul, ini kerana jika kita meletakkan semuanya dalam satu bakul jika bakul itu jatuh, pasti kesemua telur ayam pecah. Namun jika kita bahagikan telur ayam ke dalam beberapa bakul, jika satu bakul jatuh, masih ada telur ayam di bakul yang lain. Walaupun sekiranya syarikat A prestasi saham merudum namun pelaburan kita masih untung kerana kita juga melabur di dalam Syarikat B, C, D dan E.
Dalam pelaburan jangka pendek (1-2 tahun), kadar pulangan Unit Trust adalah jauh lebih rendah daripada kadar pulangan Fixed Deposit (Deposit Tetap). Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (3-20 tahun) dalam unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap.