Tentu ramai di kalangan anda yang tertanya-tanya setelah membaca post saya yang terdahulu bertajuk “Jangan Melabur dalam Pelaburan Silver atau Bullion Perak“. What’s next? kat mana nk beli, macam mana nak jual?
Jangan bimbang, disini saya sertakan panduan 10 Soalan Lazim yang bermain di minda anda dan sudah tentunya dengan jawapannya sekali 🙂 Andai masih belum tersenarai soalan anda. Mudah Saja! Tinggalkan komen untuk dibalas oleh saya. InsyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin.
1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver
2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ
3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)
4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/
5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)
6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling
7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium
8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220
9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver
10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tips and Teknik yang lebih advance dalam pelaburan bullion perak or Silver Investment ini. Anda boleh layari di http://labursilver.aidilazhar.com
Disambil anda membelek-belek page info berkenaan teknik tersebut. Lakukan langkah pertama dengan membeli 10z Silver Pertama anda.