Apa beza Swap dan Commission??
Swap adalah caj atau bunya yang dikenakan oleh broker kepada trader jika 1 entry/position itu dibuka dan dibiarkan hold lebih dari satu hari. Lagi banyak hari kita hold, lagi banyak caj swap yang dikenakan. Jadi pilih lah broker yang ada option islamic account untuk mengelakkan cas swap ini. Ada juga broker memang sedia ada tiada cas swap ini.
Commission pula adalah caj servis Electronic Communication Network (ECN) yang dikenakan oleh Liquidity Provider (LP) kepada klien kerana menggunakan server mereka, pada kebiasaan, execution di server ECN adalah lebih laju daripada execution di server yang disediakan oleh broker. Caj komisen ini hanya dikenakan untuk akaun jenis ECN.
Namun, terdapat caj yang turut disebut komisen yang dikenakan oleh broker untuk akaun jenis Fixed Spread atau Zero Spread. Komisen ini berbeza daripada komisen ECN.
Jadi kenali dahulu broker yang anda mahu gunakan yer.
Boleh refer dgn IB2 broker tersebut
Jom Baca : 5 tahap perjalanan seorang trader forex/