Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

October 25, 2016

Pindah dan satukan blog

Filed under: Bincang Petang — PersonaGrata @ 23:52

Pengumuman:

Mulai hari ni saya akan satukan blog peribadi saya dan blog berkaitan forex di fxprimus saya ke dalam aidilazhar.com

Setelah sekian lama saya tidak update blog ini. Kerana focus kepada business. Saya akan tukar blog personal ni kepada penjenamaan diri saya sendiri sebagai coach pelaburan online.

Plan saya pada hujung 2016 ni untuk keluarkan modul percuma yang inshaAllah akan launching pada 2017. Jika berminat untuk dapatkan maklumat sila komen di bawah “Saya Nak ” beserta email* anda di rungan email.

*Segala maklumat butiran anda adalah privasi antara saya dan anda.

Jom ikuti saya juga di instagram

Instagram Forex: edaidilfx
Instagram Takaful: mytakafulmymedical

September 28, 2011

Teknik Spam – Promosi Murahan untuk Mendapatkan Duit

Filed under: Bincang Petang — Tags: , , , , — PersonaGrata @ 11:40

Semalam lepas pulang ke rumah, sekali nak bukak pintu ada iklan la pulak di tepi pintu tu. Aduhai, terasa annoying betul. Bukan apa, selalu sangat jadi macam ni. Mungkin ni berpunca daripada lokasi penyewaan rumah aku. Aku sewa pangsapuri kos rendah. Jadi iklan-iklan berkonsepkan “loan shark” ni selalu aja wujud di pintu-pintu kereta, pintu rumah, peti surat.

Yang menjadi masalahnya, aku tak kisah kalau dia sumbat dalam peti surat. Tapi bila kat pintu rumah pun dia selit jugak. Memang terasa annoying sangat-sangat. Kita dah la penat balik ke rumah, nak buka pintu aja tengok ada iklan melayang. Ingatkan ada notis apa-apa ke yang menarik. Sekali bukak, “Pinjaman Peribadi..Lai Lai Lai” J

 

Apa pendapat korang? Kalau perkara yang sama macam ni terjadi, adakah korang merasa satu spam jugak atau biasa-biasa aje. Mungkin biasa-biasa sebab tak selalu dapat camni. Bagi aku, sekarang ni terlalu banyak spam berleluasa aku tengok. Daripada email spam, facebook spam sampai lah ke pintu rumah pun kene spam.

Eh! Ada pulak yang bertanya spam tu apa?

Spam ni satu istilah famous yang digunakan dalam alam Internet. Spam terjadi sekiranya si Mamat A ni promote produk dia ke 100 email yang dia sendiri mungkin kenal mungkin tidak tanpa kerelaan penerima email tersebut. Maka, tindakan si Mamat A ni digelar sebagai spammer (orang yang melakukan spam). Selalu benda ni terjadi dekat email secara majoritinya dan di tempat-lain seperti private message di forum-forum. Acap kali kita terima satu iklan tanpa kerelaan kita, tu namanya spam.

Kewujudan facebook pada masa kini telah menampak satu teknik spam yang baru iaitu tag nama kita pada gambar produk pengiklanan diaorang atau sedut masuk ke dalam group bisnes facebook diaorang. Semak juga kadang-kadang bila terjadi perkara macam ni. Disebabkan terlalu banyak teknik baru yang ada skarang ni. Maka istilah spam bukan hanya diguna pakai dalam dunia internet ni.

 

Contohnya:

  • Terima iklan, surat laying di pintu kereta, wiper atau pintu rumah (Macam kes aku)
  • Sapa pakai kredit card? Lepas pakai mesti akan ada insurans itu ini call dipanggil tele-marketing.
  • Tengah lepak minum kopi kawan lama call nak ajak lepak. Sekali pegi lepak dia bentang MLM project or insurans. Ni bukan spam dah ni. Scam pun dah ni kalau bab MLM skali.

Apa lagi yer? Cube korang senaraikan tengok.

Spam memang tak dapat nak dielakkan tapi kalo ramai tau apa itu spam maka akan berkurang lah spammer kat seluruh dunia ni. Yang penting kita menyekat diri kita sendiri dari melakukan spamming ke atas orang lain.

April 4, 2008

Khalwat : Bantah hukuman untuk non-muslim

Hari ni selepas selesai PersonaGrata dr tugas² berat presenting Final Year Project maka apabila melabuhkan punggung di depan skrin komputer yang usang ni, tertarik pulak satu artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini (Rajin sungguh PersonaGrata baca MalaysiaKini)

Artikel yang berbunyi “Khalwat: Bantah hukum bukan Islam” itu sedikit sebanyak tertusuk dalam benak sanubari Persona Grata. (kita baca artikel tu kat bawah nanti). Sebenarnya sebagai seorang warganegara Malaysia ini, PersonaGrata tersangatlah pelik. Kenapa kita dinamakan Malaysia sebuah negara Islam? walhal undang-undang terlaksana bukanlah relevan dengan undang-undang syariah yang sedia ada? Bukan lah tujuan disini nak menuding jari pada siapa2? cuma nak diajak berfikir. Sebenarnya kita bangsa melayu ni macam bertakuk lama dan membuat semua perkara yang takut hilangkan kredibiliti kita sendiri.

Maksud disini ialah, Apakah yang dimaksudkan negara Islam? kalo betul kita negara Islam. Adakah kita implement tatabudaya seperti Negara Islam yang lain. Jika tidak, buat apa kita label negara Islam sedangkan kita bukan berpusat 100% kepada tiang agama dalam pentadbiran negara. Hanya sekadar nama? buat apa? Muka tak malu jaja nama Islam sana sini? maka lebih elok kan kalo kita buat NEGARA MAJMUK jika dan hanya jika tak boleh nak Implemen apa yg dinamakan seperti asalnya iaitu Negara Islam. Pandangan peribadi disini maksudnya ialah. Kalau kita tak mampu behold tanggungjawab nak menjalankan pentadbiran Negara Islam. Jangan la memalukan ISLAM. Buat sahaja negara majmuk. Habis cerita. Ni , pelacur melayu terabur sana sini. Petik sana terus boleh langgan. Apa cerita ni?

(more…)

Older Posts »

Powered by WordPress