Q: Takaful Vs Insurans? Apa Itu Takaful? Apa beza Takaful dengan Insurans?
A: Secara Layman-term atau bahasa biasanya, sebenarnya takaful sama aje dengan insurans. Iaitu dari segi objektif nya melindungi anda dari risiko kewangan. Namun, takaful adalah patuh syariah sedangkan insurans adalah bersifat konvensional, tidak patuh shariah, senang citer.. haram untuk kita ada insurans kerana gharar (ragu-ragu), maisir(perjudian) dan riba(bunga)..
Q: Tapi kita perlukan insurans betul? sebab objektif dia baik. Maka Wujudlah takaful 🙂
A: Secara Definisinya,
Perkataan Takaful berasal dari kata kerja bahasa Arab ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu, permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan sebagai ‘Takaful’.
Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah seorang daripada mereka.
Jadi kawan-kawan, nampak tak perbezaan takaful? Insurans konvensional
Maknanya,
Yang Pertama – Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain. Kalau Insurans, premium kita bayar bulanan itu adalah trus kepada pengendali takaful, Syarikat ini yang menanggung risiko. Tapi untuk takaful, premium kita trus masuk kedalam satu “Tabung” dan diguna kongsi pakai oleh semua pencarum premium.
Q: So Apa yang Syarikat tu buat?
A: Syarikat hanya bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful. Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat Takaful.
Q: Ramai orang sakit nanti tabung jadi kecik. Macam mana?
A: Dana Takaful yang disumbangkan oleh pencarum boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syari’ah. Maka dari situlah how tabung tu can cater permintaan.
Ringkasan:
Sumber Gambar: Blog Health is Wealth
Sila anjurkan sebarang pertanyaan sekiranya terdapat kemusykilan