Pelan Takaful dari PruBSN telah melangkah ke Pelan Takaful Health 2 yang baharu. Pelan Takaful Health 2 ini merupakan syariah compliant dimana tiada unsur-unsur konvensional.
Takaful Health 2 ini bermaksud bahawa anda akan mempunyai medical card untuk dibawah ke hospital sekiranya anda admitted.
Apakah Takaful Health 2 ?
Takaful Health 2 adalah satu pelan rider perubatan (medical card) melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan persakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM1,000. Kebanyakkan client yang signup dengan saya akan disyorkan ko-takaful berbanding deduktibel kerana lebih mampu milik. Caj ko-takaful adalah 10% daripada total bill (min RM300 – max RM1000)
Contohnya:
- Sekiranya bil hospital anda ialah RM15 000, 10% daripada RM15 000 adalah RM1 500. Namun anda hanya perlu bayar maximum RM1000 sahaja.
- Sekiranya bil hospital anda ialah RM5 000, 10% daripada RM5 000 adalah RM500. Maka perlu bayar RM500 sahaja.
- dan Sekiranya bil hospital anda ialah RM2 000, 10% daripada RM2 000 adalah RM200. Maka perlu bayar RM300 berdasarkan jumlah minimum ko-takaful.
Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health 2?
Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70* tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series plan.
* Umur kelayakan bergantung kepada pilihan umur tamat tempoh.
Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK
Terus nikmati bonus bagi TIADA TUNTUTAN
Kami memberi anda bonus1 tahunan sehngga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut2. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.
Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
Nikmati manfaat bilik & penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health 2. Kini, manfaat kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-Takaful, Takaful Health 2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000, yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement3 dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-Takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadi pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannya – semasa zaman persaraaan anda.
Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia4 25, 70, 80 atau 100.
1 Amaun bergantung kepada jenis pelan yang dipilih
2 Merujuk kepada tahun sijil
3 Penyertaan manfaat-manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan & sumbangan tambahah
4 Umur tamat tempoh untuk Takaful Health 2 tidak boleh melebihi umur tamat tempoh pelan PruBSN Link Series anda
Kami beri LEBIH lagi
Rawatan LUAR NEGARA
Dengan TH Overseas5, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China and India.
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan UNTUK KESEMUA PELAN
TH Annual Limit Waiver5 kini dibuka kepada kesemuapelan Takaful Health 2.Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan6 anda.
NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health 2 anda dua kali ganda7 tidak mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelummya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade5. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda. plan.
5 Jumlah manfaat dibayar tidak boleh melebihi Had Seumur Hidup anda
6 Pada tahun ke 5 dan ke 10 ulang tahun rider ke manfaat seterusnya
Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health 2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan. (Sila rujuk pada risalah untuk butiran lanjut)
Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful Health 2?
Ianya berbaloi untuk kekal sihat! Dengan Takaful Health 2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan *IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga.
Di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang pemegang sijil lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai Pelan TH2 Pelan250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,032:
Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health 2 dapat membantu saya?
Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan8 TH Annual Limit Waiver pada mana-mana pelan Takaful Health 2 dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga.
Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada amaun ko-Takaful sebanyak 10%.
Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan Takaful Health 2 anda akan naik taraf secara automatik pada ulang tahun ke 5 dan ke 10.
Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?
Jika anda menerima rawatan di luar Negara di bawah pelan Takaful Health 2 anda, manfaat-manfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.
Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan9 TH Overseas kepada pelan Takaful Health 2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-jcaj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya member perlindungan untuk kondisi-kondisi berikut:
- Pembedahan berkaitan dengan kanser
- Neurosurgeri
- Pembedahan pintasan arteri koronari
- Pembedahan injap jantung
- Pemindahahan organ (Pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pancreas dan sumsum tulang)
Di bawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas:
9 Penyertaan manfaat-manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan
Bagaimana Takaful Health 2 berfungsi?
Untuk kondisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan di Malaysia dan bukan di luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap kemasukan bagi setiap pembedahan. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas.
Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukan berkali-kali bagi pembedahan kondisi yang dilindungi di Malaysia, dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health 2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.
Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Takaful Health 2?
Butiran caj wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah.
10 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun. Ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.
11 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
Adakah saya akan menerima lebihan dari pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%12 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%12 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda.
12 Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.
Sekiranya anda ingin mendapatkan brochure Takaful Health 2, Sila KLIK DISINI
Dapatkan quotation PERCUMA dari kami. SMS Nama, Umur, Pekerjaan, Status Merokok ke 012-5803720 atau emailkan ke email@aidilazhar.com
Pelan Takaful dari Prudential BSN