Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

August 8, 2011

FAQ: 10 Soalan Lazim Pembeli Baharu Bullion Perak (Silver)

Tentu ramai di kalangan anda yang tertanya-tanya setelah membaca post saya yang terdahulu bertajuk “Jangan Melabur dalam Pelaburan Silver atau Bullion Perak“. What’s next? kat mana nk beli, macam mana nak jual?

Jangan bimbang, disini saya sertakan panduan 10 Soalan Lazim yang bermain di minda anda dan sudah tentunya dengan jawapannya sekali 🙂 Andai masih belum tersenarai soalan anda. Mudah Saja! Tinggalkan komen untuk dibalas oleh saya. InsyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin.

 

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

 

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tips and Teknik yang lebih advance dalam pelaburan bullion perak or Silver Investment ini. Anda boleh layari di http://labursilver.aidilazhar.com

Disambil anda membelek-belek page info berkenaan teknik tersebut. Lakukan langkah pertama dengan membeli 10z Silver Pertama anda.

 

Jangan Melabur dalam Pelaburan Silver atau Bullion Perak

Ye Betul! Jangan melabur dalam pelaburan Silver sebelum anda baca “3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Silver”

Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu melabur bullion perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza – dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:

Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:

44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India.

Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak – terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

Ketahui Tips2 Lanjut Tentang Pelaburan Silver di Pelaburan Silver Fizikal Di Malaysia

atau teruskan pembacaan anda mengenai

10 Soalan lazim (FAQ) pembeli baru bullion perak @ Silver Bar

 

August 7, 2011

Bebaskan Diri Anda Dari Lemak dan Kegemukan

Adakah anda sedang berlindung dari perisai LEMAK? Semakin hari semakin padat dan bertambah. Jauhkan “tayar spare” anda mulai hari ini dan hidup akan menjadi lebih indah. Ini sebabnya mengapa anda perlu berubah dan membebaskan anda dari lemak dan kegemukan:

 

Jangka Hayat yang Lebih Lama

Adakah anda ingin hidup lebih lama akan datang? Benar, segala hayat hidup dan mati ditentukan Tuhan. Tetapi pernahkan anda terlihat ada orang yang menghabiskan hidupnya dengan terlantar kerana obese? Anda mungkin boleh mencari rawatan dengan wang dan mencari Holy Grail untuk hidup lebih lama dan kekal awet muda atau ini semua boleh dikecapi dengan hanya kikiskan lemak anda. Kajian  dari “The New England Journal of Medicine” menunjukkan bahawa subjek yang mempunyai BMI (Body Mass Index) melebihi paras 27.5 akan lebih terdedah dengan risiko kematian melalui penyakit kardiovaskular atau barah. Sila semak BMI anda dengan membahagikn berat anda dalam kilo kepada tinggi kuasa dua dalam meter, atau google BMI calculator dan isikan butiran anda.

 

Lebih Kegembiraan & Kebahgiaan

Hilangkan kecomelan lemak anda boleh membuatkan dunia semakin indah buat anda. Dalam satu kajian dari Universiti Pennsylvania, subjek yang menghadapi masalah kemurungan kemudiannya menurunkan berat badannya sebanyak lapan peratus akhirnya dilaporkan menampakan tanda perubahan ke arah positif tahap kronik kemurungannya.

 

Kurang Kecederaan

Mengisi lemak di badan mengakibatkan anda lebih terdedah kepada kecederaan kerana lemak memberi tekanan kepada otot-otot, tendon and urat anda. Menjadi gemuk menyebabkan anda dua kali lebih cepat untuk tercedera semasa bersenam. Dipetik dari  kajian “British Journal of Sports Medicine”

 

Meningkatkan Tahap Kecerdasan Minda

Menjadi lebih kurus boleh menyebabkan anda lebih bijak. Penyelidik US menjalan satu ujian ke atas 150 orang dimana berat meraka adalah melebihi 136Kg. Tiga bulan selepas itu subjek diuji semula, subjek yang kehilangan 23kg selepas 3 bulan lebih peka dan daya penaakulan lebih tajam sedangkan selebihnya yang kekal gemuk mempunyai masalah nyanyuk dan mudah lupa.

 

Menurunkan Kadar Tekanan Darah

Kehidupan moden sangat memberi tekanan, jangan biarkan lapisan lemak memburukkan keadaan. Mereka yang mengurangkan berat 4.5kg dalam masa 30 bulan telah mengurangkan risiko Hypertension (Tekanan Darah Tinggi), ini berdasarkan kajian “Annals of Internal Medicine”.

 

Mengurangkan Kecederaan dan Kesengsaraan Fizikal dan Mental

Rata-rata manusia menginginkan kehidupan yang penuh dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik, jadi kurangkan berat badan anda mulai saat ini. Kajian penduduk Amerika mendapati manusia yang BMI bawah dari 18.5 mempunyai 8.9 peratus lebih rendah dari terdedah dengan risiko sakit lutut anda 3.6 peratus lebih rendah terdedah dengan risiko sakit belakang.

 

Peluang Rendah dihinggapi Penyakit

Menjadi gemuk bukanlah suatu penyakit tetapi kelebihan berat dari kadar yang sepatutnya akan meningkat risiko ke arah penyakit. Lelaki yang berjaya mengurangkan berat badannya dalam masa 5 tahun mempunya risiko yang lebih rendah terhadap diabetes (Kencing Manis), ini berdasarkan kajian terdapat 7000 lelaki di dalam “Journal of Epidemiology & Community Health.

 

Justeru, ambil peluang bersempena dengan Bulan Ramadhan ini untuk mengurangkan berat badan anda. Berbukalah dengan bersederhana dan berhenti sebelum kenyang sampai perut kesenakkan. Jaga pemakanan anda sewaktu hari raya dek rumah terbuka yang berselang seli gantinya. Lakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit – 3 kali seminggu.

 

Mulakan dengan senaman untuk beginner yang saya buat sewaktu outstation. Tiada alasan untuk tidak bersenam.

 

Tips 30 minute bersenam di mana-mana.

Joggin untuk panaskan Badan – 10 Minutes

Beginner Squat – 12 Kali x 3 Set

Push-Up (Tekan Tubi) – 10 kali x 3 set

Lunge – 10 Kali x 3 Set (Kaki Kanan 10X + Kaki Kiri 10x = 1 Set)

Abs Crunch – 20 Kali x 3 Set

Plank – 30 Saat untuk beginner, 45 saat untuk intermediate & 60 saat  untuk yang dah mahir. Lakukan 3 Set.

Strecth dan selesai 🙂

Hari Workout yang Disyorkan (Isnin, Rabu & Jumaat)

Jangan dilakukan setiap hari kerana badan dan otot anda perlu berehat sekurang-kurangnya 24 jam untuk kembali memberi kekuatan kepada anda.

 

Selamat Mencuba!!

 

 

Powered by WordPress