Uncle ED dan Emas by Aidil Azhar Info Kewangan Emas & Public Gold, Kesihatan dan Pandangan Perspektif Kehidupan oleh Uncle ED

March 20, 2008

Sekolah Di Dalam Gua : School In A Cave

Filed under: Kehidupan — PersonaGrata @ 17:43

Pernahkah saudara melihat atau membayangkan anda bersekolah di dalam gua? PersonaGrata sendiri tidak pernah terfikir akan belajar di dalam gua. Yerla kan! dari kecil sampai besar asyik sekolah di bangunan yang tersergam indah sampai tidak pernah memikirkan ada ke orang Sekolah di dalam gua?? Masa kecil- kecil dulu PersonaGrata tiap hari lalu bersebalahan Gunung Lang di Ipoh semasa dalam perjalanan nak ke sekolah. Walalupun dalam perjalanan tu selepas melalui Gunung Lang ada Ipoh Temple “Perak Tong”, apa yang PersonaGrata nampak ramai pelancong datang sana tanpa membayangkan entah-entah ada sekolah di situ.

Sampai begitu sekali kan kita terlalu alpa dalam pendudukan yang aman damai. Tapi apa dalam gambar ni bukanlah perjalanan hidup susah nak dipaparkan tu. Tapi semangat belajar yang tinggi di kalangan penduduk negara China sehingga boleh belajar di mana-mana. Kalo macam kita dulu belajar di sekolah pondok kan? tapi sekolah ni bukan la macam sekolah pondok. Ia macam sekolah kita yang betul. Cume ia berada di dalam Gua. Yang menariknyer. Segala peralatan dari bahan sumber alam semulajadi. Contohnya “Basketball Court”. Tempat nak score tu yang tiang Michael Jordan selalu buat “Slam Dunk” tue, tiang dia diperbuat daripada kayu tu πŸ˜›

Ni kalau buat Slam Dunk ni agak-agak patah tak? hehe.. apa pun moh kita tengok gambar kat bawah ni:

image001.jpg

 

(more…)

March 18, 2008

Ramalan: Rahsia Anda dan nombor

Filed under: Kehidupan — PersonaGrata @ 13:24

Setelah semua agenda politik selesai di setiap negeri, PersonaGrata dah puas dah kot berceloteh kesah-kesah politik ni. Blog ni bertujuan untuk PersonaGrata share ngan kawan-kawan semua apa yang menarik bagi diri ini. Tapi macam dah jadi blog politik lak. Biasalah, musim hangat berpolitik ye dak. πŸ˜›

Ok! Hari ini meh kita tengok apa kaitan nombor dengan diri and. Moh kiter same-same bacer. Teman bentang kat sini kasi mike sumer bace.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

PENERANGAN

(more…)

March 17, 2008

Rasmi: Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin MB baru Perak

Filed under: Bincang Petang — PersonaGrata @ 20:49

Hari ini Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan menjadi Menteri Besar Perak dan juga Mat Isa juga sah menjadi Menteri Besar Perlis yang baru setelah jatuhnya pimpinan dari tangan Shahidan Kasim. Berbalik kepada berita tentang Perak memandangkan saya ialah orang perak. πŸ™‚
Upacara rasmi yang dinantikan oleh rata-rata penduduk Perak tersebut berlangsung jam 11.40 pagi tadi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.

Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Yang menariknya, hari ini juga merupakah hari lahir Mohammad Nizar, jadi amat bermakna sebenarnya hari ini, bak kata orang ramai, inilah hadiah besar juga buat Ir. Mohd Nizar selepas majlis itu yang dijadualkan Khamis lalu, terpaksa ditangguhkan kerana DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat dalam penubuhan kerajaan campuran.

Lagi Menarik!!

Ir. Mohamamd Nizar mengejutkan penduduk negeri di forum yang dilancarkan oleh wartawan cina di Perak apabila beliau sangat berkebolehan bertutur dalam bahasa mandarin, kantonis dan tamil. Bahasa Inggeris dan Melayu apatah lagi cair dimulut. Kalau macam ni lah nampaknya. Tak perlulah ada timbalan menteri. Pandangan peribadi ajer πŸ™‚

Dibawah ialah petikan berita tentang ramai wartawan cina yang amat teruja dan t erkejut dengan kebolehan beliau serta menyambut baik beliau menajadi MB Perak yang baru.

IPOH, MALAYSIA: Perak Menteri

Besar-designate Mohammad Nizar Jamaluddin

of PAS turned up at the ”What’s Coming Next”

political forum held in Ipoh Sunday (16 Mar) and

immediately stunned the Chinese crowd by

speaking in Mandarin, Hokkien, Cantonese,

Tamil, then in English and Malay.

 

The audience was speechless then gave the PAS leader a rousing applause. The forum was organized by Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia and Sin Chew-i an dheld at Dewan Dou Mu in Ipoh at 2pm and attracted 3000 people. Speakers included PKR national vice-president Dr Lee Boon Chye, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and Sin Chew’s Deputy Chief Editor Tay Tian Yan.

Mohammad Nizar, an accomplished enginneer, was not a speaker but was invited to the forum by Ngeh.

_______________________________________________

Sedikit pengenalan diri dari sumbangan MalaysiaKini:

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak – lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu bendahari badan perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

_______________________________________________________

Older Posts »

Powered by WordPress