Posts

Apa itu Unit Trust, Adakah sama macam ASB? Unit Amanah?

Unit Trust atau dalam bahasa melayu nya iaitu Unit Amanah adalah merupakan salah satu daripada ‘Investment Vehicle’ yang digemari oleh rata-rata rakyat Malaysia. Antara pelaburan lain terkini yang hot adalah Pelaburan Hartanah, Pelaburan Saham, Pelaburan Emas dan Silver. Namun pada kali ini saya akan menerangkan tentang Unit Amanah secara penjelasan umum. Matlamat disebalik unit trust ini adalah untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pelaburan terkumpul.

 

Apa itu pelaburan terkumpul?

www.aidilazhar.com

Konsep Unit Amanah

Pelaburan terkumpul maksudnya, Unit Trust ni ibarat kita kumpulkan masukkan wang pelaburan kita ke dalam satu tabung. Begitu juga pelabur yang lain juga akan memasukkan wang pelaburan mereka ke dalam tabung yang sama. Katakan lah Tabung A. Tabung A ni kemudiannya akan dipertanggungjawabkan kepada Fund Manager iaitu seorang yang berpengalaman dalam bidang trading dan investment. Dia kemudian akan memegang tabung A itu untuk ditrading kan kedalam portfolio tertentu mengikut objektif pelaburan. Segala pulangan pelaburan kedalam tabung A itu akan diagih2kan kembali kepada pelabur.

Secara definisinya menurut FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Pelaburan Unit Trust ini secara amnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FIMM dan Kementerian Kewangan. Justeru, para pelabur tidak perlu risau tentang pelaburan ini kerana ianya bukan pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang seperti program Pak Man Telo dan Swisscash.

Dalam skim unit trust, pelabur tidak memegang sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai pemegang unit dan bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan. Sekiranya fund di dalam portfolio tersebut mengalami kenaikan atau penurunan. Harga seunit bagi pemegang unit juga berkadar langsung dengan kenaikan dan penurunan ini. Bilangan pemilikan unit adalah bergantung kepada harga unit semasa pelaburan dibuat.

 

ASB Vs Unit Trust?

ASB pun adalah merupakan satu medium Unit Trust @ Unit Amanah. Cuma ASB dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu PNB and Unit Trust yg lain dikendalikan oleh badan swasta seperti Public Mutual contohnya. Perbezaan ketara antara dua medium ini adalah ASB menawarkan pulangan berdasarkan Dividend dan Bonus. Manakala Unit Trust menawarkan pulangan berdasarkan Distribution dan Capital Appreciation. Distribution adalah sama konsep seperti divident. Capital Appreciation pula adalah kenaikan harga unit belian. Contohnya jika anda beli Fund A pada harga RM1.00 seunit. Apabila anda ingin menjualnya. Fund A sekarang beharga RM1.20 seunit. Maka anda mengalami keuntungan RM0.20 seunit. Risk yang anda hadapi ialah capital ini boleh appreciate dan juga boleh depreciate. Maka keunikan Unit Trust ini terletak pada strategi pelaburan iaitu melabur dalam jangka masa sederhana atau panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun dan mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging yang saya akan kupaskan di artikel lain.

 

Kebaikan melabur dalam Unit Amanah?

  • Kos pengurusan pelaburan di tahap yang rendah (5.5% untuk Cash Investment dan 3% untuk EPF acc 1 Investment).
  • Pengurangan risiko melalui diversifikasi.
  • Kecairan Tinggi (Mudah untuk urusan jualbeli)
  • Transaksi Mudah (Melalui online, kaunter, consultant yang dilantik)
  • Pendapatan tetap dan Capital Appreciation.

 

Pelaburan Unit Trust atau Unit Amanah ini disahmilikkan oleh Surat Ikatan dimana terdapat tiga pihak terlibat di dalam surat ikatan ini.

  1. The Trustee (Pemegang Amanah) – Merupakan pemilik sah semua asset dalam pelaburan unit amanah dan merupakan wakil kepada pemegang unit.
  2. The Management Company (Pengendali Unit Amanah) – Syarikat ini yang menawarkan program Unit Trust dan akan menawarkan penguruskan segala portfolio pelaburan melalui fund manager yang berpengalaman.
  3. Unit Holder (Pemegang Unit) – Pelabur yang memberi modal dan mengharapkan pulangan daripada pelaburan.

 

Dengan adanya Unit Trust, kita berpeluang melabur dalam syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai ‘blue-chips’ di pasaran saham seperti TM, Petronas, Maxis, TNB dan lain-lain syarikat gergasi. Jika anda mahu melakukan pelaburan direct trust ke syarikat ini, cost permulaan sahaja memerlukan anda berpuluh ribu ringgit untuk membeli 1 lot saham. Ini tidak termasuk lagi commision fee yang dikenakan di bursa BSKL. Namun semuanya boleh dikecapi dengan hanya melabur di dalam Unit Trust kerana konsep tabungan yang saya ceritakan di atas.

Malah ada sesetengah fund misalnya melabur serentak kedalam 3 -5 syarikat gergasi ini. Inilah yang dikatakan “Diversifikasi”. Secara analoginya, diversifikasi bermasuk kita meletakkan 10 biji telur ayam bukannya di dalam satu bakul tetapi di dalam banyak bakul, ini kerana jika kita meletakkan semuanya dalam satu bakul jika bakul itu jatuh, pasti kesemua telur ayam pecah. Namun jika kita bahagikan telur ayam ke dalam beberapa bakul, jika satu bakul jatuh, masih ada telur ayam di bakul yang lain. Walaupun sekiranya syarikat A prestasi saham merudum namun pelaburan kita masih untung kerana kita juga melabur di dalam Syarikat B, C, D dan E.

UTLongterm

Dalam pelaburan jangka pendek (1-2 tahun), kadar pulangan Unit Trust adalah jauh lebih rendah daripada kadar pulangan Fixed Deposit (Deposit Tetap). Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (3-20 tahun) dalam unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap.

____________________________________________________________________________________________
Hubungi saya di talian 012.580.3720 (Aidil) sekiranya anda berminat untuk melabur di dalam Unit Trust. Anda juga boleh emailkan pada saya di email@aidilazhar.com untuk dapatkan status kelayakan optimize savings menggunakan EPF dari acc 1 ke dalam Unit Trust.

Tips Pelaburan Sendiri Melalui Unit Amanah

Artikel saya sebelum ni ada membincangkan tentang Pelaburan Diri Sendiri, dimana objektif nya adalah untuk mengajak kita semua mengamalkan budaya menyimpan. Tak kiralah sama ada untuk simpanan hari tua, simpanan untuk tabung pendidikan anak yang penting kalo kita tidak bertindak dan hanya sedar kepentingan menyimpan maka pelaburan sendiri ibarat angan-angan Mat Jenin.

Persoalannya sekarang, dimedium manakah kita perlu menyimpan? Jawapan mudah sudah tentunya di bank bukan! Ya, Benar! Disiplinkan diri anda untuk memulakan tabiat menyimpan mulai hari ini.

Nanti Dulu! Tahukah anda nilai simpanan kita akan susut berkadar dengan inflasi? Kadar inflasi di Malaysia walaupun tidak setinggi negara-negara yang lain namun ia tetap memberikan kesan sampingan terhadap susut nilai simpanan kita. Mari saya tunjukkan.

pelaburan, pelaburan sendiri, unit amanah, unit trust, inflasi,

 Sumber: http://www.tradingeconomics.com/malaysia/inflation-cpi

Berpandukan jadual inflasi diatas, dapat kita mengaanggarkan kadar purata inflasi di Malaysia adalah 4%. Maka saya mulakan case study seperti berikut:

Jika anda menyimpan sebanyak RM50 000, nilai wang itu akan susut sekali ganda iaitu RM25 000 dalam masa 18 tahun menyimpan. Jika sekarang pada hari ini umur anda 35 tahun dan menyimpan RM100k untuk simpanan hari tua anda. Pada usia 55 tahun, RM100k anda itu hanya akan mempunyai kuasa keewangan RM50K. Anda tidak percaya? cuba anda bayangkan zaman persekolahan anda dahulu. Sebiji roti canai boleh dibeli dengan harga RM0.40 sahaja (Tahun 1997). Namun sekarang anda memerlukan RM1.20 untuk membeli sebuah roti canai yang sama. Susut nilai sebanyak 300%. Jadi jika hari anda mempunyai RM100k, 18 tahun akan datang wang 100K anda itu hanya umpama RM50K pada masa kini.

Bagaimana untuk menangani masalah inflasi ini?

Jika anda menyimpan di bank. Kadar faedah yang anda dapat amat lah kecil yang mana sedikit pun tidak mampu untuk melawan kadar purata inflasi 4% kita tadi. Untuk membolehkan wang anda tidak mengalami susut nilai yang ketara, anda dinasihatkan untuk melaburkan wang anda di medium yang mampu melawan kadar inflasi seperti saham contohnya yang mampu memberikan pulangan 10% – 100% setahun. Namun pelaburan saham ini disifatkan sebagai tidak sesuai untuk semua golongan kerana ia memerlukan fundamental dan technical knowledge yang kuat.

Maka sebagai alternatif, anda boleh memilih pelaburan unit amanah (Unit Trust) seperti di Public Mutual dengan pulangan purata anggaran 12% setahun ataupun Unit Trust yang dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Antara produk PNB yang popular ialah Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW), Amanah Saham Nasional (ASN) yang rata-ratanya memberikan pulangan antara 5%-8% setahun. Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) juga melakukan perlaburan terhadap simpanan KWSP anda dan mendapat pulangan dalam purata 5%-6% setahun.

Apa yang menariknya tentang Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust) daripada Public Mutual ini ialah kita mempuanya pilihan untuk melaburan secara Islamik yang berlandaskan syariah-syariah perdagangan muamalat Islam dan dipantau oleh badan-badan syariah berbanding dengan KWSP and ASB yang bersifat konvensional dan salurannya pelaburannya tidak transparent kepada pelabur.

Adakah anda menginginkan Kekebasan Pelaburan Secara Islamik?

Jika ya, mari baca dengan lebih lanjut.

 

Apakah Unit Amanah patut Syariah (Unit Trust Islamik)?

Unit Trust Syariah ini ada satu pelaburan kolektif (Collective fund) berlandaskan syariah dimana ia memberikan peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaram modal Islam. Dengan erti kata lain adalah, pelaburan kolektif terhadap instrument yang bebas riba’, arak, judi dan apa-apa yang menjurus kepada was-was. Unit amanah patut syariah ini diuruskan oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak Syariah.

 

Apakah kebaikan melabur dalan Unit Amanah Islamik ini?

1) Pengurusan Dana Profesional

Unit Amanah Islamik ini diuruskan berlandaskan kehendak Syariah oleh pegurus dana profesional yang diluluskan. Jadi anda tidak perlu pening untuk memikirkan strategi pelaburan seperti dalam pelaburan saham kerana semuanya dikendalikan oleh pengurus dana yang berpengalaman.

2) Kepelbagaian

Unit Amanah Islamik membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan sedia ada anda atau dipanggil “Diversification” bagi meminimumkan risiko pelaburan. Bak kata pepatah “Dont put all egg in one basket”. Maksunya sekiranya anda mempunyai 10 biji telur(Duit) dan meletakkan kedalam satu bakul sahaja(Satu pelaburan), sekiranya bakul tu jatuh, semua telur tersebut akan pecah, jika anda meletakkan dalam pelbagai bakul, jika satu bakul jatuh, anda masih mempunyai telur di bakul yang lain.

3) Pertumbuhan Modal(Value Appreciation)/Aliran Pendapatan(Dividen)

Ia memberi anda peluang untuk menikmati pertumbukan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian dari pulangan pelaburan anda.

4) Berlandaskan Kehendak Syariah

Jawatankuada Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah. Jadi segala urusan dana oleh pengurus dana akan dipantau oleh badan syariah yang dilantik. Misalnya untuk sebuah dana Islamik Public Mutual mendapat bimbingan nasihat Syariah daripada “ZI Shariah Advisory Services”.

5) Kecairan (Liquidity)

Sekiranya anda melabur dalam pasaran saham, adakala pasaran tepu dan anda tidak boleh menjual saham anda selama beberapa hari atau selagi tidak ada pembeli. Manakalah Unit Amanah Islamik ini membenarkan anda membeli dan menjual pada bila-bila masa dengan mudah. Pelabur akan menerima hasil penebusan atau penjualan mereka secepat 10 hari bekerja. Jika anda ialah ahli Mutual Gold atau Mutual Gold Elite akan penebusan hanya mengambil masa dua hari bekerja.

6) Mudah & Mampu

Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya bermodalkan sebanyak RM1000 dan pelaburan tambahan minima hanya sebanyak RM100.

7) Pendedahan Pelaburan

Unit Amanah Islamik ini akan membolehkan anda menyusun strategi anda mengikut tahap selera anda samada anda ialah seorang pelabur agresif, moderate atau safe player.

8)Pengawalan

Unit Amanah (Islamic Unit Trust Fund) ini dikawalselia dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melindungi kepentingan para pelabur seterusnya meminimumkan risiko anda dalam pelaburan unit trust ini.

9) Manfaat Pulangan Berganda

Ia memberikan anda peluang melabur semula pendapatan atau dividen (pengagihan) anda untuk mengumpul kekayan secara the power of compounding seperti diterangkan di dalam artikel Pelabuan Diri Sendiri.

 

Bagaimana Untul Melabur dengan Unit Amanah Public Mutual ini?

Terdapat 3 cara pelaburan yang boleh dibuat.

1) Pelaburan Berjumlah Besar (Lump Sum/One time investment)

Anda bleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1000 sebagai permulaan minimum dan penambahan minimum sebanyak RM100.

 

2) Pelaburan bulanan (Dollar Cost Averaging) Sesuai untuk membuat simpanan bulanan

Anda boleh melabur dengan menggunakan teknik Dolar Cost Averaging (DCA) samadanya dengan membuat arahan Debit Terus (Standing Instruction) dengan Public Mutual. Anda boleh memulakan dengan hanya RM100 setiap bulan.

 

3) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Tahukah anda KWSP menggalakkan ahlinya membuat pelaburan Simpanan Akaun 1. Anda boleh melabur dalam dana-dana Public Mutual Pilihan KWSP melalui skim pelaburan Ahli KWSP. Pelaburan ini hanya menggunakan Simpanan Akaun 1 dan bukannya Akaun 2 dan tidak menjejaskan benefit pengeluaran pembelian notebook dan rumah melalui akaun 2 ahli KWSP.

Purata pelaburan KWSP memberi pulangan sebanyak 5% setahun. Dengan melaburkan ke dalam Unit Amanah anda mampu mengandakan wang didalam akaun KWSP anda sebanyak sekali ganda dengan pulangan purata Unit Amanah sebanyak 12%-15%.

Sekiranya anda berada di sekitar KL/ Selangor, boleh hubungi saya untuk temujanji lanjut.

 

Panduan Menjadi Jutawan dengan Pelaburan Diri Sendiri

Isu pelaburan semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ni terutamanya pelaburan emas dan pelaburan silver. Fenomena ini sebenarnya sangat baik jika kena pada caranya. Namun yang menyedihkan sekarang, ramai yang sanggup membuat ‘Personal Loan’ semata-mata untuk mendapatkan emas atau silver secara pukal. Dengan harapan untuk menjadi jutawan emas dan silver. Bukan menuding jari pada sesiapa, tapi sebelum anda membuat keputusan untuk melabur anda harus betul-betul mengkaji tahap kemampuan keewangan anda. Pelaburan adalah bagus jika anda tidak berhutang untuk melabur. Salah satu cara ialah dengan menggunakan simpanan sendiri yang boleh direalisasikan oleh ‘Pelaburan Diri Sendiri’.

Bercakap tentang pelaburan diri sendiri, mari kita lihat cara perbelanjaan atau aliran tunai Ali dan Ahmad setiap kali mereka mendapat gaji mereka.

Kes 1 – Ali bila dapat gaji

1)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

2)      Bayar Rumah Sewa

3)      Bayar Kereta

4)      Sumbangan ke ibu bapa

5)      Shopping “Reward Yourselves”

6)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

7)      Bayar PTPTN

8)      Kos Hiburan Suka Ria

9)      Baru nak simpan duit (itupun kalau ada lebih)

 

Kes  2 – Ahmad bila dapat gaji

1)      Simpan duit

2)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

3)      Bayar Rumah Sewa

4)      Bayar Kereta

5)      Sumbangan ke ibu bapa

6)      Shopping “Reward Yourselves”

7)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

8)      Bayar PTPTN

9)      Kos Hiburan Suka Ria

 

Dikategori manakah anda sedang berada? Tahniah jika anda sealiran dengan Ahmad. Percaya atau tidak, belum sempat untuk kita membuat simpanan, selalunya kita akan kehabisan wang jika kita menjadi Ali. Realitinya kita begitu sibuk untuk meng’kaya’kan pihak lain dengan mengutamakan perbelanjaan kita terhadap mereka dahulu dan diri kita sebagai yang terakhir. Akhirnya, hanya kita yang ketinggalan menjadi miskin. Maka seharusnya mulai hari ini, apabila dapat sahaja gaji bulan seterusnya, mari kita sama-sama mengikut jejak langkah Ahmad yang membuat Pelaburan Diri Sendiri atau juga lebih senang jika kita cakap bayar pada diri sendiri dahulu. Persoalan pertama, Berapakah jumlah yang perlu kita bayar atau labur pada diri kita? Rata-rata buku keewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar keewangan Malaysia mencadangankan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan. Saya secara peribadi membuat standing instruction setiap 1hb ke dalam akaun simpanan pelaburan saya, dengan cara ini sahaja pada saya dapat mendisiplinkan diri saya.

Berbalik pada tajuk bagaimana untuk menjadi jutawan dengan pelaburan sendiri.

Formulanya mudah sahaja:

1)      Pastikan anda membuat Pelaburan Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG!

2)      Kita akan menggunakan the “Power of Compounding” dengan melabur simpanan kita ni Pelaburan yang boleh melawan inflasi seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust Fund)

 

Untuk Menjadi Jutawan (RM 1 Juta).

 

tablepelaburan

*Dengan mengambil purata pulangan pelaburan ASB sebanyak 8% setahun dan simpanan selama 30 tahun.

 

Jika anda menyimpan secara konsisten sebanyak RM400 sebulan. Anda akan bergelar jutawan jika simpanan dibuat selama 40tahun. Dengan hanya menambah lagi RM400, iaitu RM800 sebulan anda akan jimat 10 tahun kerana hanya 30 tahun diperlukan untuk menjadi jutawan. Kesimpulannya, lebih banyak yang anda simpan dan lebih awal anda memulakan pelaburan diri sendiri, maka lebih cepat anda mencapai impian anda.

Ingat, tiada istilah kita dah terlambat walaupun hampir bersara kerana ia lebih baik dari tidak menyimpan langsung.

 

Jika tidak keberatan, sila komen di bawah adakah anda Ali atau Ahmad dan mengapa anda memilih untuk melakukan aliran tunai seperti mereka?