Posts

Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

10 Sept 2010, merupakan kali pertama pengalaman aku dapat menjejakkan kaki dari bawah hingga ke puncah Top Rope Wall Climbing. Hahaha. Untuk orang yang agak berobesiti macam aku ni memang dua kali pikir dapat naik ke tak.

Actually ni adalah kali kedua experience aku dalam aktiviti baru remaja kini walaupun aku sedar aku dah tua..kekeke. First time datang which is minggu sebelumnya aku hanya didedahkn dengan bouldering. Perasaan gayat masa first time naik bouldering beginner tu hanya hati ni je yang tahu.

So basically, bouldering ni yang aku tahu tempat untuk beginner mencuba pelbagai teknik and taktik untuk wall climbing. Boleh dilakukan bawah ke atas atau kanan ke kiri, kalau nak lagi mencabar kene ikut color batu2 tu atau sticker yang diaorang lekatkkan. Oh ya, btw aku diperkenalkan tentang benda alah ni oleh hafiiz colleagues aku. Time semalam tu kiteorang datang reramai which include aku myself, fathi, basyeer, herman, salahuddin and hafiiz.

Lepas kiteorang participate in bouldering, trus gi top rope. Ni pengalaman yang menggerikan kerana top rope ni setinggi bangunan dua atau tiga tingkat. Untuk orang yang takde perasaan gayat mungkin tidak bermasalah. Yang problem nya untuk orang macam aku yang penuh dengan problem gayat.

Dipendekkan cerita, akhirnya dapat juga aku naik cecah top rope kat atas, tu pun setelah dua kali datang balik. First climb memang dapat naik 1/2 je dr total height. Now, Alhamdulillah, dah mampu tersenyum. Moga aktiviti ni dapat diteruskan dan digalakkn untuk semua. Cuma aktiviti ni makan duit sket la.. 🙂 hik2x

Musim Panas Sakit Berpenyakit

Hari demi hari ada saja yang aku dengar kanan dan kiri.

Dipendekkan cerita, maka housemate aku dekat rumah Kuching ni pun pulang setelah merantau outstation mencari duit berhari-hari..musafir tegar ni….

So sampai sahaja dia di rumah.. dia kaget tengok muka aku dah macam apa entah bintik sana sini sebab chicken pox.. nak dijadikan cerita.. dia pun start bukak cerita.. “kita dua sekapal aidil” ..sambil sengih…. “masing-masing jatuh sakit…aku pergi jumpa doktor nak tanya tentang kenapa aku tidur berdengkur.. doktor cakap tekak aku kena tonsilitis ..kena operate cepat”….

aku pun buat respons bodoh.. sengih-sengih sikit… lepas tu dia masuk dalam bilik air dekat depan cermin tak tahu la dia buat apa..dia panggil aku.. “cuba kau tengok mulut aku ni” ..sekali aku usha.. tonsil dia dah putih-putih dah.. nak nanah dah pun..memang dah kena tahap dapatkan rawatan sebabnya dah bengkak sangat.. ni sebab panas melampau dan smoke banyak lah ni…

siapa tak kasihan beb tengok member sendiri kena macam tu.. aku nasihatkn dia pergi cepat pakar ent operate apa yang patut.. kalau lambat nanti lagi lah bahaya.. sementara awal ni..better dapatkan rawatan segera..bukan asyik makan mi segera je.. opzz.z..

fathi fathi..apa nak buat..dah nasib kau macam tu..sama-sama kita doakan rumate gua ni get well soon..

peringatan untuk diri kita semua..jagalah kesihatan sebelum anda tak mampu menjaganya.. 🙂

aku dan Chicken Pox ku

HARI PERTAMA

Sepanjang 24 tahun aku hidup tak pernah pulak aku mengalami symtom penyakit yang dinamakan chicken pox atau dalam bahasa melayunya ialah demam tercampak campak.

8 Februari merupakan hari paling bermakna buat aku.. sedang tengah berdiskusi dengan roomate tentang preparation untuk birthday party dia malam tersebut..badan aku rasa tak sedap..rasa panas dari dalam… time tu tgh kat kedai makan simply sedap di kuching.

badan dah rasa seram sejuk.. mcm nak demam..tp ntah la..tak panas lagi.. then .. aku biarkan aje… aku pun sambung kerja seperti biasa ..

pastu kul 4 camtu aku dah tak tahan.. aku pun mintak tolong member aku atoy (boleh dikatakan bukan nama sebenar) bawak gi klinik.. yer la.. badan dah tak larat.. zass gerak..sekali klinik tutup lak.. aku pun gi mencari klinik lain.. pusing2 sampai kul 5 dah 6 klinik jelajah semuanya tutup.. baru aku tau Kuching punya style clinic tutup dr kul 4 ptg sampai 7 mlm. orang sarawak semua sihat2 kot.. time tu mcm dah nk ok sket so member aku don call aku ckp dia tunggu aku kat spring (shopping mall) coz actually aku ada janji dengan dia aku nk gi buat tatoo sementara..khas untuk bufday dier malam ni..sampai kat spring boleh pulak aku gi buat tatoo and gi saloon.. gunting ambut..

dalam pukul 11.. aku pun sampai kat satu kelab KTV “President” coz roommate aku buat party kat situ.. aku masuk je dalam dua minit.. badan aku menggeletar.. bkn sebab takut tapi disebabkan aku kesejukan, aku terasa seolah2 seperti duduk dalam peti sejuk. Aku pun aparagas lagi, cepat2 aku panggil don (bukan nama sebenar) ckp aku tak leh lama kat bufday party dier ni.. dia pun suggest ” ko nak pinjam sweater aku tak..kalo nak jom ikut aku kita gi amik kat kete”..

aku tanpa segan silu pun sengih ibarat kera dapat bunga… laju je aku follow ( i follow) member aku ni gi kete dia x pakai sweater.. so dengan adanya sweater.. aku dah rasa lega sket.. kiteorang pun menyanyi melalak sampai kul 2 pagi.

sampai dirumah.. aku dapat panggilan kerja untuk buat testing RNC upgrade to P7.  aku pun kuar buat keje.. sampai la dalam kul 4 pagi.. aku balik je pastu… trus bdn aku panas.. aku demam gila2.. panas badan lemah tak larat..tak bermaya.. mata berair ..mcm org nangis bercinta.. sampai la 12 tghari esoknya..

HARI KEDUA (9 feb)

Yang pelik nye.. bangun je tidur.. terus aku tak demam…sihat walafiat.. aku pun ingat ..ok gak ni.. dah lega demam.. leh wat keje mcm biasa.. so nak dipendekkan cerita.. dalam kul 4ptg tu aku demam truk balik.. clinic tak bukak kul 4 ..terbakkkk!!!… so aku kene tunggu kul 7mlm..  waktu yg dinantikn pun tiba.. best thing happen..demam aku ilang.. aku dah start pelik…apsal demam aku intermittent ni.. aku ingatkn aku buat test line maxis je throughput intermittent.. rupanya badan aku pun camtu gak… so don dgn za-riaMPV pun bawak la aku gi klinic..

check2 doctor aku citer keadaan aku..doctor ckp.. awk rasa awk kene apa? maybe H1N1, or denggi.. better gi check darah kat hospital.. aku pun dgr trus cuak.. terus bergegas gi hospital kat Petrajaya, Normah Medical Specialist (Sarawak Medical Centre) .. sampai je hospital doctor pun baca surat yg  doctor clinic kasi.. dia check2 aku dia pun penin..awk kata awk sihat n tak demam tp suhu awk 39.5Celcius.. camne tu? aku sengih je.. ye la..aku mmg rasa sihat.. tak rasa panas.. so doc ckp dia suspect aku chikugunya.. kene amik darah..dlm dua jam dapat tau result.. dia pun amik darah.. bg ubat and dalam masa dua jam dia akan call bgtau result. aku pun nk byr.. sekali dgr bil rm547.00 .. terduduk aku kejap… dah la takde insurans..aku pun balik.. sambung tido.. demam aku pun on off mcm biasa.

HARI KETIGA (10 feb)

aku masih berlagak hero..sampai la malamnya bila aku nk demam..suddenly ada bintik2 dekat tangan aku.. budak umah sume ckp ni chix pox.. tp aku xcaya.. aku ckp..kite tgk esok camne..

HARI KEEMPAT (11 feb)

Aku bangun je pagi.. muka aku penuh dengan bintik2.. terkejut aku..dah mcm org yang ada masalah jerawat yang teruk.. apalagi.. aku terus gi clinic.. doc tu ckp napa datang lewat..dah hari kedua..tp takpe.. dia bagi ubat ..tapi ubat ni mahal.. anticlovir virless.. rm1 sebiji.. aku aku kene charge rm85… dia bg MC sampai ahad je.. aku ckp gila doc ni..mcm mana aku nk keje camni.. mmg tak dapat keje la.. ..MC 4 hari je kot.

HARI KELIMA

hari makin hari aku makin sengsara.. nak mkn pun susah.. tekak penuh ulser.. pastu bintik2 ni sakit..bukan gatal.. makin banyak n beratus2 bintik2 ada kat badan.. ibarat beratus2 jarum sedang menikam badan aku.. memang azab bila kene chix pox ni.. ni bru azab pertama.. nnti bila dia abis kuar..nk tahan azab gatal dia pulak..adoi..

HARI KEENAM..

Ini merupakan hari yg aku tgh tulis article ni.. aku dah start rasa gatal….muka aku dah start nanah..muka makin teruk kot..takde sapa dah nak aku pasni.. uwaaa… kita sambung nnti….

sambung balik.. tp demam masih ada.. apa nk buat..aku makin cuak gak …tp nak buat camne.. life must go on.. muke dah cacat gile dah ni

HARI KETUJUH (14 feb)

hmm.. dah masuk hari ketujuh..demam aku hilang… aku hanya makanbubur nasi , quaker oat and cornflakes.. tp yang peliknye..nanah still naik..kalo ni sume satu badan.. aku tak makan telur pun kene gak.. aku runsing2…aku harapkn aku cepat sihat..aku rasa semua dah keluar dah.. cume luke je yang belum nak baik..paling best.. ari ni valentines.. dan aku duduk sorang2.. awek pun lari apa pun lari… sedih aku..hari ni dalam sejarah.

HARI KELAPAN (15feb)

Hari yang terus berlalu dengan bosan.. aku bangun lewat hari ni..kul 11 pagi bru bangun.. demam ..alhamdulillah..dah beransur pulih seperti sediakala.. namun kepedihan chicken pox masih terasa.. apa nak buat.. tak terasa ilang pedih ni.. gatal ..hmm.. tak gatal sgt.. sekali sekala ada gatal sket2.. tapi tak teruk sampai setiap minit pun tgn nak gosok2 kat kulit badan…. apa2 pun ..aku mengharapakn hari esok lebih baik daripada hari ni..semoga bertambah sihat dan sejahtera hati ni…