Posts

Kaabah Enggan Bergerak

Source: Petikan Forward dari email

kaabah2Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.


Ketika melalui ‘
Karak Highway ‘ hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.


Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama’ tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.


Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka.
Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.


Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.


Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.


Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.


Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku…. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga….

Khalwat : Bantah hukuman untuk non-muslim

Hari ni selepas selesai PersonaGrata dr tugas² berat presenting Final Year Project maka apabila melabuhkan punggung di depan skrin komputer yang usang ni, tertarik pulak satu artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini (Rajin sungguh PersonaGrata baca MalaysiaKini)

Artikel yang berbunyi “Khalwat: Bantah hukum bukan Islam” itu sedikit sebanyak tertusuk dalam benak sanubari Persona Grata. (kita baca artikel tu kat bawah nanti). Sebenarnya sebagai seorang warganegara Malaysia ini, PersonaGrata tersangatlah pelik. Kenapa kita dinamakan Malaysia sebuah negara Islam? walhal undang-undang terlaksana bukanlah relevan dengan undang-undang syariah yang sedia ada? Bukan lah tujuan disini nak menuding jari pada siapa2? cuma nak diajak berfikir. Sebenarnya kita bangsa melayu ni macam bertakuk lama dan membuat semua perkara yang takut hilangkan kredibiliti kita sendiri.

Maksud disini ialah, Apakah yang dimaksudkan negara Islam? kalo betul kita negara Islam. Adakah kita implement tatabudaya seperti Negara Islam yang lain. Jika tidak, buat apa kita label negara Islam sedangkan kita bukan berpusat 100% kepada tiang agama dalam pentadbiran negara. Hanya sekadar nama? buat apa? Muka tak malu jaja nama Islam sana sini? maka lebih elok kan kalo kita buat NEGARA MAJMUK jika dan hanya jika tak boleh nak Implemen apa yg dinamakan seperti asalnya iaitu Negara Islam. Pandangan peribadi disini maksudnya ialah. Kalau kita tak mampu behold tanggungjawab nak menjalankan pentadbiran Negara Islam. Jangan la memalukan ISLAM. Buat sahaja negara majmuk. Habis cerita. Ni , pelacur melayu terabur sana sini. Petik sana terus boleh langgan. Apa cerita ni?

Read more