Posts

Tun Mahathir Sekat BPR Bongkar Rasuah?

Pelik dengan isu kini tapi ini lah hakikatnya. Daripada sumber MalaysiaKini yang dipetik berbunyi -> Tun Dr Mahathir Mohamad wajar disiasat berhubung dakwaan cuba menghalang Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar kemungkinan penyelewengan pegawai kanannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

param cumaraswamy“Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR,” katanya, “dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan.”

Menurut Param, seperti kenyataannya yang diedarkan kepada media semalam, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.
More…(Berita Penuh)

Sumber: MalaysiaKini