Posts

Kuasa Faedah Kompaun (Compound Interest)

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan bersama anda tentang Compound Interest atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Faedah Kompaun.

Pertama sekali, Apakah itu Faedah Kompaun? Kebanyakkan orang ataupun individu yang sudah mahir dengan dunia keewangan membiarkan cerita ini sebagai sastera kewangan motivasi. Pun begitu, ramai yang tidak terkesan kerana tidak memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan The Power of Compound Interest. Mari kita kupaskan dengan lanjut.

Compound interest arises when interest is added to the principal, so that, from that moment on, the interest that has been added also earns interest. This addition of interest to the principal is called compounding – sumber Wikipedia

Faedah kompaun bermaksud apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan anda, serta ke atas faedah yang ditambah kepada prinsipal telah terkumpulkan  bersama. Fuuhhh.. Susah nak faham ni. Dengan erti kata lain, faedah yang anda perolehi daripada pelaburan anda itu tadi anda tidak gunakan, sebaliknya anda menambah kepada jumlah prinsipal sedia ada. Ini bermakna, prinsipal anda tadi semakin membesar jumlahnya. Maka apabila faedah pelaburan baru diperoleh maka ianya lebih tinggi daripada faedah pertama yang anda dapat, menjadikan pulangan pelaburan anda bertambah dengan lebih cepat.

faedah kompaun compound interest

Kuasa faedah kompaun begitu popular sejak era Albert Einstein apabila beliau menggelarkan compound interest ini sebagai  8th Wonder… memang dasyatttttt!

Bagaimana faedah kompaun sebenarnya berfungsi? Faedah kompaun bermakna apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan, serta ke atas faedah yang ditambah kepada pokok yang anda mungkin telah terkumpul. Penambahan faedah kepada prinsipal dipanggil pengkompaunan (Compounding).

Dengan peraturan pengkompaunan ini, ia bermakna lebih awal anda mula menyimpan, lebih besar faedah terkumpul ke atas pelaburan asal anda. Kuasa pengkompaunan boleh membuat aset tumbuh lebih cepat.

Ia boleh bekerja untuk anda jika anda melabur. Begitu sebaliknya ia bekerja jika anda berhutang, ia akan bekerja terhadap anda jika anda meminjam seperti pinjaman overdraf atau pinjaman kad kredit. Anda mungkin berakhir membayar faedah yang lebih jika anda tangguhkan membayar faedah pinjaman yang dikompaun.

Kembali ke bagaimana faedah kompaun boleh membuat aset anda berkembang lebih cepat, ini dapat digambarkan dengan contoh case study di bawah.

Case Study: Terdapat 2 pelabur melabur wang mereka kepada pelaburan yang memberi faedah sebanyak 8% setahun.

  •  Orang A: Melabur RM3k setahun bermula pada umur 18 tahun dan berhenti melabur pada umur 27 … jumlah pelaburan RM30K
  •  Orang B: Melabur RM3k setahun bermula pada 28 umur berterusan sehingga bersara … jumlah pelaburan RM84k

Jelas Orang B melabur lebih banyak wang daripada Orang A …

Persoalannya sekarang, adakah ini bermakna Orang B ini mempunyai lebih banyak wang apabila kedua-dua bersara pada umur 55 tahun?

Lihatlah graf di bawah [dilampirkan] dan anda akan tahu jawapannya. Walaupun Orang A hanya melabur sebanyak RM30K, perbezaan sebanyak RM54K kurang daripada jumlah pelaburan Orang B. Namun akhirnya, pelaburan Orang A telah menjadi RM405k diakhir persaraan, dimana ini adalah perbezaan RM100K lebih banyak daripada Orang B. Maka tidak hairanlah mengapa Einstein menggelarkan faedah kompaun ini sebagai 8 wonders.

faedah kompaun compound interest

Oleh itu, SILA! SILA! SILA! Mari kita mula menabung dari sekarang dan sila mendidik keluarga anda betapa pentingnya untuk memulakan simpanan SEKARANG … dan biarkan ia kompaun!

Artikel ini pada saya pendek dan padat namun sangat bermakna. Akan bermakna lagi jika digabungkan strategi ini dalam pelaburan Unit Trust. Nantikan artikel selanjutnya tentang penggabungan Unit Trust atau Unit Amanah dan Faedah Kompaun.

Panduan Menjadi Jutawan dengan Pelaburan Diri Sendiri

Isu pelaburan semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ni terutamanya pelaburan emas dan pelaburan silver. Fenomena ini sebenarnya sangat baik jika kena pada caranya. Namun yang menyedihkan sekarang, ramai yang sanggup membuat ‘Personal Loan’ semata-mata untuk mendapatkan emas atau silver secara pukal. Dengan harapan untuk menjadi jutawan emas dan silver. Bukan menuding jari pada sesiapa, tapi sebelum anda membuat keputusan untuk melabur anda harus betul-betul mengkaji tahap kemampuan keewangan anda. Pelaburan adalah bagus jika anda tidak berhutang untuk melabur. Salah satu cara ialah dengan menggunakan simpanan sendiri yang boleh direalisasikan oleh ‘Pelaburan Diri Sendiri’.

Bercakap tentang pelaburan diri sendiri, mari kita lihat cara perbelanjaan atau aliran tunai Ali dan Ahmad setiap kali mereka mendapat gaji mereka.

Kes 1 – Ali bila dapat gaji

1)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

2)      Bayar Rumah Sewa

3)      Bayar Kereta

4)      Sumbangan ke ibu bapa

5)      Shopping “Reward Yourselves”

6)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

7)      Bayar PTPTN

8)      Kos Hiburan Suka Ria

9)      Baru nak simpan duit (itupun kalau ada lebih)

 

Kes  2 – Ahmad bila dapat gaji

1)      Simpan duit

2)      Tolak Duit Makan dan buat agihan bulanan

3)      Bayar Rumah Sewa

4)      Bayar Kereta

5)      Sumbangan ke ibu bapa

6)      Shopping “Reward Yourselves”

7)      Bayar Bil (Elektrik, Air, Astro, Internet)

8)      Bayar PTPTN

9)      Kos Hiburan Suka Ria

 

Dikategori manakah anda sedang berada? Tahniah jika anda sealiran dengan Ahmad. Percaya atau tidak, belum sempat untuk kita membuat simpanan, selalunya kita akan kehabisan wang jika kita menjadi Ali. Realitinya kita begitu sibuk untuk meng’kaya’kan pihak lain dengan mengutamakan perbelanjaan kita terhadap mereka dahulu dan diri kita sebagai yang terakhir. Akhirnya, hanya kita yang ketinggalan menjadi miskin. Maka seharusnya mulai hari ini, apabila dapat sahaja gaji bulan seterusnya, mari kita sama-sama mengikut jejak langkah Ahmad yang membuat Pelaburan Diri Sendiri atau juga lebih senang jika kita cakap bayar pada diri sendiri dahulu. Persoalan pertama, Berapakah jumlah yang perlu kita bayar atau labur pada diri kita? Rata-rata buku keewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar keewangan Malaysia mencadangankan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan. Saya secara peribadi membuat standing instruction setiap 1hb ke dalam akaun simpanan pelaburan saya, dengan cara ini sahaja pada saya dapat mendisiplinkan diri saya.

Berbalik pada tajuk bagaimana untuk menjadi jutawan dengan pelaburan sendiri.

Formulanya mudah sahaja:

1)      Pastikan anda membuat Pelaburan Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG!

2)      Kita akan menggunakan the “Power of Compounding” dengan melabur simpanan kita ni Pelaburan yang boleh melawan inflasi seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust Fund)

 

Untuk Menjadi Jutawan (RM 1 Juta).

 

tablepelaburan

*Dengan mengambil purata pulangan pelaburan ASB sebanyak 8% setahun dan simpanan selama 30 tahun.

 

Jika anda menyimpan secara konsisten sebanyak RM400 sebulan. Anda akan bergelar jutawan jika simpanan dibuat selama 40tahun. Dengan hanya menambah lagi RM400, iaitu RM800 sebulan anda akan jimat 10 tahun kerana hanya 30 tahun diperlukan untuk menjadi jutawan. Kesimpulannya, lebih banyak yang anda simpan dan lebih awal anda memulakan pelaburan diri sendiri, maka lebih cepat anda mencapai impian anda.

Ingat, tiada istilah kita dah terlambat walaupun hampir bersara kerana ia lebih baik dari tidak menyimpan langsung.

 

Jika tidak keberatan, sila komen di bawah adakah anda Ali atau Ahmad dan mengapa anda memilih untuk melakukan aliran tunai seperti mereka?