Posts

Teknik Spam – Promosi Murahan untuk Mendapatkan Duit

Semalam lepas pulang ke rumah, sekali nak bukak pintu ada iklan la pulak di tepi pintu tu. Aduhai, terasa annoying betul. Bukan apa, selalu sangat jadi macam ni. Mungkin ni berpunca daripada lokasi penyewaan rumah aku. Aku sewa pangsapuri kos rendah. Jadi iklan-iklan berkonsepkan “loan shark” ni selalu aja wujud di pintu-pintu kereta, pintu rumah, peti surat.

Yang menjadi masalahnya, aku tak kisah kalau dia sumbat dalam peti surat. Tapi bila kat pintu rumah pun dia selit jugak. Memang terasa annoying sangat-sangat. Kita dah la penat balik ke rumah, nak buka pintu aja tengok ada iklan melayang. Ingatkan ada notis apa-apa ke yang menarik. Sekali bukak, “Pinjaman Peribadi..Lai Lai Lai” J

 

Apa pendapat korang? Kalau perkara yang sama macam ni terjadi, adakah korang merasa satu spam jugak atau biasa-biasa aje. Mungkin biasa-biasa sebab tak selalu dapat camni. Bagi aku, sekarang ni terlalu banyak spam berleluasa aku tengok. Daripada email spam, facebook spam sampai lah ke pintu rumah pun kene spam.

Eh! Ada pulak yang bertanya spam tu apa?

Spam ni satu istilah famous yang digunakan dalam alam Internet. Spam terjadi sekiranya si Mamat A ni promote produk dia ke 100 email yang dia sendiri mungkin kenal mungkin tidak tanpa kerelaan penerima email tersebut. Maka, tindakan si Mamat A ni digelar sebagai spammer (orang yang melakukan spam). Selalu benda ni terjadi dekat email secara majoritinya dan di tempat-lain seperti private message di forum-forum. Acap kali kita terima satu iklan tanpa kerelaan kita, tu namanya spam.

Kewujudan facebook pada masa kini telah menampak satu teknik spam yang baru iaitu tag nama kita pada gambar produk pengiklanan diaorang atau sedut masuk ke dalam group bisnes facebook diaorang. Semak juga kadang-kadang bila terjadi perkara macam ni. Disebabkan terlalu banyak teknik baru yang ada skarang ni. Maka istilah spam bukan hanya diguna pakai dalam dunia internet ni.

 

Contohnya:

  • Terima iklan, surat laying di pintu kereta, wiper atau pintu rumah (Macam kes aku)
  • Sapa pakai kredit card? Lepas pakai mesti akan ada insurans itu ini call dipanggil tele-marketing.
  • Tengah lepak minum kopi kawan lama call nak ajak lepak. Sekali pegi lepak dia bentang MLM project or insurans. Ni bukan spam dah ni. Scam pun dah ni kalau bab MLM skali.

Apa lagi yer? Cube korang senaraikan tengok.

Spam memang tak dapat nak dielakkan tapi kalo ramai tau apa itu spam maka akan berkurang lah spammer kat seluruh dunia ni. Yang penting kita menyekat diri kita sendiri dari melakukan spamming ke atas orang lain.