Perlu ke ada Pelan Takaful Medical Card Prudential 3 in 1 yang Terbaik?

Medical Card ? Perlu ke? Saya akan menunjukkan kepentingan Pelan Takaful Medical Card kepada anda.

Di dalam perancangan kewangan islam, terdapat lima elemen penting di dalamnya.

  1. Wealth Planning (Cashflow and Budgeting)
  2. Wealth Protection (Risk Management Planning)
  3. Wealth Accumulation (Investment, Savings)
  4. Wealth Purification (Zakat & Donation)
  5. Wealth Distribution (Wasiat, Trust Nomination, Hibah)

Saya telah menyentuh sedikit tentang Wealth Accumulation (Simpanan Sendiri) di post yang sebelum ini dengan memberi awareness kepada anda tentang Investment melalui investment vehicle of Unit Trust. Kali ini saya akan kupaskan beberapa point tentang:

Q: Kenapa anda perlu ada medical card?

A: Di dalam dunia insurans ini, terdapat pelbagai package insurans iaitu Life Insurance Protection, Personal Accident Coverage, Term Insurance, Endowment, standalone medical card and etc.

Sekiranya anda berkerja di company besar seperti Petronas, ExxonMobil contohnya, anda ditawarkan hospital package iaitu General Insurance Coverage daripada ING (Kad Oren) untuk anda mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik-klinik panel dan rawatan kemasukan hospital. Sudah tentu anda tidak perlu untuk keluarkan wang untuk ke klinik atau hospital. Tapi, percayakah anda bahawa anda yang berada dalam golongan ini, kad anda itu bila-bila masa sahaja tak valid. Dengan kata lain, anda fikir jika anda ada kad oren ING ini anda tidak perlu ambil insurans?

Saya faham perasaan dan telahan anda, namun ingin saya memaklumkan sesuatu kepada anda. Sekiranya anda mengalami musibah malang tidak berbau yang menyebabkan kecacatan kekal? Adakah jaminan bahawa anda akan tetap menjadi pekerja Petronas/ExxonMobil? Berkemungkinan syarikat tidak mahu menanggung risiko anda dan memberikan anda saguhati untuk VSS (Berhenti Kerja Secara Sukarela) and GUESS WHAT? Kad oren ING anda secara automatiknya akan terbatal kerana anda tidak lagi merupakan pekerja di syarikat terbabit? Lebih menyedihkan lagi, wang saguhati yang anda dapat, barulah anda sedar untuk memohon Medikal Kad di Syarikat Insurans namun tatkala itu permohonan anda agak sukar untuk diterima kerana anda berisiko. Anda anda ingin menjadi sebahagian dari contoh ini? Ini adalah kisah benar!

Jadi, adakah anda rasa walaupun anda sudah mendapat medical card dari company anda mencukupi? Saya Jawab TIDAK!

Q: Bagaimana pula untuk syarikat yang tidak tawarkan kelebihan seperti Petronas/ExxonMobil?

A: Anda 10x ganda akan lebih berisiko. Jangan anda tunggu sehingga anda dihidapi penyakit baru anda tergerak untuk apply medical card kerana ianya lebih sukar dipohon.

Q: Bila masa yang sesuai untuk mohon medical card?

A: NOW! kerana lagi anda tangguh, maka risiko anda akan lebih tinggi dan bayaran premium akan lebih tinggi. Saudara, Mari kita renung sejenak. Berapa ramai orang kaya dan bebas kewangan tidak ada pelan insuran? Jawapannya NONE. Semua jutawan dan orang yang bebas kewangan mempunyai insurans. Jejak manakah yang anda mahu ikut?

Saudara, dalam Islamic Financial Approach sendiri telah menunjukkan formula kekayaan dalam Islam yang sebenar dengan mengamalkan semua 5 bidang yang saya tunjukkan diatas. Risk Management adalah sangat penting dalam Wealth Protection. Dari sini muncul lah pelan Takaful.

Q: Takaful vs Insuran?

A: Ada orang bertanya pada saya, apa beza kedua-dua ini. Jawapan yang ringkas ialah Takaful adalah pelan insuran secara Islamik yang mengikut Syariah. Di mana Insurans pula adalah secara konvensional dan bukan mengikut syarak.

Q: Saya tidak mampu nak ambil insurans?

A: Saudara, sekiranya sekarang anda tidak mampu untuk menyumbang tak sampai 10% dari gaji anda, sampai bila pun anda akan terus beralasan macam ni? apa buktinya? saya sendiri dulu beranggapan yang sama, namun selepas saya terpaksa menjalani pembedahan Sinus yang menelan belanja RM10K di saat saya kesempitan wang.

Mujurlah saya mempunya medical card yang didaftarkan setahun sebelum kejadian. Jika anda hari bergaji RM1500 dan tidak mampu untuk medikal kad RM150, anda akan terus tidak mampu untuk rawatan doktor pakar RM5k.

Cuba bayangkan kereta anda yang anda bayar lebih dari RM150 sebulan. Nampaknya kereta anda penting bukan? Saya ingin bertanya? Adakah kereta anda mempunyai insurans? Tengok, kereta yang beharga RM40K seperti Viva pun mempunyai Insurans inikan diri anda yang harganya tidak ternilai sanggup untuk anda tidak mempunyai insurans.

Q: Kenapa Insurans Kereta Wajib?

A: Pertama, Ini adalah kerana telah diketahui, kalau anda terlibat dalam kemalangan, anda tidak mampu menanggung kos baik pulih kenderaan anda dan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan berpunca dari kecuaian anda? Bagaimana pula kesan kemalangan terhadap anda? Adakah anda mampu sekiranya baik pulih kenderaan anda pun anda tidak mampu?

Sebab Kedua adalah kerana Malaysia tidak menawarkan Bengkel kereta kerajaan sepertimana Hospital Kerajaan, sebab tu lah ianya diwajibkan. Jadi anda tak perlu ada insurans sebab ada hospital kerajaan? macam tu? Saudara, apabila ramai bertanggapan begini, maka semakin sesaklah hospital kerajaan dan over capacity. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka proses untuk merawat pesakit dari cepat akan menjadi lambat. Sebab itulah hospital kerajaan digelarkan selalunya lembap. Bukan salah hospital, tetapi mereka sedang menampung jumlah pesakit yang over capacity berbanding nisbah doktor yang ada. Sekiranya anda mempunya medical card, anda boleh membuat pilihan hospital dan mendapatkan rawatan dengan lebih cepat. Satu lagi nyawa dapat diselamatkan. Dalam rawatan, its all about timing 🙂

Bottom line is, medical card adalah amat diperlukan tidak kira siapa anda? Tidak kira anda mempunya insurans di mana-mana company insurans sekalipun, be it di Prudential, AIA, Great Eastern atau Allianz. Tahniah kepada anda! kerapa anda telah melengkapkan financial planning of Risk Management.

Saya sarankan anda mengambil polisi yang menyeluruh lengkap (Life, Personal Accidence and Medical Card) berbanding pelan insurans yang anda beli melalui Telefon yang menawarkan either PA or life insurance.

Saya merupakan agen insurans bertauliah dari Prudential. Di sini saya ingin kongsikan sedikit kelebihan medical card yang ditawarkan. Kami menawarkan Pelan Life Protection, Personal Accident and Medical Card All in one melalui program investment-link.

Q: Investment-Link Vs Traditional?

A: Terlalu banyak kelebihannya, disini saya akan kongsikan satu kelebihan yang paling penting yang ramai orang tak tahu or tak aware. Jika anda mempunyai Investment-link policy, maka premium anda sampai akhir tua pun tetap anda membayar premium yang sama.

Contohnya umur 25 tahun premium anda RM150 sebulan, apabila anda umur 55 tahun pun premium anda RM150 sebulan. Berbanding jika anda ambil standalone medical card. Apabila anda umur 25 tahun, premium anda mungkin RM50 sebulan namun apabila umur 40 tahun, premium anda kemungkinan RM250 sebulan dan umur 50 tahun premium anda RM350 sebulan untuk benefit hospital yang sama. Yang lebih bahaya, standalone medical card adalah non-gurantee renewal. Bermaksud syarikat insurans berhak menolak pembaharuan medical card anda sekiranya anda terlalu berisiko.

Prudential telahpun berada di Malaysia sejak 88 tahun yang lalu dan merupakan syarikat insurans yang dikenali dengan proses claim yang cepat dan guarantee renewal. Sekiranya anda kenal management level di KPJ healthcare, tanya pada mereka sudah tentu mereka mengesyorkan Prudential kerana Prudential merupakan Pembayar Bil hospital terbaik di KPJ setiap tahun.

Takaful Medical Card 1

Soalan Saya?

Adakah anda mampu menyediakan RM50,000 dalam masa yang singkat sekiranya doktor pakar anda memerlukannya untuk merawat anda?

Mahukah anda dibiayai kos perubatan RM500,000 dengan premium serendah 150/sebulan?

Sekiranya apa-apa berlaku ke atas anda seperti kematian atau kecatatan kekal, bagaimanakah nasib keluarga anda jika mereka bergantung kepada anda? Mahukah keluarga anda diberi saguhati untuk memulakan kehidupan?

Jika YA, Sekiranya anda mahu pelindungan untuk diri anda, perbelanjaan hospital anda ditanggung dan pelan simpanan hari tua anda selepas besara disediakan.

Memperkenalkan!!! TAKAFUL HEALTH CARD

TAKAFUL HEALTH CARD adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Menawarkan perlindungan bermula dari nilai RM500,000 hingga RM1.5 Juta, sehingga berumur 70 Tahun.

Antara kelebihan TAKAFUL HEALTH CARD adalah seperti berikut :

  1. Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
  2. Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  3. Perlindungan 24 jam diseluruh dunia (SOS International)
  4. Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  5. Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  6. Penjagaan jururawat di rumah
  7. Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  8. Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  9. Rawatan Dialisis buah pinggang
  10. Rawatan Kanser
  11. Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
  12. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  13. Dan banyak lagi……

Takaful Health Medical Card 2

Untuk penerangan lebih lanjut, hubungi saya di talian 012-5803720 atau emelkan ke email@aidilazhar.com untuk membuat temujanji.

Segala penerangan dan nasihat adalah percuma ditempat anda, hanya anda menentukan samaada plan ini baik untuk
anda atau tidak.

Dapatkan Quotation PERCUMA!!

Name:

Umur:

H/P:

Email:

Gender:

Occupation:

Nature of Ocupation:

Smoking Status :

Budget:

Info Penyakit Sedia ada:

Ingin membuat Appointment?

Location :

Masa dan Tarikh :

Tips Kewangan – Matlamat Kewangan & Pelaburan

Sejauh manakah anda merasakan betapa pentingnya kita menetapkan matlamat kewangan & pelaburan kita? Penting sangatkah goal setting ni? Penetapan matlamat kewangan sebenarnya adalah salah satu strategi “know how” yang pertama yang kita selalu abaikan. Matlamat atau goal setting ini merupakan batu asas kita yang pertama sebelum melakukan apa-apa langkah seterusnya. Dalam kehidupan seharian, sebelum kita melakukan sesuatu perkara tentunya kita akan selalu diingatkan untuk memulakan dengan niat bukan? Nah! niat inilah sebenarnya matlamat. Jika kita tidak mempunyai niat, segala langkah perjalanan kita hanyalah kosong umpama angan-angan Mat Jenin. Sebelum kita memulakan teknik “know how” ini kita perlu mengenalpasti “know why” dalam diri kita.

Know why ini sangat penting kerana ia akan menentukan dimana kita berada sekarang seterusnya untuk bertindak menetapkan matlamat dimana kita akan berada pada masa akan datang?

Langkah Dalam Memulakan Perancangan Kewangan Sendiri?

  1. Mengenalpasti dimana anda berada dalam status kewangan diri anda. (Know Why?)
  2. Menetapkan Matlamat (1st – Know How?)
  3. Membuat Pelan kewangan yang sistematik berdasarkan matlamat. (2nd – Know How?)
  4. Merealisasikan Pelan Kewangan (3rd – Know How?)
  5. Memerhati dan menganalisa Pelan Kewangan (Review)

Pembaca sekalian, dalam kehidupan kita sendiri, kita akan melalui pelbagai peringkat waktu dan usia.

matlamat kewangan dan pelaburan 1

Setiap daripada peringkat di atas memerlukan kesesuaian perancangan kewangan yang tersendiri. Dalam usia 20-an seperti Peringkat 1 dalam gambar di atas, kita akan melihat tahap kewangan kita berbeza dari kedudukan kita berada pada peringkat 4. Selalunya peringkat 1 ini akan dimulakan dengan pengumpulan duit untuk berkahwin, membeli kereta pertama dan menikmati apa yang ingin dikecapi contohnya membeli gadget-gadget dan pakaian berjenama terkini. Namun setelah mengjangkau peringkat 2, kita mungkin akan membuat perancangan percutian bersama isteri, membeli rumah setelah berumah tangga. Peringkat ke-3 pula, selalunya akan fokus kepada Retirement Planning, Education Fund untuk anak. Maka apabila kita tahu bahawa kita akan melalui kesemua peringkat ni, penetapan matlamat dalam kewangan dan pelaburan adalah sangat crucial (penting).

Berapa pentingnya Matlamat Kewangan & Pelaburan ini?

Saya suka mengambil contoh memandu kenderaan. Tidak kiralah kenderaan itu kereta, basikal, motosikal ataupun lori sekalipun. Apabila kita memandu, perjalanan kita itu yang mengambil proses ke kiri dan ke kanan, berhentil di lampu isyarat dan teruskan perjalanan malah lebih menarik lagi jika terperangkap dalam kesesakan. Sedar tak semua itu hanyalah tujuan utama semata-mata untuk membawa anda dari Point A ke Point B iaitu Destinasi.

Sekarang, cuba bayangkan anda memandu tanpa mempunyai desinasi dan halatuju. Anda terus bergerak ke mana-mana tanpa tujuan. Sekalipun anda seorang pemandu yang cekap, berkaliber dan berpengalaman. Jika anda memandu tanpa destinasi anda menjadi orang yang paling rugi dalam dunia ini. Mana tidaknya! berjalan tanpa destinasi hanya menghabiskan minyak kenderaan atau tambang dan tenaga anda.

Sama seperti memandu dimana memerlukan destinasi, anda juga perlukan matlamat perlukan GOL! Matlamat ini memberikan destinasi atau tujuan kemana kewangan anda atau pelaburan anda akan berada untuk beberapa tahun lagi kerana matlamat kewangan & pelaburan ini akan menjadi petunjuk / jalanraya kewangan anda. Tentu anda mahukan lebuhraya kebebasan kewangan bukan? Tanpa matlamat impian anda untuk mengecapi sesuatu adalah sia-sia.

 

Bagaimana nak settingkan Matlamat Kewangan & Pelaburan?

Set Matlamat kewangan dan pelaburan

Jika anda mempunyai matlamat, segalanya akan mudah untuk kita imbas kembali. Setiap 6 bulan ataupun 1 tahun, kita boleh pantau progress perjalanan matlamat kewangan dan pelaburan kita tu. Maka, untuk merealisasikannya, anda perlu lah TULIS matlamat kewangan anda. Tujuan saya “bold” kan perkataan tulis adalah kerana ingin menjukkan betapa seriusnya perkara ini perlu untuk dilakukan. Ingat! TULIS!

Dalam proses merancang matlamat apa yang perlu ditulis? Tuliskan kesemua impian anda samada untuk berkahwin, memiliki rumah, kereta dan seumpanya, idea anda seharusnya realistik yang mampu dikecapi berdasarkan keadaan kewangan anda sekarang. Maksudnya, jika anda berpendapatan RM3000 sebulan, matlamat untuk memiliki sebuah Bugatti Veyron. Ya, saya tahu ianya tidak mustahil, tetapi hanya melalui magik seperti anda menang loteri atau berkahwin dengan anak orang kaya. Bukan niat saya untuk mempersenda, tujuan sebenar adalah supaya anda tidak cepat putus asa dalam mengejar matlamat yang terlalu besar. Jangan bimbang, memandangkan anda perlu review goal anda setahun sekali atau 6 bulan sekali. Jika pada masa tahun depan tu anda jadi jutawan, anda boleh ubah matlamat anda! Tiada siapa akan menghalang.

Apabila kita menulis matlamat kewangan dan pelaburan, cuba untuk mempunyai matlamat yang lengkap. Pastikan dimasukkan elemen jumlah dan tahun. Contohnya, matlamat anda “nak jadi jutawan”. Ini adalah matlamat yang terlalu umum. Cuba untuk masukkan elemen yang lebih rasional dan logik seperti “Ingin memiliki simpanan RM1 Juta dalam masa 10 tahun“. Pehatikan tulisan yang saya boldkan tu.

  1. Element Objektif: Memiliki Simpanan/Dana
  2. Element Harga : RM1 Juta
  3. Element Waktu: 10 tahun

Pastikan anda mempunyai ketiga-tiga elemen ini dalam penetapan goal anda. Tips penetapan matlamat secara terperinci ini saya kongsikan daripada Sebuah Buku berjudul “The Secret” ditulis oleh Rhonda Byrne. Terima kasih kepada sahabat saya Tasya Omar kerana menghadiahkan video rakaman “The Secret” yang membuka mata saya pada tahun 2007.

Setelah anda menulis beberapa senarai matlamat anda. Saya sarankan anda groupkan matlamat anda kepada 3 kumpulan iaitu:

  1. Matlamat Jangka Pendek – Short Term (Kurang dari 3 tahun)
  2. Matlamat Jangka Sederhana – Medium Term (Antara 3-5 tahun)
  3. Matlamat Jangka Panjang – Long Term (5 tahun ke atas)

Pelaburan dan Kewangan - Goal Group Setting

Teknik ini akan membuatkan anda lebih fokus kepada matlamat yang penting atau terdekat dan meletakkan priority. Barulah tidak akan terasa beban dengan matlamat yang banyak.

Contoh pengisian template yang saya gunakan adalah seperti dibawah:

screenshottemplatmatlamatkewangan

Untuk Mendownload – Sila Klik -> Matlamat_Kewangan_AidilAzhar.com

Pastikan anda meletakkan “Simpanan Kecemasan” dalam ruangan Matlamat Kewangan jangka pendek anda kerana simpanan kecemasan merupakan basic tools dalam personal finance. Simpanan kecemasan anda juga harus mempunyai ketiga-tiga elemen yang dibincangkan tadi. Maka selesailah sudah Tips Matlamat Kewangan & Pelaburan kali ini.

 

P/s: Saya merupakan Perunding Unit Amanah bertauliah bagi Syarikant Unit Amanah No.1 di Malaysia. Sekirannya anda merancang atau berminat untuk menjadikan Unit Amanah sebagai Investment Vehicle dalam Perancangan Matlamat Kewangan & Pelaburan  bagi kategori Medium Term dan Long Term maka boleh tinggalkan pesanan no telefon anda di ruangan Hubungi Saya atau di talian mesra bernombor 012-5803720.

 

Kuasa Faedah Kompaun (Compound Interest)

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan bersama anda tentang Compound Interest atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Faedah Kompaun.

Pertama sekali, Apakah itu Faedah Kompaun? Kebanyakkan orang ataupun individu yang sudah mahir dengan dunia keewangan membiarkan cerita ini sebagai sastera kewangan motivasi. Pun begitu, ramai yang tidak terkesan kerana tidak memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan The Power of Compound Interest. Mari kita kupaskan dengan lanjut.

Compound interest arises when interest is added to the principal, so that, from that moment on, the interest that has been added also earns interest. This addition of interest to the principal is called compounding – sumber Wikipedia

Faedah kompaun bermaksud apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan anda, serta ke atas faedah yang ditambah kepada prinsipal telah terkumpulkan  bersama. Fuuhhh.. Susah nak faham ni. Dengan erti kata lain, faedah yang anda perolehi daripada pelaburan anda itu tadi anda tidak gunakan, sebaliknya anda menambah kepada jumlah prinsipal sedia ada. Ini bermakna, prinsipal anda tadi semakin membesar jumlahnya. Maka apabila faedah pelaburan baru diperoleh maka ianya lebih tinggi daripada faedah pertama yang anda dapat, menjadikan pulangan pelaburan anda bertambah dengan lebih cepat.

faedah kompaun compound interest

Kuasa faedah kompaun begitu popular sejak era Albert Einstein apabila beliau menggelarkan compound interest ini sebagai  8th Wonder… memang dasyatttttt!

Bagaimana faedah kompaun sebenarnya berfungsi? Faedah kompaun bermakna apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan, serta ke atas faedah yang ditambah kepada pokok yang anda mungkin telah terkumpul. Penambahan faedah kepada prinsipal dipanggil pengkompaunan (Compounding).

Dengan peraturan pengkompaunan ini, ia bermakna lebih awal anda mula menyimpan, lebih besar faedah terkumpul ke atas pelaburan asal anda. Kuasa pengkompaunan boleh membuat aset tumbuh lebih cepat.

Ia boleh bekerja untuk anda jika anda melabur. Begitu sebaliknya ia bekerja jika anda berhutang, ia akan bekerja terhadap anda jika anda meminjam seperti pinjaman overdraf atau pinjaman kad kredit. Anda mungkin berakhir membayar faedah yang lebih jika anda tangguhkan membayar faedah pinjaman yang dikompaun.

Kembali ke bagaimana faedah kompaun boleh membuat aset anda berkembang lebih cepat, ini dapat digambarkan dengan contoh case study di bawah.

Case Study: Terdapat 2 pelabur melabur wang mereka kepada pelaburan yang memberi faedah sebanyak 8% setahun.

  •  Orang A: Melabur RM3k setahun bermula pada umur 18 tahun dan berhenti melabur pada umur 27 … jumlah pelaburan RM30K
  •  Orang B: Melabur RM3k setahun bermula pada 28 umur berterusan sehingga bersara … jumlah pelaburan RM84k

Jelas Orang B melabur lebih banyak wang daripada Orang A …

Persoalannya sekarang, adakah ini bermakna Orang B ini mempunyai lebih banyak wang apabila kedua-dua bersara pada umur 55 tahun?

Lihatlah graf di bawah [dilampirkan] dan anda akan tahu jawapannya. Walaupun Orang A hanya melabur sebanyak RM30K, perbezaan sebanyak RM54K kurang daripada jumlah pelaburan Orang B. Namun akhirnya, pelaburan Orang A telah menjadi RM405k diakhir persaraan, dimana ini adalah perbezaan RM100K lebih banyak daripada Orang B. Maka tidak hairanlah mengapa Einstein menggelarkan faedah kompaun ini sebagai 8 wonders.

faedah kompaun compound interest

Oleh itu, SILA! SILA! SILA! Mari kita mula menabung dari sekarang dan sila mendidik keluarga anda betapa pentingnya untuk memulakan simpanan SEKARANG … dan biarkan ia kompaun!

Artikel ini pada saya pendek dan padat namun sangat bermakna. Akan bermakna lagi jika digabungkan strategi ini dalam pelaburan Unit Trust. Nantikan artikel selanjutnya tentang penggabungan Unit Trust atau Unit Amanah dan Faedah Kompaun.