Minuman Isotonik Bertenaga Boleh Menyebabkan Kegemukan

Fakta tentang minuman tenaga anda – Adakah Minuman Tenaga Sebenarnya Membantu Anda, atau Hanya Memberikan anda Kegemukan?

Salam dari PersonaGrata,

Hari ini apa yang saya akan kongsikan bersama pembaca sekalian adalah artikel yang dipetik dari pakar kesihatan terkenal Mike Geary dimana beliau salah satu pengarang untuk artikel di dalam majalah Mens Health. Apa yang nak dingkongsikan bersama ialah fakta tentang Minuman Tenaga @ di kenali sebagai minuman isotonik atau juga istilah setempat iaitu 100Plus, Excel, 9 Isotonik dan sebagainya.

Telah bertubi-tubi soalan timbul memperkatakan tentang semua minuman tenaga baru yang menghentam pasaran selama beberapa tahun kebelakangan ini. Minuman alaf baru ini nampaknya menjadi kegilaan, terutama dengan anak muda, dan mereka (pengeluar minuman isotonik) berjanji pada seluruh warga dunia dengan tuntutan keterlaluan semua tenaga super dan tenaga segera yang akan anda miliki apabila anda mengambil minuman isotonik, tak ubah seperti kartun Popeye, yang bezanya cuma Popeye mengambil tenaga dari “spinach” (bayam) sumber natural namun anda ambil dari sumber kimia dan bagaimana anda akan menjadi atlet terbaik di dunia, bermula mengangkat kereta di atas kepala anda, dan mendapatkan tubuh yang sempurna.

Jadi beberapa persoalan mula muncul:

  1. Apakah minuman tenaga ini benar-benar baik untuk anda?
  2. Adakah ia benar-benar meningkatkan tenaga anda?
  3. Adakah ia benar-benar memiliki formula tenaga magik ala-ala Popeye?
  4. Dan yang paling penting, adakah ia akan membantu anda menurunkan berat badan?

Pertama sekali, mari kita lihat apakah kandungan sebahagian besar minuman tenaga. Kebanyakan dari minuman tenaga ini hanya diisi dengan air berkarbonat ‘gut-fattening high fructose corn syrup – HFCS’ (atau gula tambah yang lain), kafein, asid amino taurin, dan beberapa vitamin tidak efektif ditambah untuk menunjukkan dan untuk menipu anda supaya berfikir ada sesuatu yang sihat tentang ramuan minuman ini.

Mari kita mulakan dengan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS). Nah, di sini terdapat kalori tak berguna yang akan terus menjadi lemak perut anda, dan corn syrup ini bahkan lebih buruk  daripada gula halus biasa yang digunakan di rumah atau di kedai-kedai mamak. Ada juga beberapa minuman tenaga menggunakan gula tambah lain dan bukannya HFCS, tetapi sebenarnya tiada bezanya, kerana mereka juga mempunyai kalori kosong yang tidak memberikan manfaat gizi.

Ok, jadi anda mengatakan bahawa mereka telah memperkenalkan minuman rendah gula atau minuman tanpa gula sebagai alternatif dari minuman tenaga HFCS. Ya benar, tetapi sekarang anda mempunyai masalah bahan kimia berbahaya dalam pemanis buatan yang memang telah diketahui kesan sampingan yang akan dihadapi.

Masalah lain dengan pemanis buatan ialah beberapa penyelidik percaya dengan menggunakan pemanis buatan akan menyebabkan peminum lebih ‘consume’ banyak kalori dan berat badan dalam jangka masa panjang.  PersonaGrata tidak akan ulas atau research dengan lebih lanjut ianya akan berlarutan tanpa had. Cukuplah dengan mengetahui bahawa pemanis buatan dan bahan kimia buatan dalam makanan secara umum  adalah semua berita buruk bagi tubuh anda!

Bagaimana dengan kafein?

Fuhh, apa yang perlu anda tahu ialah, kafein tidak dengan sendirinya memberikan “tenaga”. Secara teknikal, hanya bahan yang benar-benar mempunyai tenaga kalori adalah daripada karbohidrat, protein, dan lemak.

Namun, kafein dapat menjadi bantuan untuk membangunkan minda atau diri dengan cara merangsang sistem saraf pusat.

Dan bukan pula dengan cara kafein ditambah pada beberapa minuman tenaga “berkarbonat”, Mike Geary lebih mengesyorkan untuk mendapatkan kafein dari sumber alam seperti teh hijau, teh putih, atau teh oolong (Teh Cina jenis Oolong), yang benar-benar memberikan antioksidan kuat dan kesihatan juga!

Sila ambil perhatian! walaupun jika anda seorang peminum kopi biasa, anda mungkin mempunyai beberapa tahap kecanduan (imune @ lali) terhadap kafein dan mungkin tidak akan terlalu banyak menerima manfaat dari kafein dalam minuman tenaga pula.

Tips : Anda disarankan untuk mencuba minum teh dan mengurangkan pengambilan kopi dalam hanya beberapa hari setiap minggu untuk memaksimakan pengurangan diri bergantungan kepada kafein. Kebanyakan teh mengandungi sedikit kafein jika dibandingkan kopi, dan beberapa teh (seperti teh hijau, teh putih, dan teh oolong) mengandungi phytochemical sinergis yang bekerja untuk melambatkan respons dari kafein. Ini bermakna anda mendapat respon lebih ringan dari kafein dalam teh hijau, teh oolong, atau teh putih berbanding dengan respon keras dari kopi.

Sekarang bagaimana pula dengan adunan magik dari taurin dan B-vitamin ke dalam minuman tenaga?

Hmmmm, secara nyata ialah … anda mendapat taurin di hampir semua sumber protein. Dan sebahagian besar dari vitamin B artificial yang ditambah dalam minuman isotonik hanya keluar terus ke tandas melalui urin anda. Vitamin yang terbaik sebenarnya diperoleh secara semulajadi daripada sumber makanan ASLI, tidak artificial ditambah pada beberapa minuman berkarbonasi. Tubuh anda tidak akan tertipu untuk menggunakan sumber vitamin palsu semudah ini sebagai sumber asli.

Mike Geary berkata, — “Sesungguhnya, menurut pendapat saya, saya berikan semua minuman tenaga 0 star daripada rating penuh 5 bintang! Jangan terpedaya dari teknik pemasaran bodoh dari semua ‘minuman apa yang disebut tenaga’.”

Sebaliknya, inilah resepi Mike Geary untuk minuman tenaga buatan sendiri:

1. Make a big iced tea mixture using green tea, white tea, and yerba mate tea.  I like to add a little fruit flavor, so I’ll use 1 tea bag of a raspberry or blueberry hibiscus tea, and then use 2-3 green and/or white tea bags, and 2-3 yerba mate tea bags, and make a gallon container of iced tea.  I just use a small amount of stevia to lightly sweeten the batch of tea.

2. I buy a container of organic coconut water from a health food store, or buy fresh coconuts to obtain the coconut water from the inside.

3. For my healthy energy drink, I mix a half of a glass of the white/green/yerba mate iced tea mixture and fill the rest of the glass with the coconut water.
Ini sebenarnya adalah benar-benar sihat dan lazat berbanding minuman tenaga  yang sarat dengan bahan kimia dan beliau kesal dengan setiap individu hari ini semakin kelabu mata membeli minuman isotonik baik semasa bersukan atau di gym malah sedih melihat orang pasif di atas sofa sambil menonton tv mengambil minuman isotonik.

Teh Yerba Mate, teh hijau, dan teh putih mengandungi dos kafein yang kecil bersama dengan campuran pelbagai antioksidan kuat dan phytochemical sinergis. Plus, air kelapa merupakan sumber yang kaya elektrolit dan pelbagai vitamin dan mineral. Air kelapa dikenali untuk menyediakan sumber tenaga ekspress yang baik, dan juga mengandungi beberapa trigliserida rantai sederhana, yang merupakan lemak sihat yang boleh akan gunakan untuk tenaga dan juga membantu sistem kekebalan tubuh.

Jadi nikmatilah minuman tenaga semulajadi seperti yang syorkan oleh Mike Geary, sambil mengetahui anda sedang minum minuman yang baik untuk tubuh anda dan bukan minuman isotonik yang popular di pasaran.

PersonaGrata mohon untuk sebarkan artikel ini link ini kepada rakan-rakan dan keluarga atau berkongsi di blog anda, forum, laman facebook untuk membantu rakan-rakan anda hidup lebih sihat.

Akhir kata, Salam Sihat!

4 thoughts on “Minuman Isotonik Bertenaga Boleh Menyebabkan Kegemukan

  1. assalamualaikum.minuman tenaga dan minuman isotonik adalah dua jenis minuman yang berbeza.bendalir isotonik adalah bendalir yang mempunyai tekanan osmosis yang sama(dalam biologi maksudnya tekanan osmosis diluar dan didalam sel adalah sama). contoh 100 plus sebagai minuman tenaga adalah salah dan bahan seperti HFCS dan kafein memang tiada didalam 100 plus.

    • Terima Kasih Saudara Firdaus atas info yang diberi..

      Saya sendiri berjaya menurunkan berat badan melalui senaman dan riada berbasikal..
      Sejak saya meninggalkan isotonik sewaktu beriadah.. badan saya lebih efektif dan bertenaga dengan hanya minum plain water.. beberapa kajian juga daripada majalah MensHealth( saya xingat isu keberapa) tapi saya pernah terbaca, jika penat atau letih, minum lah air biasa.. kerana 100plus misalnya mempunyai 16.3g peratus gula… ia juga mengandungi bahan pengawet dan perisa yang dibenarkan..

      sekiranya gula yang kita consume tidak ditukarkan kepada tenaga dengan melakukan senaman riadah atau bersukan… maka ia akan bertukar kepada lemak juga.. ini yang saya cube create awareness terhadap semua.

      kerana saya tau.. sbb saya satu masa dulu berat badan 120kg dan kini 80kg. jadi saya dah melaluinya dengan meninggalkan air gula dan mitos of isotonik :) .. maafkan jika ada salah faham..maksud artikel saya ini minuman bertenaga adalah referring to minuman isotonik.. maklum lah.. xsekolah tinggi ..hehehe….

      anyway.. gud info from you..appreciate that :)

  2. dengan membaca cerita saudara, aktiviti riadah yang saudara lakukan mungkin ditahap low to moderate intensity dengan jangka masa yang kurang dari sejam. tambahan lagi untuk mengurangkan berat badan seperti saudara air tanpa gula adalah yang paling sesuai.tetapi bagaimana pula dengan aktiviti yang moderate to high intensity?yang lebih dari sejam?situasi pertandingan?dalam persekitaran yang panas dan lembap?yang mana lebih sesuai?plain water(saya xpasti maksud saudara,cuba huraikan dengan lebih terperinci) atau minuman isotonik?

    saudara menyatakan bahawa minuman tenaga dlm artikel saudara tu refer kepada minuman isotonik.selagi lagi saya nyatakan bahawa bahan seperti HFCS dan kafein tiada dalam minuman isotonik. gula? ya,dalam kebiasaan dalam bentuk glucose,sucrose(ataupun dengan nama dextrose atau maltodextrin) dan bukan HFCS.

    artikel menulis artikel ini dari satu sudut pandangan sahaja tanpa melihat perspektif yang lain.cuba baca artikel-artikel daripada journal keluaran american college of sports medicine, journal of athletic training ataupun artikel dari gatorade sport science institute daripada menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan didalam majalah men’s health.

    ketahui apa konsep sebenarnya minuman isotonik,apakah kandungan yang sepatutnya didalam minuman isotonik,berapakah peratusan gula yang ideal untuk minuman isotonik,suhu yang paling untuk rehidrasi.saya percaya saudara adalah orang yang suka membaca dan menimba ilmu dan mencari kebenaran terhadap sesuatu dakwaan.

    p/s:peratusan gula dalam 100 plus adalah lebih dari tahap ideal dalam minuman isotonik, tambahan lagi air berkabonat kurang sesuai untuk penggunaan semasa bersukan.

    • Salam saudara Firdaus

      Terima kasih kerana memberi ilmu yang bermanfaat.

      Tapi jika saudara bertujuan untuk berdebat. Maaf. Saya bukan orangnya, kerana saya bukanlah seorang atlit atau pakar nutrisi. Artikel yang saya tulis ini adalah kajian dari Mike Geary, pakar nutrisi. Secara berbesar hati saya kongsikan bersama buat semua.

      Jika saudara berminat untuk membahaskan atau kongsikan buat pembaca dngan panjang lebar. Saudara boleh menghantar artikel ke email saya di email@aidilazhar.com dan saya akan paparkan sebagai Guest Post di blog ini.

      Tapi telahan saudara tentang aktiviti saya yang bawah dari satu jam adalah silap. Aktiviti saya selalunya berlangsung sekitar 3 jam kerana ia adalah cross country mountain biking. Saya memang tidak mengambil isotonik. Tetapi saya membawa energy bar utk tenaga gantian.

      Saya xperlu baca article lain sebab saya paparkan ini adalah perkongsian. Bukan kajian. Kalo kajian sudah tentu saya mengambil jurusan ke arah nutrisi atau physical science sewaktu graduate dulu :) lagipun saya sudah ada saudara yang budiman untuk kongsikan buat kita semua. Tak ke gitu? Hehehe

      Bottom line, i welcome you for the guest post tentang apa yang saudara boleh share buat semua pembaca :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>