Hari ni selepas selesai PersonaGrata dr tugas² berat presenting Final Year Project maka apabila melabuhkan punggung di depan skrin komputer yang usang ni, tertarik pulak satu artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini (Rajin sungguh PersonaGrata baca MalaysiaKini)

Artikel yang berbunyi “Khalwat: Bantah hukum bukan Islam” itu sedikit sebanyak tertusuk dalam benak sanubari Persona Grata. (kita baca artikel tu kat bawah nanti). Sebenarnya sebagai seorang warganegara Malaysia ini, PersonaGrata tersangatlah pelik. Kenapa kita dinamakan Malaysia sebuah negara Islam? walhal undang-undang terlaksana bukanlah relevan dengan undang-undang syariah yang sedia ada? Bukan lah tujuan disini nak menuding jari pada siapa2? cuma nak diajak berfikir. Sebenarnya kita bangsa melayu ni macam bertakuk lama dan membuat semua perkara yang takut hilangkan kredibiliti kita sendiri.
Maksud disini ialah, Apakah yang dimaksudkan negara Islam? kalo betul kita negara Islam. Adakah kita implement tatabudaya seperti Negara Islam yang lain. Jika tidak, buat apa kita label negara Islam sedangkan kita bukan berpusat 100% kepada tiang agama dalam pentadbiran negara. Hanya sekadar nama? buat apa? Muka tak malu jaja nama Islam sana sini? maka lebih elok kan kalo kita buat NEGARA MAJMUK jika dan hanya jika tak boleh nak Implemen apa yg dinamakan seperti asalnya iaitu Negara Islam. Pandangan peribadi disini maksudnya ialah. Kalau kita tak mampu behold tanggungjawab nak menjalankan pentadbiran Negara Islam. Jangan la memalukan ISLAM. Buat sahaja negara majmuk. Habis cerita. Ni , pelacur melayu terabur sana sini. Petik sana terus boleh langgan. Apa cerita ni?
Pelik dengan isu kini tapi ini lah hakikatnya. Daripada sumber MalaysiaKini yang dipetik berbunyi -> Tun Dr Mahathir Mohamad wajar disiasat berhubung dakwaan cuba menghalang Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar kemungkinan penyelewengan pegawai kanannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR,” katanya, “dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan.”
Menurut Param, seperti kenyataannya yang diedarkan kepada media semalam, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:
Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada
Peguam: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).
Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”
Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.
Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.
Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.
More…(Berita Penuh)
Sumber: MalaysiaKini
Hari ini Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan menjadi Menteri Besar Perak dan juga Mat Isa juga sah menjadi Menteri Besar Perlis yang baru setelah jatuhnya pimpinan dari tangan Shahidan Kasim. Berbalik kepada berita tentang Perak memandangkan saya ialah orang perak.
![]()
Upacara rasmi yang dinantikan oleh rata-rata penduduk Perak tersebut berlangsung jam 11.40 pagi tadi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.
Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.
Yang menariknya, hari ini juga merupakah hari lahir Mohammad Nizar, jadi amat bermakna sebenarnya hari ini, bak kata orang ramai, inilah hadiah besar juga buat Ir. Mohd Nizar selepas majlis itu yang dijadualkan Khamis lalu, terpaksa ditangguhkan kerana DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat dalam penubuhan kerajaan campuran.
Lagi Menarik!!
Ir. Mohamamd Nizar mengejutkan penduduk negeri di forum yang dilancarkan oleh wartawan cina di Perak apabila beliau sangat berkebolehan bertutur dalam bahasa mandarin, kantonis dan tamil. Bahasa Inggeris dan Melayu apatah lagi cair dimulut. Kalau macam ni lah nampaknya. Tak perlulah ada timbalan menteri. Pandangan peribadi ajer
Dibawah ialah petikan berita tentang ramai wartawan cina yang amat teruja dan t erkejut dengan kebolehan beliau serta menyambut baik beliau menajadi MB Perak yang baru.
IPOH, MALAYSIA: Perak Menteri
Besar-designate Mohammad Nizar Jamaluddin
of PAS turned up at the ”What’s Coming Next”
political forum held in Ipoh Sunday (16 Mar) and
immediately stunned the Chinese crowd by
speaking in Mandarin, Hokkien, Cantonese,
Tamil, then in English and Malay.
The audience was speechless then gave the PAS leader a rousing applause. The forum was organized by Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia and Sin Chew-i an dheld at Dewan Dou Mu in Ipoh at 2pm and attracted 3000 people. Speakers included PKR national vice-president Dr Lee Boon Chye, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and Sin Chew’s Deputy Chief Editor Tay Tian Yan.
Mohammad Nizar, an accomplished enginneer, was not a speaker but was invited to the forum by Ngeh.
_______________________________________________
Sedikit pengenalan diri dari sumbangan MalaysiaKini:
Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak – lima lelaki dan tiga perempuan.
Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu bendahari badan perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.
Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
_______________________________________________________
Sumber: MalaysiaKini
Majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak akan diadakan pada jam 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor hari ini.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, Abdul Rahim berkata pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis tersebut.
Sehari sebelum setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS, dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak Khamis lalu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di negeri itu supaya jangan menghadiri majlis tersebut.
Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada sultan dan pemangku sultan Perak.
Bagaimanapun, pada sebelah paginya, PKR pula mengancam akan keluar dari kerajaan campuran dengan DAP dan PAS, kerana kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco negeri.
Perkara itu selesai selepas mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan memutuskan PKR diberikan tiga jawatan exco berbanding satu saja sebelum itu.
DAP pula mendapat enam kerusi exco berbanding lapan dalam peruntukan awal manakala PAS kekal dengan satu kerusi exco, selain jawatan Menteri Besar.
Berikutan ketidaksefahaman antara ketiga-ketiga parti yang menganggota kerajaan campuran di Perak itu, maka Raja Dr Nazri telah menangguhkan majlis angkat sumpah menteri besar.
Baginda juga menitahkan kesemua 31 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, PKR dan PAS menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan Mohammad Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, sebagai menteri besar.
Surat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr Nazrin Shah pada jam 5.30 petang Jumaat.