13
Luahan Hati tentang Trading
Salam semua..
Hari ni nak emo sket..ekkekekeke…
Setelah lama bhenti dalam trading matawang..bulan ni aku saje nak try balik sebab aku sangat2 kesempitan keewangan.. so aku pun deposit kan duit… tak sangka..setelah tinggalkn dunia trading dr 2007.. bila trade balik kacau bila.. sebelum ni aku guna Elliot Wave.. skang langsung dah lupa.. so aku trade guna stochastic aje.. tak sangka.. sume berderai..ari ni loss dekat 200 pips..
Tue la.. orang dah 100 juta kali dah pesan suh letak stoploss.. degill.. nak jugak mengharap market turun seperti kita nak…kalo nak mengharap tu tak ke dah mcam main nombor ekor main judi… mengharap no kene.. adoi.. ni kan satu bisnes.. nape orang lain leh buat aku tak leh buat..nape la aku tak macam dlu ada trading plan semuanya.. ntah la..pelik jugak jadi macam ni..
orang dah byk pesan trade 5% dr total acc.. ni tak..aku bedal gak… dah la leverage tinggil…ape nak jadi la aku ni..kalo loss.. mmg teruk kene.. bebal tak sudah2 camnie..
ingat dah terel sgt (aku ckp kat aku la) … tamak.. dah tau market lain..sebuk gak nak tambah position nak cover loss.. ckup la ari ni..biar rugi la..accept the loss and tunggu peluang esok.. bkn esok takde lagi..
last2 ..aku dah cool down time tgh tulih ni.. aku tau punca apa..dlu aku trade tak desperate nak duit.. rezeki limpah ruah… skang aku trade desperate nak duit.. emosi tk stabil sbb asyik pk nak untung..sebab tu la trade tak pakai otak…pakai nafsu..otak simpan dlm perut kasi buncit.. bg nafsu trade…mana taknye aku rugi..aduhai…
semoga aku tak ulangi kesilapan yang sama..
haah..puas…xtau nak lepas mana kemarahan pada diri..selamat ada blog..
19
Minuman Isotonik Bertenaga Boleh Menyebabkan Kegemukan
Fakta tentang minuman tenaga anda – Adakah Minuman Tenaga Sebenarnya Membantu Anda, atau Hanya Memberikan anda Kegemukan?
Salam dari PersonaGrata,
Hari ini apa yang saya akan kongsikan bersama pembaca sekalian adalah artikel yang dipetik dari pakar kesihatan terkenal Mike Geary dimana beliau salah satu pengarang untuk artikel di dalam majalah Mens Health. Apa yang nak dingkongsikan bersama ialah fakta tentang Minuman Tenaga @ di kenali sebagai minuman isotonik atau juga istilah setempat iaitu 100Plus, Excel, 9 Isotonik dan sebagainya.
Telah bertubi-tubi soalan timbul memperkatakan tentang semua minuman tenaga baru yang menghentam pasaran selama beberapa tahun kebelakangan ini. Minuman alaf baru ini nampaknya menjadi kegilaan, terutama dengan anak muda, dan mereka (pengeluar minuman isotonik) berjanji pada seluruh warga dunia dengan tuntutan keterlaluan semua tenaga super dan tenaga segera yang akan anda miliki apabila anda mengambil minuman isotonik, tak ubah seperti kartun Popeye, yang bezanya cuma Popeye mengambil tenaga dari “spinach” (bayam) sumber natural namun anda ambil dari sumber kimia dan bagaimana anda akan menjadi atlet terbaik di dunia, bermula mengangkat kereta di atas kepala anda, dan mendapatkan tubuh yang sempurna.
Jadi beberapa persoalan mula muncul:
- Apakah minuman tenaga ini benar-benar baik untuk anda?
- Adakah ia benar-benar meningkatkan tenaga anda?
- Adakah ia benar-benar memiliki formula tenaga magik ala-ala Popeye?
- Dan yang paling penting, adakah ia akan membantu anda menurunkan berat badan?
Pertama sekali, mari kita lihat apakah kandungan sebahagian besar minuman tenaga. Kebanyakan dari minuman tenaga ini hanya diisi dengan air berkarbonat ‘gut-fattening high fructose corn syrup – HFCS’ (atau gula tambah yang lain), kafein, asid amino taurin, dan beberapa vitamin tidak efektif ditambah untuk menunjukkan dan untuk menipu anda supaya berfikir ada sesuatu yang sihat tentang ramuan minuman ini.
Mari kita mulakan dengan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS). Nah, di sini terdapat kalori tak berguna yang akan terus menjadi lemak perut anda, dan corn syrup ini bahkan lebih buruk daripada gula halus biasa yang digunakan di rumah atau di kedai-kedai mamak. Ada juga beberapa minuman tenaga menggunakan gula tambah lain dan bukannya HFCS, tetapi sebenarnya tiada bezanya, kerana mereka juga mempunyai kalori kosong yang tidak memberikan manfaat gizi.
Ok, jadi anda mengatakan bahawa mereka telah memperkenalkan minuman rendah gula atau minuman tanpa gula sebagai alternatif dari minuman tenaga HFCS. Ya benar, tetapi sekarang anda mempunyai masalah bahan kimia berbahaya dalam pemanis buatan yang memang telah diketahui kesan sampingan yang akan dihadapi.
Masalah lain dengan pemanis buatan ialah beberapa penyelidik percaya dengan menggunakan pemanis buatan akan menyebabkan peminum lebih ‘consume’ banyak kalori dan berat badan dalam jangka masa panjang. PersonaGrata tidak akan ulas atau research dengan lebih lanjut ianya akan berlarutan tanpa had. Cukuplah dengan mengetahui bahawa pemanis buatan dan bahan kimia buatan dalam makanan secara umum adalah semua berita buruk bagi tubuh anda!
Bagaimana dengan kafein?
Fuhh, apa yang perlu anda tahu ialah, kafein tidak dengan sendirinya memberikan “tenaga”. Secara teknikal, hanya bahan yang benar-benar mempunyai tenaga kalori adalah daripada karbohidrat, protein, dan lemak.
Namun, kafein dapat menjadi bantuan untuk membangunkan minda atau diri dengan cara merangsang sistem saraf pusat.
Dan bukan pula dengan cara kafein ditambah pada beberapa minuman tenaga “berkarbonat”, Mike Geary lebih mengesyorkan untuk mendapatkan kafein dari sumber alam seperti teh hijau, teh putih, atau teh oolong (Teh Cina jenis Oolong), yang benar-benar memberikan antioksidan kuat dan kesihatan juga!
Sila ambil perhatian! walaupun jika anda seorang peminum kopi biasa, anda mungkin mempunyai beberapa tahap kecanduan (imune @ lali) terhadap kafein dan mungkin tidak akan terlalu banyak menerima manfaat dari kafein dalam minuman tenaga pula.
Tips : Anda disarankan untuk mencuba minum teh dan mengurangkan pengambilan kopi dalam hanya beberapa hari setiap minggu untuk memaksimakan pengurangan diri bergantungan kepada kafein. Kebanyakan teh mengandungi sedikit kafein jika dibandingkan kopi, dan beberapa teh (seperti teh hijau, teh putih, dan teh oolong) mengandungi phytochemical sinergis yang bekerja untuk melambatkan respons dari kafein. Ini bermakna anda mendapat respon lebih ringan dari kafein dalam teh hijau, teh oolong, atau teh putih berbanding dengan respon keras dari kopi.
Sekarang bagaimana pula dengan adunan magik dari taurin dan B-vitamin ke dalam minuman tenaga?
Hmmmm, secara nyata ialah … anda mendapat taurin di hampir semua sumber protein. Dan sebahagian besar dari vitamin B artificial yang ditambah dalam minuman isotonik hanya keluar terus ke tandas melalui urin anda. Vitamin yang terbaik sebenarnya diperoleh secara semulajadi daripada sumber makanan ASLI, tidak artificial ditambah pada beberapa minuman berkarbonasi. Tubuh anda tidak akan tertipu untuk menggunakan sumber vitamin palsu semudah ini sebagai sumber asli.
Mike Geary berkata, — “Sesungguhnya, menurut pendapat saya, saya berikan semua minuman tenaga 0 star daripada rating penuh 5 bintang! Jangan terpedaya dari teknik pemasaran bodoh dari semua ‘minuman apa yang disebut tenaga’.”
Sebaliknya, inilah resepi Mike Geary untuk minuman tenaga buatan sendiri:
1. Make a big iced tea mixture using green tea, white tea, and yerba mate tea. I like to add a little fruit flavor, so I’ll use 1 tea bag of a raspberry or blueberry hibiscus tea, and then use 2-3 green and/or white tea bags, and 2-3 yerba mate tea bags, and make a gallon container of iced tea. I just use a small amount of stevia to lightly sweeten the batch of tea.
2. I buy a container of organic coconut water from a health food store, or buy fresh coconuts to obtain the coconut water from the inside.
3. For my healthy energy drink, I mix a half of a glass of the white/green/yerba mate iced tea mixture and fill the rest of the glass with the coconut water.
Ini sebenarnya adalah benar-benar sihat dan lazat berbanding minuman tenaga yang sarat dengan bahan kimia dan beliau kesal dengan setiap individu hari ini semakin kelabu mata membeli minuman isotonik baik semasa bersukan atau di gym malah sedih melihat orang pasif di atas sofa sambil menonton tv mengambil minuman isotonik.
Teh Yerba Mate, teh hijau, dan teh putih mengandungi dos kafein yang kecil bersama dengan campuran pelbagai antioksidan kuat dan phytochemical sinergis. Plus, air kelapa merupakan sumber yang kaya elektrolit dan pelbagai vitamin dan mineral. Air kelapa dikenali untuk menyediakan sumber tenaga ekspress yang baik, dan juga mengandungi beberapa trigliserida rantai sederhana, yang merupakan lemak sihat yang boleh akan gunakan untuk tenaga dan juga membantu sistem kekebalan tubuh.
Jadi nikmatilah minuman tenaga semulajadi seperti yang syorkan oleh Mike Geary, sambil mengetahui anda sedang minum minuman yang baik untuk tubuh anda dan bukan minuman isotonik yang popular di pasaran.
PersonaGrata mohon untuk sebarkan artikel ini link ini kepada rakan-rakan dan keluarga atau berkongsi di blog anda, forum, laman facebook untuk membantu rakan-rakan anda hidup lebih sihat.
Akhir kata, Salam Sihat!
9
Forex Malaysia : Tips Berjaya Trading
Salam Semua..
Walaupun saya ada blog khas untuk trading online, namun memandangkan blog saya yang lagi satu tak boleh berbahasa melayu sebab telah disponsor, maka saya letakkan di sini. Saya tertarik dengan topik ni walaupun topik ni agak lazim ditanyakan dan boleh dikategorikan sebagai FAQ [Frequently Asked Question] .. bila browse through komen-komen di forum2.. memang betul.. ada yang cakap money management, ada yang cakap plan.. yup.. tu sume mmg essential things to know or memangg patut tahu..
yup.. bila kita tanya..kenapa ada orang trade rilex aje..macam tengok main hentam je.. but still profit.. pada saya ini mungkin kerana diaorang memang dah lama trade pada pair tu and dah lazim dgn pergerakan satu-satu matawang/pair.
So.. cara yang mungkin agak sesuai nak guna/praktis guideline untuk berjaya dalam trading pada pendapat saya ialah its good jika kita elak perkara-perkara yang boleh memusnahkan trading kita yang di antaranya saya boleh simpulkan seperti:
Trading dengan Emosi
Saya rasa kebanyakkan trader kalah dalam perjuangan trading ni ialah diaorang trade dengan penuh emosi, Hehehe .. Emosi ni bagus, cuma dalam trading kalau boleh cuba ketepikan emosi. Contohnya kepada sesiapa yang ikuti program Profitunity Chaos tu Bill William tiap-tiap pagi suruh buat Morning Pages supaya kita luahkan semuanya dalam 3 helai kertas .. so that kita boleh kurangkan terbawa-bawa masalah keewangan, family, makwe/pakwe dalam trading.
Selalunya trader akan enter trade dengan logic dan system but then bila price melawan position yang kita nak tu [contohnya kita BUY tapi price turun.. Hmmm.. Tepuk Dahi Jap sambil keluar peluh] kita mudah untuk biarkan emosi mengawal kita berbanding system kita tu.. dengan kata lain.. time ni kita dah tak ikut system dah.. atau juga dengan kata lain kita menggelabah. Bila menggelabah ni dah tak boleh buat apa dah, tangan tu memang asyik gatal.
Ingat, market memang tak pernah kisahkan apa tujuan kita untuk trading, nak langsaikan kredit kad ker, nak bayar duit rumah ker, market tak pernah kisah tentang semua tu.. dia akan naik atau turun ikut suka hati dia and memang kita tak boleh menaikkan market atau turunkan market sebab kita bukan big player dalam market dunia. Jadi andai kata loss, let it be, banyak lagi peluang lain ada, trading sentiasa berjalan, cari balik entry yang sesuai, dont look back orang putih cakap.
Tidak Mempunyai Trading Plan
OK, yang ni penting, kalo anda tak ada trading plan anda tidak akan berjaya!!!, bunyi memang agak kasar tapi percayalah wahai teman-teman forum sekalian. Trading plan memang amat-amat diperlukan.
Sebab apa trading plan penting?
sebab nya trading plan ni mampu mengawal korang jaga emosi korang dalam trading. When emosi korang start ganggu korang, korang boleh stick firm kat trading plan korang. So tak adalah trade kacau bilau. Dalam buat trading plan juga perlu ada solution seperti, apa solution jika korang salah tafsir & apa solution jika korang betul tafsiran tu sebelum korang enter trade.
P/S: Let say jika korang buat trade plan baru untuk ganti yang lama, start dengan DEMO account balik semula walaupun korang dah memang tau keuntungan trading korang, dengan kata lain, Forward Testing. Lepas dah betul-betul confirm baru apply ke live account.
Tukar Trading Plan semasa tgh IN-Position (Tgh Trading)
Ni tabiat yang kerap saya amalkan dulu, selalu orang akan tambah position atau usik position adalah kerana disebabkan takut rugi. Sesuatu plan sepatutnya merangkumi statistik kejayaan secara keseluruhan secara bulanan atau tahunan. So biasalah kadang kita trade pun akan rugi andai ikut plan, tapi yang penting at the end hujung bulan kita tetap profit. Sebab tu gunanya kena test plan tu betul-betul dalam demo account. Once dah ada, follow betul2… bak kata Salleh Yaakob dalam radio “I follow”.
Macam mana nak elak selalu usik open position?
Back couple of years ago masa saya mula-mula trade, lepas je buka position masa trading [Position enter ikut plan with stop loss and limit], saya akan tutup laptop dan buat kerja lain, dan biar trade tu continue. Banyak cara nak protect contohnya trailing stop ..tapi tu semua bergantung kepada trading plan anda. Tak percaya try, sebabnya dulu saya akan untung sikit sebab asyik tukar trade tapi bila buat macam ni, much2 profitable walaupun guna system yang sama.
Takde Disiplin
Masalah lain yang trader ada ialah tak disiplin, andai kata korang nak jadi trade yang berjaya, make sure kekalkan diri dengan plan trading yang korang buat, jangan melawan plan, jangan ubah. contohnya macam undang2 jalan raya langgar lampu merah. kalo kita langgar undang2 sure kena saman atau worst case kita accident. Sama jugak macam trading, kena disiplin dan stick to the system. Mungkin sekali dua kali langgar lampu merah memang boleh terlepas, ingat! Langit tak sentiasa cerah!
Money Management Takde
Ramai trader beranggapan bahawa adalah OK jika trade guna 20% or modal setiap kali open postion. Ini konsep yang salah, ini la yang dikatakan money management yang kawan-kawan kita asyik sebut. Kena ada falsafah trading kita nak trade lama, bukan esok inject modal pastu trus Margin Call.
Contohnya:
Saya selalu trade 5% atau lebih rendah dengan margin yang saya ada. Kalau korang trade 20% margin dan korang rugi, korang hanya boleh trade 5 kali untuk rugi yang berterusan sebelum bankrupt. tapi seandainya korang amik 5%, korang leh able to trade 20 kali untuk pengiraan rugi yang berterusan.
At least maybe untuk bulan tu sistem korang tak function sangat sebab market choppy, jadi let say korang trade 5 kali je sebulan, dalam 5 kali tu sume rugi. Bulan seterusnya korang ada 15 kali lagi peluang and time tu market trending and sesuai dengan sistem korang. Kan dah boleh untung balik. U got what i mean guys?
Tambah trade sesuka hati masa tengah untung
Acapkali korang tengah hijau pips tu, korang start nak tambah lagi without reason, [kalo tambah tu ada dalam sistem boleh la diterima] but kalau tambah sesuka hati, tiba-tiba market reverse dari sejurus selepas korang tambah position. korang akan rugi banyak, dah patutnya untung tiba2 rugi pulak. back to money management is important.
Tambah trade sesuka hati masa tengah rugi
Ni lebih kurang sama dengan atas, sama tapi tak serupa, tengah rugi korang tambah lagi position dengan harapan kalo market ikut position korang, korang untung berlipat ganda sebab boleh trade pullback good entry. [bill william cakap = follow what market wants not what you want the market to be]
Selalunya kan, based on pengalaman, market takkan ikut kita dan kita ended up rugi. Kalo dah rugi, stop kat situ dan tunggu peluang baru, no turning back meratap kerugian tu buat apa. tak ada faedah langsung.
Letak stop loss ikut jumlah rugi/pips
Ramai trader letak stop loss berdasarkan risk/reward ratio. contohnya 2:1 ratio. target 100 pips stoploss 50 pips.
Tak dinafikan memang ada yang berjaya, depends on sistem diaorang sebab diaorang dah kaji sistem dengan plan-plan money management yang betul.
Maksud sebenar stop loss ini ialah takat di mana korang leh define yang korang nyer position tu salah bile dia lebih daripada takat line stoploss yg korang buat tu..dengan kata lain..stoploss ialah line menunjukkan ..”owh.position aku ni salah..” , bukannya berapa banyak pips yang korang sanggup lost, sebabnya takut korang salah letak stoploss terlalu jauh [which is memang salah enter dan rugi besar] atau terlalu dekat sehinggakan tiada ruang untuk market buat correction.
Guna Mental stop
Ramai juga yang suka guna mental stop. Mental stop ni maksudnya diaorang tak letak stop loss tapi duduk depan skrin and perhati berapa banyak pips loss and close manually. [kalo ada plan tak jadi macam ni dah]. Letak lah stop loss di tempat yang betul seperti trade pattern, candle atau fibo [tertakluk kepada plan masing2] akan membolehkan price mempunyai ruang untuk bergolek2. Macam kita juga manusia, bangun tidur, mesti nak mengeliat dan golek2 dulu. Macam tu jugak market, kalo dah lama sideway and choppy, mesti dia nak golek2 dulu, atau time dia tengah trending, dia penat mesti nak rehat dulu, so kene bagi ruang yang cukup dalam stop loss, tak lebih, tak kurang.
apa yang berlaku ialah bila mana korang letak mental stop, bila korang salah korang akan kata ” takpe, dia turun kejap je tu, jap lagi dia naik la balik, aidil azhar cakap kene bagi masa bagi masa” hehehe.. tiba2 market tak naik2 turun mendadak oleh news ker.. kan dah terduduk kat situ. rugi banyak dari sepatutnya.
p/s: aidil azhar cakap, bagi ruang yang betul utk stop loss.. bukan untuk mental stop.
Trade byk sangat konon nk gain byk profit [TAMAK HALOBA!!!]
Ramai trader beranggapan akan rugi jika tak pukul semua pada hari tu jugak. Nak untung banyak la katakan. Apabila kita mempunya mentaliti yang mengatakan next trade ni boleh pukul lagi ni [tamak], ini adalah bahaya sama sekali. Sabar!! nak duit tak? nak duit kena sabar, mana ada market kejap2 nak bagi duit dekat kita, sabar, tak semestinya kene trade tiap hari atau tiap jam, trade ikut system. Ramai je trader yang berjaya walaupun tak trade hari. Yang penting konsisten dan dapatkan signal yang baik.
Panjang jugak berceloteh, pada saya, apa yang saya cakap ni hanya pendapat saya base on experience dan kesilapan yang saya buat dulu, setiap orang lain cara silap, mungkin apa yang saya silap adalah satu cara keuntungan bagi orang lain. So, i juz share apa yang sebabkan trade saya teruk dulu. Skarang pun dah kurang trade, ada masa nampak peluang baik, saya trade.
Bottom line dia ialah.. harapan saya, kita akan lebih maju jaya dalam trading jika kita cuba elakkan perkara2 yang dinyatakan kat atas tu.
Pandangan ikhlas,
Aidil Azhar
15
Musim Panas Sakit Berpenyakit
Hari demi hari ada saja yang aku dengar kanan dan kiri.
Dipendekkan cerita, maka housemate aku dekat rumah Kuching ni pun pulang setelah merantau outstation mencari duit berhari-hari..musafir tegar ni….
So sampai sahaja dia di rumah.. dia kaget tengok muka aku dah macam apa entah bintik sana sini sebab chicken pox.. nak dijadikan cerita.. dia pun start bukak cerita.. “kita dua sekapal aidil” ..sambil sengih…. “masing-masing jatuh sakit…aku pergi jumpa doktor nak tanya tentang kenapa aku tidur berdengkur.. doktor cakap tekak aku kena tonsilitis ..kena operate cepat”….
aku pun buat respons bodoh.. sengih-sengih sikit… lepas tu dia masuk dalam bilik air dekat depan cermin tak tahu la dia buat apa..dia panggil aku.. “cuba kau tengok mulut aku ni” ..sekali aku usha.. tonsil dia dah putih-putih dah.. nak nanah dah pun..memang dah kena tahap dapatkan rawatan sebabnya dah bengkak sangat.. ni sebab panas melampau dan smoke banyak lah ni…
siapa tak kasihan beb tengok member sendiri kena macam tu.. aku nasihatkn dia pergi cepat pakar ent operate apa yang patut.. kalau lambat nanti lagi lah bahaya.. sementara awal ni..better dapatkan rawatan segera..bukan asyik makan mi segera je.. opzz.z..
fathi fathi..apa nak buat..dah nasib kau macam tu..sama-sama kita doakan rumate gua ni get well soon..
peringatan untuk diri kita semua..jagalah kesihatan sebelum anda tak mampu menjaganya..











