Hari ni Bang eD nak share tentang tahap perjalanan seorang trader forex berjaya. Perlu diingatkan hanya 5% dari total insan yang menceburi bidang trading forex ini berjaya. Baki 95% GAGAL. Jadi mari kita ikuti perjalanan fasa-fasa dan liku-liku seorang trader.

Perjalanan Seorang Trader

Tahap / Level 1- Unconscious Incompetence (TAK SEDAR DIRI..wakakakaka)


Ini adalah langkah pertama baby step korang, semua orang trader tak terkecuali dari tahap ni..percayalah.. memang takkan lari. Unless IQ korang tinggi gilerr babs.

Tak tahu la apa puncanya, tapi masa ni korang memang dah tau yang trading forex ni boleh bagi income secara santai part-time mahupun secara full trading mengalahkan gaji CEO. Ini mungkin dari segi pemerhatian korang tengok sifu-sifu tanahair pakai keto besor, moto besor, umah besor dan bini pun besor. Maka berbekalkan contoh depan mata. Nafsu serakah kita pun mula mencari broker dan software untuk trade demo account.

Bila trade je demo 5k ke 10k ke 100k ke. Lot selalu newbie tibai mula-mula ialah 1 lot. Sebabnya kita time tu mana tau lot boleh entry bawah 1.0.. wakkwakwa.. so bila trade je popit..lautan membiru.. masuk seminggu pun popit.. time ni mula dah setan bisik… rugi masa ni demo trade. asyik popit baik ko depo sikit. bukan susah pun..kacang je kan trade demo. Then, korang pun depo 100usd. Ye la kan..Tak feel trade demo.

“Main keta kontrol dengan bawak keta betul mana sama feeling dia kan. “

Korang pun start trade. Berbekalkan 100usd.. masuk 1 lot.. hantam saja… dah biasa trade 1 lot katakan..padahal capital demo besar…real account 100usd pun bantai 1 lot mcm capital demo….. mana reti nak masuk 0.01…so trade.. hari pertama… dasat… campur layer punya layer…dapat la hasil yang menakjubkan profit 100 pip or maybe sampai 200 pip per lot per hari.

Masa ni korang tak jumpa langit lagi… korang tak tau tu ialah LUCK je…tup2…. Esok Rugi… aduhh… sekarang korang start tambah indicator main letak je..xtau guna…assume je lebih…indicator apa?.. google je bang..bukan susah ye dak… dan popit lagi 100pips… macam tak percaya pun ada, dengan hanya guna  indicator saja MA .. atau dengan hanya membeli ebook atau pun robot dari internet atau dari masta-masta tertentu dapat profit lebat. Syukur…mudah je trade ni kan…

Namun sayangnya, beberapa minggu atau sebulan dua.. korang start loss..pelik bin ajaib…. luck macam tak masuk sebati dalam diri..apesal takde ‘soon’ ni…. time ni try lagi..eh profit pulak…..tapi lepas tu esoknya loss.. MC terus (margin call – habis duit), nasib baik gaji masuk..leh la korang depo lagi.. korang rasa maybe nasib je loss sebab market teruk spike…wakwkakwka… cam haram salahkan market… wakwkakwka.. lepas depo.. 2 jam buat 100% tetiba 5 minit MC trus…ha sudah..baru depo kot…..jemm..depo lagi..trade lagi.. rugi lagi…time ni ape lagi….. bukak lot besar 5 lot…dari loss tadi sebab kononnya nak cover. kuar ngopi ngan geng dulu…balik2 minum kopi..lot besar tadi pun dah berlayar kelaut cina selatan….ahakz…~~

Part ni paling best…still korang takkan sedar yg korang tak pandai trade.. ada beberapa faktor yang korang missed…tapi korang tak penah pikir dan tak peduli pun….. sebab korang tau masa demo macam senang je popit..aritu depo pun leh popit.. hari demi hari…korang pun masuk dalam cycle ….depo mc depo mc.. bulan berganti bulan pun masih jadi pendepo tegar.

Sory bebel panjang..sebab proses ni memang lama..proses nk sedar diri memang lama.. lama dia sampai tahap yg hampir giveup.. boleh memakan masa dalam 1bulan hingga 2 tahun.

Proses TAK SEDAR diri ni korang takkan sedar sampai hari dia seperti hijab mata mula terbukak. Fasa ni la korang berada dalam 90% trader yang gagal. 90% yang gagal ni memang feeling dia macam ni… hidup dalam angan2 kekayaan sendiri….. korang takde mempunyai sistem yang complete trading plan execution, journal etc…

Trade korang semata-mata dikuasai oleh emosi, bila market tak ikut korang nye entry..korang layer lagi tanda PROTES‘ kat market, selalu time ni TP kecik je halus mulus….. SL jauh bukan main… ada yang TAK SEDAR DIRI paling teruk ialah TAK SET SL & TP.. tapi nk buat macam mana…. memang proses dia time ni korang tak sedar… korang takkan paham walaupon berbuih la orang suruh letak SL n TP tapi korang tetap tak nak..sebab takut kene SL trap la ape la..mcm2 alasan la korang bagi….. bila salah entry asyik mengharap market patah balik.. dah la TP tak letak… sebabnya TAMAK.. nk hold tanpa lock BE..mana tau leh gi lagi jauh leh untung lagi byk…..natijahnya… bila market reverse…nk gelak sat …kuikuikui… tgk blue pun adik boleh layu bak ang.

90% orang yang trading hanya sampai kat level ini, punca berhenti sebab dah takde modal…punah harapan…dan anggap ni semua hanya angan-angan yang tak kesampaian… ada sebahagiannya… mereka guna modal orang pulak sebab duit dia dah habes..pinjam sane sini…buat loan pun ade bak ang..

dan meneruskan trading mcm orang gila, namun bila emosi anger menguasai selalunya akaun akan MC balik. yang bestnya…korang rasa korang ni masih sebagai trader namun hakikat sebenarnya korang skarang adalah “money losing executor” (mesin penghancur duit)..

apa-apapun korang jangan risau..JANGAN TOUCHING Bang eD cakap ni.. sebab ni la realiti sebenar…dulu Bang eD macam ni la…… macam mana pun..proses ini mesti dilalui oleh rata2 semua trader…bukan semua..tapi majoriti….. next fasa ialah bila korang START sedar…90% Trader ada di level ini akan stop atau quit forex… dan hanya 10% yang SEDAR akan pindah ke level 2. hmm..menarik kan.. jom kita sambung..

Tahap / Level 2 – Conscious Incompetence (SEDAR DALAM KETIDAKMAMPUAN)


Kat level ni korang tetiba ada suatu perasan yang korang faham akur sedar yang korang sebenarnya belom capai tahap Trader lagi..korang masih tak boleh popit dalam trade..penyebab dia ialah “TIDAK KONSISTEN” <--...konsisten ni la the 'UTMOST Culprit' omputih kata...dasyat perjalanan seorang trader ni kan. Level ni korang akan start cari holy grail (kesempurnaan sistem… sistem yang 100% profit…sistem perfect…sistem TANPA loss), korang dah start bukak minda… start beli sistem2 online.. belajar dari sifu2… belaja bbma..belaja fibo musang belaja SND SNR CSR100 belaja semua la yang boleh belajar…korang dah start baca sane sini… dah start folo2 signal orang..tapi kelalut jugak signal orang tu…so korang cari lagi ilmu lain.

Time ni hampir semua indi korang tau… kenapa Bang ED yakin cakap camni..aku tau la sebab aku dah lalui.. ce try tanya aku…indi apa yang aku tak tau? wkakwkakwa… Bang eD dah lalui beb….time ni korang akan test semua indicator yang ada di metatrader, buat sistem sendiri dengan gabung beberapa indicator yg ada…, korang akan mix and match dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence AO, DMI. ADX, BB, ZIGZAG dan ratusan indicator lain ler..custom indi la bla bla bla.

korang rasa market terlalu rumit untuk di analisa hanya dengan 1 indicator saja, setiap indi ada kelemahan dia…so korang combine tutup kelemahan dengan tambah indi lain..jadi la satu sistem… tu baru satu…korang buat lagi sistem lain berulang. seronok cipta sistem..buh nama lagi… wow…mcm trader pro kan… Abam eD dah lalui..percayalah!

Time ni jugak korang dah pandai nk analisis kat mana reversal berlaku..kat mana top kat mana bottom…kdg2 kantoi jugak skit2..time ni korang dah ada 5 – 10 sistem.. tapi minda dah serabut.. tak tau nk guna mana. kejap pakai setup ni..kejap setup yg lain..kejap xmasuk terus sebab setup2 sistem bercanggah…

sistem A kata buy..sistem B kata sell..geram punya geram masuk jugak… time ni la korang daripada macam nk konsisten jadi tak konsisten..banyak masa dan duit dah habis.. Tahap ni paling lama.. makan masa bertahun-tahun..boleh jadi setahun…boleh jadi 10 tahun.. kalo baca kat FF punya forum.. bang eD penah terbaca ada org tu 10 tahun pun tak berjaya jugak trade.

Atas kecekalan korang sabar dan semakin hari semakin hijab terbukak… secara tak sedar..korang memasuki level 3… dari 10% trader yang ada di level 2 ni, hanya sekitar 7% yang berjaya pindah ke level 3.

Tahap / Level 3 – The EUREKA Moment (BUDAK BARU NAK UP)


Abam eD masih berada pada tahap ni… 2017..baru je hijrah sini..

belajar dari 2006…
2007 gi kelas Dato Nazri Khan & Azam Dato (Rapid Merchant) Yuran RM3000
2008 gi kelas Elliot Wave (Arwah soros1forex Carigold) Yuran RM600 & Bill William Chaos Profitunity Yuran RM6000++
2015 gi Kelas SND Mansor Sapari Yuran RM350
2017 Gi kelas TBC Kizoe(Sep) Yuran RM200 & IOFT BPTrader(Oct) Yuran RM100(Charity Fakir Miskin)

Hampir 10 tahun beb…tapi ada la berhenti tgh jalan.. 2008 stop sampai la 2016. Kelas SND tu belajar tapi tak amal langsung. wakwkakwka..

Masa ni korang dah sangat-sangat sedar… rupanya.. .bukan berapa banyak sistem korang buat tu yang bagi konsisten… bukan dengan bubuh 10 indicator untuk trade…last2 korang sedar..naked chart pun sebenarnya boleh profit. Pakai MA and MACD pun dah boleh profit… sebenarnya konsisten datang daripada pengawalan emosi (psikologi) dan MM (Money Management). Serious beb.. Holy Grail ialah pada MM & Psikologi..Abam eD sedang lalui..serious.. dan berbulan2 konsisten ni sejak jaga MM dan Psikologi.

Time ni korang dah start baca dan study pasal psikologi dan MM trading…maksud abam ed..kalo sebelum ni baca..now korang start kaji..brapa MM optimum… bila nk tunggu bus..bila nk pulun..bila nk full margin..wkakwkakwkaw…kalo korang tak study dalam2 MM & psikologi..means korang belum la kat level 3 ni…tu je nk bezakan…baca je xmau…dia akan rasa hijab mata terbukak buat kali ketiga.. 🙂 lain feeling dia…feeling macam dunia cerah… hijab mata nampak.. chart…dengan telus.. dan korang dapat simpulkan benda paling ajaib..iaitu:

kat dunia ini tidak ada sorang pun yang mampu membuat analisa tepat, apa yang akan terjadi pada market 30 minit, 1jam , 4jam kemudian. mata takde kasyaf bang… xkan tau market nak naik ke turun. TAK AKAN TAHU!!!!!!

time ni korang dah start pilih indi yang betul-sesuai dengan jiwa.. dengan profil trader korang..korang dah tau korang ni scalper ke intraday ke swing ke…bila korang dah tau..korang baru la trade di time frame yang betul.. kalo tidak sebelum ni…buka tf 1m.. tapi hold sampai 10jam…sbb floating..wakwkakwkaw...tu bangang abadi namanya….dlu la.. dlu abam ed macam tu la..tak kata pun kat korang..kata kat diri sendiri.

time ni korang dah disiplin..ada setup yg high probability baru masuk..time ni dah start ada limit n stop order.. dan start ada cancel limit and stop order bila market salah analisa..jadi kesilapan korang dapat direndahkan risk pada tahap optimum…bila dah kurang buat salah..profit makin nampak… kalo sebelum ni breakeven..skang dah dapat collect duit pampers anak minggu2. jadi la daripada asyik depo tegar.

time ni korang dah start guna SL.. dan bila stoploss kene… korang xrevenge pun…korang tau bila nk layan next setup yang lebih baik. SL tu bukan salah korang… korang tak blame broker walaupon korang tau broker cari SL value korang. sebab korang dah pilih broker yg tak janji bulan bintang..

Level 3 ni jugak minda dah dapat tafsir holygrail adalah pada konsistensi…dan konsistensi terletak pada sistem & psikologi & money management. Bukan chart semata-mata. Bila dah kaji mm, korang dah faham apa tu 5% 2% risk..apa tu R:R apa tu leverage. Time ni korang akan teringat balik orang yg selalu nasihat pasal menda alah ni kat korang.. masa level 2 dulu korang mmg takkan paham menda alah ni.

Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berjaya ke level seterusnya…

Bila la Abam eD nk ke Level 4 ni.

Tahap / Level 4 – Conscious Competence (SEDAR DAN MAMPU)


Penerangan Tahap ni tak banyak dah… sbb orang yg masuk tahap ni pun makin sikit… dan keseronokan sebagai trader pun tak macam mula2…sebab semua hampir bergerak secara semi-automatik.. process minda dah kearah separa sedar. blom fully separa sedar…OTW orang ckp…Okey, level ni korang akan trade betul2 bila setup perlu je.. xde nk tamak2…takde nk tambah2…maybe time ni korang punya entry yg cut loss sama banyaknya dengan entry yg take profit.. pasal korang dah tau walaupon loss=profit….profit akan lebih besar sbb risk reward korang besar…dan risk korang 2% je..

Di level ini sesetengah korang TP 20 pips je sehari tapi lot makin grow steady.. buat 40pips pun tak stress..setakat nk buat 20pips tu celah gigi je…
Time ni dah almost perfect..tune sikit sana sini sistem korang…dan tak masa lama pun level ni…tempoh level ni selalunya lebih kurang 6 bulan. based on kajian diaorang la…bukan abam ed memandai sembang lebat sini.

Dari 5% trader… 3% je yang mampu ke Level 5..tapi jgn khuatir… Level 4 ni dah kira berjaya dah…sbb tu orang slalu ckp only 5% trader success…level 4+5 ni la yg 5% tu…

Tahap / Level 5 – Unconscious Competence (MAMPU secara AUTOMATIK @ Separa Sedar)


Level Climax Merecik Hawauuuuu… ini level yang diidami oleh setiap trader lelaki dan wanita di luar sana… time ni macam korang bawak keta gear manual…selekoh ke naik bukit ke turun bukit ke korang tau je nk tukar gear brapa tanpa perlu pikir… tangan dan kaki gerak automatik tanpa korang perlu pikir…macam tu la trading level ni..tgk market je korang dah tau bila nk entry bila nk exit…bila salah bila nk counter…time ni kalo dulu popit mingguan beli pampers..time ni popit mingguan dah boleh kahwin baru dah

Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level “utopia”, korang dah jadi Masta Sifu samada silent trader atau tidak terpulang pada karektor diri masing-masing. Time ni fb fren dah start penuh 5k dah kalo yg jenis expose diri la…..wkakwkakwaw

bila korang tgk newbie tanya soalan dah mc dan trade kelaut..korang teringat kat diri korang masa yang lalu.

korang akan bagi nasihat kepada mereka, walaupon korang tahu diaorang TAK DENGAR PUN sebab bukan pasal diaorng tak nk dengar…tapi sbb diaorang tak sedar dan tak faham…diaorang masih trader level 1. apa yang diaorang visionkan tu lain… korang faham diaorg sbb tu korang nasihat..dengan harapan..xde la diaorang lama duduk level 1-2-3 sampai 10 tahun mcm korang… means..proses perjalanan trader tu MAKIN CEPAT pandai dan expert..

Time ni takde isu financial crisis dah…ada trader yg tiap ari pun duduk check in 5 star hotel.. duit tak menjadi masalah. akaun berganda-ganda tanpa kesian..

Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini.

Sekarang korang leh dengan hidung kembang  mengaku “AKULAH TRADER BRO”.

Inilah kisah perjalanan seorang trader.

Perjalanan Seorang Trader akhiranya berjaya

Perjalanan Trade Forex

sumber: https://www.forexfactory.com/showthread.php?t=3156

JOM BACA Artikel TIPS BERJAYA TRADING!!!

Comments

comments